Wednesday, December 25, 2013

Kursus aritu~baru terkedek-kedek nak hapdet~pengalaman ngeri kat hotel dan kene saman! pffffttttt

Assalamualaikum semua~

Saje nak hapdet pasal kursus CPD yang PY pegi bulan lepas...
5 hari ko~meraung2 n berguling2 rase nk balik cepat~

Sampai jek teros amek gambo~
Ala...hotel2 bese2 jek~ naseb x baek dpt toilet bocor~
menitis2 atas kepala~waaaaaa



dgn roomate Kak Q!


kenape pakai baju kurong? dh name pon cikgu~xkn pakai jeans pulokkk

gembire sebelom menyedari yang ade air menitis dr bumbung toilet~ ewwww

Agak ngeri jugak la tinggal kat hotel tu....bukan sebab berhantu~
Tapi servis die yg macam hantu~ sabo jela~
\

PY dh report dh kat pihak hotel pasal kebocoran tu~ ade la sorg mamat dtg....ala bukan betolkan...saje jek dtg buat2 betolkan...lap2 sket jek.....pastu air tu menitis balik~ naseb bek aku dh nk balik~
Lepas tu x pasal2 kene saman padahal PY dh letak dah kupon parking~ nak sangat makan duit aku...hambek laaaaaaaa.....
Sepanjang kat situ, makan pon bese2 jek....tunggu makanan btol2 licin baru la nak topap~ 
Sedehhhhhhh...
Cuma ade skali tu jela mlm tu buat bbq....tu ok la....tu jela PY makan banyakkkkk....
hari yang laen cm bese jek~

Banyak ke?? x knnnnn....hahahaha


Naseb baek la sume tu dh berlalu~
Kepada korang yg blom lepas kursus CPD tu tunggu la tahon depan~

tata....nanti PY update blog lagiiiiii~



Till then...
Sayang uollsssss!! Mmmuaaahhhh!!!

Nak tanya sebarang soalan atau komen?? Boleh komen kat bawah atau emelkan soalan atau komen korang kat PY.
yantilicious@gmail.com

Jangan lupe singgah dan subscribe Youtube channel PY!
http://m.youtube.com/user/PrincessYanti?feature=guide

Ikuti perkembangan PY kat fanpage di sebelah! Jangan lupe like ye!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Jom join churp churp dengan PY!
http://my.churpchurp.com/PrincessYanti87/share/churpchurp-invite/

Tuesday, December 24, 2013

Simple & Natural Makeup Look/Mekap Simple dan Natural~ baru je upload!

Assalamualaikum semua~


Untuk tutorial pada kali ni, PY buat mekap yang simple daan nampak natural jek...sebab bukan semua orang suka mekap tebal dan glemer semacam....mekap macm ni sesuai untuk mekap harian sebab nipis dan x keterlaluan....Jemput tengok video kat bawah~



Mekap yang natural camni korang cume perlu gunakan highlighter dan shimmer jek....
Supaya muka nampak berseri dan natural....Boleh try produk kat bawah ni

FUSION BEAUTY ULTRASHINE BOX HIGHLIGHTER AND SHIMMER COLLECTION


korang boleh order kat sini

Hasil mekap~


nampak natural jek kannnnnn

Produk yang PY gunakan:

Sendayu Tinggi Professional Concealer in 02 Deep
Garnier Face Powder
Essence Eyebrow Stylist Set
Fusion Beauty Ultraflesh Shinebox Highlight & Shimmer Collection
Sephora Big Brush
IN2IT Liptint in 02 Strawberry
Maybelline Volum' Express The Rocket Mascara

Selamat mencuba!

Till then...
Sayang uollsssss!! Mmmuaaahhhh!!!

