Assalamualaikum~
PY rase trend mekap ala Korea ni memang dah lame jadi trend~
Cume PY jek trkedek2 nak bagi tips~
Tapi takpe....biar lambat kongsi tips drpd x kongsi langsong~
Kat sini PY share antara tips untuk dapatkan mekap ala korea~
Untuk kesan mekap yang nampak lebih nipis dan natural, orang korea biasanye gunakan BB Cream
Kalau muka jenis x bermasalah, gunakan concealer sahaja pada cela di muka.
Contohnye lingkaran gelap pada mata atau parut. Tak perlu nak pakai BB Cream pada seluruh muka.
Kalau muka jenis bermasalah, pakaila BB Cream/foundation dan concealer untuk cover cela pada muka.
Mmg nampak agak tebal.....tapi trpaksa la...janji cela kat muka dpt ditutop T_T
Lepas tu pakai bedak secara nipis!
Biasa kite tengok muke selebriti korea nampak muda, comel dan innocent.
Rahsia utama dorang ialah bentuk kening yang tebal, tegak dan tak terlalu gelap.
Tegak maksud PY kat sini ialah ekor kening x terlalu melengkung~
Tegak maksud PY kat sini ialah ekor kening x terlalu melengkung~
Kening memang penting dalam memberikan air muka yang trtentu mengikut bentuk yang dilukis
Eyeliner yang paling menyerlah pada mekap ala korea ni.
Sebabnye mate orang korea agak sepet~jadi untuk jadikan mata sebagai tumpuan, eyeliner perlulah gunakan liquid liner warna hitam.
Memandangkan kebanyakan mata orang korea xde kelopak mata, jadi dorang amek inisiatif untuk tebalkan eyeliner pada sudut luar mata.
Kalau tebalkan eyeliner pada kelopak mate memang x brkesan sebab mate dorang sepet dan eyeliner x nmpak disebabkan dorang ni xde kelopak mate kebanyakannya.
Hasilnya mata nampak lebih besar dan seksi tetapi comel.
Mata akan nampak mcm 'droppy' dan mnyebabkan muke nampak innocent.
Jadi dorang gunakan kelemahan (xde kelopak mata) untuk jadikan mekap mata nampak lebih menarik!
Pandai betol dorg ni!
Warna eyeshadow pada mekap ala korea perlu warna yang agak lembut dn bersifat shimmer/jenis berkilat.
Pink lembut, peach, soft brown antara warna yang agak sesuai utk korang cuba!
Tujuan nya supaya mata nampak glow tapi x menyebabkan eyeliner yang dipakai nampak tenggelam~
Untuk blusher pulak...gunakan blusher yang shimmer~
Gunakan blusher jangan lebih2 pulak....
Paka blusher sekadar nak nampak pipi kemerah2an sket jek~
Shimmer pada blusher akan menyebabkan kulit nampak glow dan sihat!
Ni bronzer yang PY guna~comel! Kalau nk beli pm PY kat Fanpage ek
RM30 tak termasuk postage :)
Pakai maskara jek dah memadai sebenarnya.
Tapi bagi yang nak pakai bulu mata palsu, pilih bulu mata yang panjang, nipis dan jarang.
Tujuannya supaya bulu mata nampak macam bulu mata betol dan bukannya macam bulu mata penyapu.
Gradient lips ni maksudnya kepekatan warna bibir yang tertumpu pada kawasan tengah bibir dan semakin pudar apabila menghampiri kawasan garisan bibir.
Mulut nampak comel dan warna bibir nampak sangat natural
8)Highlighter
Tapi kalau korang dan pakai blusher dan eyeshadow jenis shimmer, x perlula pakai highlighter pada mata dan pipi...
takut terlebih pakai nanti muka bukan nampak glow, tapi nampak berminyak~
Kesimpulan:
Mekap ala korea ni menekankan aspek penggunaan warna yang lembut, kulit yang nampak glow dan kesederhanaan dalam penggunaan produk.
Tujuannya untuk menyerlahkan kecantikan semulajadi dan bukannya ubah muka korang jd orang lain atau nmpak lebih dramatik.
Hasilnya~mekap nampak nipis dan muka nampak lebih comel!
Sesuai dipakai setiap hari~kalau nak mekap utk acara yang lebih glemer mungkin x sesuai sgt kot.
Selamat mencuba!
Sesape yang berminat nak beli BROW BAR boleh pm fanpage PY
sementara stock masih ade!!
https://www.facebook.com/princessyantihere
SATU KOTAK/SET CUMA RM40 SAHAJA~
POSTAGE SM RM6 SS RM9
BOLEH TAHAN LEBIH 2 TAHUN!!!
Sesape yang berminat nak beli BROW BAR boleh pm fanpage PY
sementara stock masih ade!!
https://www.facebook.com/princessyantihere
SATU KOTAK/SET CUMA RM40 SAHAJA~
POSTAGE SM RM6 SS RM9
BOLEH TAHAN LEBIH 2 TAHUN!!!
Till then!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN EK. TIME KASEH.
JANGAN LUPE KLIK IKLAN EK. TIME KASEH.
Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T
~XOXO Princess Yanti~
Singgah blog PY!
http://princess-yanti.blogspot.com
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere
Like.Comment.Subscribe
No comments:
Post a Comment
Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!