Nak tanya sebarang soalan atau komen?? Boleh komen kat bawah atau emelkan soalan atau komen korang kat PY.
yantilicious@gmail.com

Jangan lupe singgah dan subscribe Youtube channel PY!
http://m.youtube.com/user/PrincessYanti?feature=guide

Ikuti perkembangan PY kat fanpage di sebelah! Jangan lupe like ye!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Jom join churp churp dengan PY!
http://my.churpchurp.com/PrincessYanti87/share/churpchurp-invite/

PY : next video InsyaAllah PY nak buat tutorial kening~ramai request tuuuuu

Thursday, December 5, 2013

Rahsia Kulit Cerah Sempurna ~ 360 Effects Whitening Cream

Assalamualaikum~

Semua orang (terutamanya pompuan ye~) nakkan kulit yang cerah dan mulus...
Daripada pemerhatian dan pengalaman PY sendiri....memang banyak produk untuk pencerahan dijual dipasaran.....pencerahan memang nampak dalam mase yang singkat tapi korang kene tanggong kesan sampingan yang memang dahsyat~
Disebabkan oleh krim pencerahan yang dijual tu mengandungi merkuri dan hidroquinone!

Kesan sampingan yang menakutkan!!! Tak nakkkkkk!!!

PY sendiri pun pernah terguna krim pencerah yang ade merkuri dan hidroquinone...naseb baek dh berhenti dan alhamdulillah sempat berhenti sebelum pape jadi~

Betul ke semua produk pencerah macam tu???

Taklah! Sape kata macam tu~
Sekarang PY dh jumpa produk pencerah terbaru yang bukan je selamat, tapi berkesan!

360 Effects Whitening Cream~ woooohoooooo

Produk favourite PY~ yaaayyyyy!!!


Kepada korang semua yang masih tercari-cari krim pencerah yang berkesan dan selamat, kat sini PY nk berkongsi dgn korang produk pencerah terbaru yang menjadi favourite PY dan tengah meletop2 dipasaran~

360 Effects Whitening Cream~

Kenapa produk ni di panggil 360 Effects?

Kebanyakan daripada kita suka amek gambar sendiri/selfie kan???
Untuk memastikan gambar kite tu cantik dan comel, kite akan gunakan kamera 360...
Tu kalau kite sendiri yang amek gambar...
Macam mana kalau orang lain yang amek gambar atau kandid??
Korang bleh bayangkan muka korang macam mana??? hehehe
So, selepas menggunakan krim ni  korang x payah risau dah!
Sebab confirm muke korang nampak lebih comel dan sentiasa ready untuk bergambar atau kandid!
Muka korang akan sentiasa comel macam gambar yang korang amek sendiri guna kamera 360~


selfie ketika boring~makeup kali ni sangat minimum hokey~
Tak perlukan kamera 360 lagi~

Kenapa PY pilih 360 Effects Whitening Cream???

1) Krim pencerah No 1 Asia~


Okey....tarik nafas panjang2.....nampak tak kat atas??PY tulis NO 1 okeyyy...
Takkan la korang nak pilih krim pencerah NO 2 atau NO 3 di Asia plak..
Tengah meletop2 dipasaran ni~ Sape yang x nk yang  NO 1 memang tipu laaaa
360 Effects ni jadi krim pencerah no 1 di Asia sebab mampu mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa bahan yang berbahaya! Yaaaayyyyyy



2) Kesan pencerahan dapat dilihat dalam masa 7 hari sahaja~ Wowwww~tanpa proses pengelupasan~

Kepada korang2 semua yang nak kulit yang cerah dalam masa yang singkat, haros lah bagi korang untuk membeli produk ni! Formula pencerahan 3 KALI GANDA membantu korang untuk mendapatkan kulit cerah yang korang inginkan dengan lebih cepat~ Kesan dapat dilihat dalam masa yang singkat dan x perlu la nak membahayakan kulit korang dengan pakai krim yang diragui kandungannya! Tambahan pulak, produk ni tanpa pengelupasan~ Selepas 7 hari boleh la korang seronok/beronok2 mengambik gambar sendiri ye!

tibe2 mate menjadik besar~lol

3) Menghilangkan parut, jeragat dan memperbaiki tekstur kulit!
Jeragat, parut dan tekstur kulit yang x sekata memang menyebabkan kita x yakin nak amek gambar secara close-up! Blogger macam PY ni lagi la susah~ takkan la nak amek gambar dari jarak jauh pulak~
Tapi sejak gunakan 360 Effects, jeragat, parut yang ade (walaupun x banyak) tros meghilangkan diri!
So, korang yang hadapi masalah yang same sangatlah disarankan untuk gunakan krim ni...

encik parut dan encik jeragat satu persatu menghilangkan diri...

4) Mengandungi Apple Stem Cell, Glutathione dan collagen, Vit A, C dan E~
Krim ni sangat berkesan sebab formula krim ni menggabungkan bahan2 yang dapat memberikan korang kulit yang lebih cantik dan sihat!
Apple Stem Cell - Bersifat Anti-penuaan dan menghilangkan garisan halus
Glutathione - Terkenal sebagai agen pencerah yang sangat berkesan.
Collagen - Meremajakan kulit dan memberikan kesan awet muda.
Vitamin A - Untuk menghilangkan kedutan/garisan halus pada wajah~
Vitamin C - Menghilangkan tompok gelap/cela pada kulit~~
Vitamin E - Mengekalkan/mengawal lembapan pada kulit
Cuba bayangkan kulit korang dapat semua khasiat ni dalam sebotol krim! Best kannnn

Magic in a bottle!

5) Dijamin HALAL, SELAMAT dan BERKESAN!
100% produk buatan muslim dan produk buatan Malaysia~
Jadi korang x perlu ragu2 tentang status HALAL produk ni...Selain tu, produk ni jugak ade pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat sijil GMP~Besar2 ade tunjok kat tiub produk ni ha~

Produk Muslim~Dijamin halal :), dan dapat sijil GMP lagi~

Disahkan selamat oleh KKM

6) Saiz yang comel~ boleh letak dalam bag dan menjimatkan ruang!
PY memang peminat kosmetik yang comel2  ni! Senang nak bawak kemana je!
360 Effects ni memang wajibla ade dalam beg mekap PY!
Walaupun comel~ tetap kebaboom kesannya uolls~
Jimat ruang dan x memberatkan beg!
 (Handbag PY mcm poket doraemon...sume bende ade kat dalam tu!)

Si comel yang sangat power~

7) Tiada kesan sampingan, tiada merkuri atau hidroquinone!
Sesetengah krim pencerah yang dijual dipasaran memang la memberikan kesan pencerahan yang sangat cepat~ tapi korang tak tau yang sebenarnye krim tu mengandungi merkuri dan hidroquinone yang bukan jek menyebabkan masalah kulit, dan kesan sampingan yang lebih terok adalah kegagalan organ untuk berfungsi!
Dengar pon agak menakutkan~ tapi masih ade lagi yang degil dan sanggup asalkan kulit cerah dengan cepat!

Kenapa nak membahayakan diri kalau ade produk lain yang boleh bagi kesan pencerahan yang sama?
360 Effects Whitening Cream pun mampu memberikan pencerahan yang segera! Cuma bezanya krim ni takde bahan terlarang dan tiada kesan sampingan~ bagi korang yang masih menggunakan krim2 yang xpasti status keselamatannya tu boleh lah berhenti sekarang dan bertukar kepada produk ni ~
Ni PY bagitau sebelom terlambat...kalau dh jadi pape sebab degil, korang tanggung la sendiri~

Bebas mercury dan hidroquinone!

8) Kulit terasa ringan, tidak melekit dan tidak berminyak
Bagi yang jenis kulit berminyak pun boleh guna sebab selepas pakai krim ni, kulit memang x melekit atau pun berminyak....lepas pakai krim ni korang boleh la teruskan dengan rutin mekap korang!
X melekit dan berminyak~

Cara menggunakan 360 Effects?
Senang jek.....
1) Pastikan muka bersih...(cleanser, toner)
2) Dotkan cream pada muka .
3) Sekatakan krim pada muka
4) Urut muka korang sampaila krim tadi meresap ke dalam kulit.
4) Teruskan dengan rutin mekap! (Foundation, concealer..bla...bla...)

 Kalau tak faham dengan penerangan kat atas boleh tengok video di bawah ni ye~
Selamat menonton!


360 Effects Whitening Cream ni walaupun baru dilancarkan, dah dapat sambutan hangat sebab kebanyakan pengguna memang puas hati dan repeat order!

Kepada korang yaang berminat nak beli krim ni boleh order laju2 kat link fanpage dan facebook kat bawah ni:
Fanpage : 360  Effects Official
Facebook : Tasneem Shoppe Hidayah Ridzuan




Till then...
Sayang uollsssss!! Mmmuaaahhhh!!!

Nak tanya sebarang soalan atau komen?? Boleh komen kat bawah atau emelkan soalan atau komen korang kat PY.
yantilicious@gmail.com

Jangan lupe singgah dan subscribe Youtube channel PY!
http://m.youtube.com/user/PrincessYanti?feature=guide

Ikuti perkembangan PY kat fanpage di sebelah! Jangan lupe like ye!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Jom join churp churp dengan PY!
http://my.churpchurp.com/PrincessYanti87/share/churpchurp-invite/

PY : next video lambat sket update~ nk cuti kejap jek...pastu sambong balik hokey!

Monday, November 25, 2013

1000 subscribers & video terbaru PY! ~Terima kasih semua~

Assalamualaikum....
Dh cuti skolah ni brulah PY sempat sket mengupdate blog~


Sebelum tu, PY nak ucapkan terima kasih kepada subscribers channel PY!
Alhamdulillah....channel PY dah dapat 1000 subscribers!!!
Yaaaayyyyyy!!! Tak pernah termimpi pon! Py akan cuba tingkatkan lagi mutu tutorial PY utk korang semua!

waaaa~terharunyeee...time kaseh semua!!

Selain tu, kepada yang blom tau, PY baru jek upload video terbaru~
Yang belom tgk tu, boleh la tengok ye~

khas utk sesape yg nak pegi dinner~
Antara gambar yg PY amek~menimbun2~







antara baju dinner PY....

hambek ko~susah sgt nk carik baju~tros pakai gaun pengantin~

baju dulu2....skarang dh x muat!! hoh

baju yg PY pakai utk tutorial mekap terbaru~
(kotor sket...kt stor rumah)

kongsikan gambar dinner korang kat fanpage PY~


Tata....

Servis mekap/Perkhidmatan Solekan dengan harga yang berpatutan di sekitar MUAR..
Tukang mekap : Miss Aisyah (adik PY)
Untuk sebarang tempahan/pertanyaan bleh pm PY kat fanpage PY

email PY pon bleh
yantilicious@gmail.com

pm FB tukang mekap tu sendirik

So, cepat2 booking tarikh kalau berminat~

Till then...
Sayang uollsssss!! Mmmuaaahhhh!!!

Nak tanya sebarang soalan atau komen?? Boleh komen kat bawah atau emelkan soalan atau komen korang kat PY.
yantilicious@gmail.com

Jangan lupe singgah dan subscribe Youtube channel PY!
http://m.youtube.com/user/PrincessYanti?feature=guide

Ikuti perkembangan PY kat fanpage di sebelah! Jangan lupe like ye!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Jom join churp churp dengan PY!
http://my.churpchurp.com/PrincessYanti87/share/churpchurp-invite/

PY: Tgh mencari bahan untuk next tutorial~ thanks for your support~

Thursday, November 21, 2013

Tips Jadi Pengapit Pengantin yang Berjaya!

Assalamualaikum~

Skarang dah bulan November! Sekejapnye masa berlalu...sedar tak sedar tahun 2013 dh nak smpai ke penghujung...
Cepatnya masa berlalu!
Bile tibe jek hujung tahun, musim majlis perkahwinan pon tibe~
Py sendiri ni pon berderet kad2 jemputa nak kene pegi~ Termasuklah majlis kahwennye housemate PY ' sape lagi kalo bukan Cik Susu...
Yang berkesempaatan tu memang seboleh2 nye PY akan penuhi jemputan kawen kecuali kalau ade perkara yang tak boleh dielakkan...


So berbalik kepada tajuk  majlis perkahwinan ni, bukan setakat pengantin jek yang berdebar, pengapit tak kurang berdebarnye oi~ almaklumlah...berat jugak tanggungjawab pengapit ni...PY penah ada pengalaman jadi pengapit ni...walaupun berdiri kat tepi jek, muke korang confirm masok dalam album kawen org laen dan jugak puluhan kamera yang akan amek gambar pengantin mase berarak/bersanding...tentula korang taknak kelihatan ting tong dalam gambar kan??

Selain daripada mengiring pengantin, pengapit jugak bertanggung jawab meneman pengantin semasa tgh diandam, atas pelamin tolong lap2kan peluh dan yang palin utama pengapit ni sangat la sinonim dengan kipas pengantin! Kirenye kalo ade org tanye, korang tunjok kipas pengantin jek org tu dh bleh paham dah yang korang ni pengapit~

tengok kipas jek dah tau dh tugas korang ape...

So kat sini, PY nak berkongsi skit tips menjadi pengapit pengantin yang berjaya~
Tapi kat sini PY fokuskan tips untuk pengapit pengantin pompuan la kan...sebab pengapit pengantin laki bese2 jek....kengkadang tu x de perasaan pape pon mase jadi pengapit!
Pengapit pengantin pompuan ni laen sket...hhihihi...

1) Baju Pengapit~
PY sarankan supaya baju pengapit perempuan dgn pengapit pengantin lelaki ni same tema/warne la (kalu boleh....) biar nampak harmoni dalam gambar...gitteww...yang perempuan berbaju kurung/kebaya/peplum/kurung moden atau yang difikirkan sesuai....yang lelaki plak pakai baju melayu~

bleh plak pengapit pakai jeans dgn kemeja...cm x sesuai je...

Kalau boleh warna baju pengapit tu x perlu la nak same warna /tema dengan pengantin...warna yang sedikit kontra konfem nampak letops dlm gambar!

nampak la beza antara pengapit dengan pengantin

Kalau baju pengapit tu warna laen sket mungkin lagi cantik kot...ni pendapat PY la...

Dan last skali pastikan baju pengapit x berlebih2 mengalahkan pengantin....nanti keliru plak org tgk~

sape yang pengantin sebenarnye ni????

2) Tau tugas korang sebagai seorang pengapit!

Ape tugas seorang pengapit ni?? Kirenye macam peneman/dayang la gittew...yela...pengantin kan raja sehari...kirenye kite ni peneman dan pembantu pengantin tu la...kalau pengantin berpeluh, lap2kan peluh, touch up2 kan mekap yg dah cair tu, payungkan pengantin mase berarak, temankan pengantin dlm bilik pengantin waktu mekap...kot2 la mak andam nak mintak tolong pape kan...kalau mase tepung tawar tu korang kene la bersihkan bunga rampai yang ditabur kat pengantin tu...dan tugas yang paling glemer skali adelah tukang kipas pengantin! hehehe....kirenye kipas pengantin tu kire trademark pengapit la...pengapit ni jugak kebiasaannya org yang rapat dengan pengantin...contohnye adik beradik atau bestfriend pengantin...jadi pengapit jugak kengkadang ade tugas sebelum majlis berlangsung...mungkin membantu persiapan sebelum majlis....contohnye teman pengantin pegi fitting baju, mencari doorgift yang sesuai, mungkin jugak gubah hantaran, dan macam2 lagi....so jangan pandang remeh tugas seorang pengapit hokeysssss



3) Persediaan emosi dan fizikal....(waaahhhhh)
Sebelum majlis berlangsung, korang kene bersedia daripada segi emosi dan fizikal...wah...mengalahkan mak bapak pengantin pulak...maksud PY kat sini korang kenela jage kesihatan dan bersedia dengan puluhan kamera yang tak abes2 snap gambar....kepada korang yang fobia dengan kamera tu, cube biasakan diri dengan kamera...yakin dengan diri sendirik ok...PY tau, mungkin ade yang nak termuntah dengan statement PY tentang org2 yang fobia dengan kamera kan....sebab zaman sekarang ni semua orang sebok selfie (posing kengonon comel, pastu amek gambar sendiri...) pastu berlumba2 upload kat instagram...(Py pon same...hehehe)...tapi masih wujud lagi org2 yang fobia dgn kamera skarang ni....~seriuosly....jadi mereka yang tergolong dalam kategori ni...sila bersedia untuk menghadap kameraa yang banyak...

4) Tolong jangan bermulut celupar! 
Hokey ni untuk korang2 yang bermulut lahar/berpuaka/bercakap tanpa berfikir....kengkadang kite mungkin terlepas cakap bende yang x sepatutnye...bagi korang2 yang bermulut yang macam ni, kurangkan bercakap dan simpan jek kat hati....contohnya:

Pengantin : Amacam??? Cantik mekap aku???x penah mekap macam ni....sukeeee!!

Pengapit : Tak cantik pon....cm biase jek....ko ni mekap tebal2 pon aku tgk xde perubahan pon...

Pengantin : @##$%^&**((&

Apa lah salahnye korang ckp "Ok la jugak" walaupon korang rase pengantin tu memang kalau mekap berkati2 pon same jek...cube la jage hati pengantin yang tgh bahagia tu...Bergantung kepada keadaan la jugak...kalo korang tengok gigi pengantin tu terkena lipstik atau bulu mata hampir nak tercabut tu, wajr la ditegur...kalo simpan dlm hati jugak, tu namanye dengki!

5) Beri sokongan moral dan emosi kat pengantin!
Tak semua ikatan perkahwinan terjalin atas dasar pilihan hati dan kerelaan diri...mungkin jugak kalo naseb korang tak baek dapat plak pengantin yang kene kawen paksa...jadi jangan la plak jadi batu api atau menambahkan kesedihan kat hati pengantin...beri sokongan moral dan nasihat kepada pengantin agar redha dan terima jodoh yang telah ditentukan tu...bunyi memang sadis...mengalahkan cite hindustan...So, tak perlu la nak menambahkan kesedihan pengantin dengan perkataan yang tak sepatutnye...
Mungkin jugak ade pengantin yang malu2 dan nervous waktu majlis kawen dorang...so korang harusla cuba menenangkan pengantin tu...paham?

Pengantin: Aku xnak kawen dengan Z tu...aku tau die tu jenis playboy...tapi ayah aku pakse jugak!

Pengapit: Aah...memang pun si Z tu jahat, tak guna, playboy....blablabla.

Pengantin: Mane ko tau?????

Pengapit: Aku tau la...Z tu kan x-boipren aku...

Pengantin: #$%^&*()&^$$%^&*(

6) Mekap untuk pengantin!
Mentang2 la pengapit je kan...x semestinye korang x perlu mekap ataupon berhias...sebab secara tak sengaja korang pon masok skali dlm gambar berarak dan bersanding kan...lepas tu pengantin tu confirmla akan simpan gambar tu...so kat sini PY nak bagi idea mekap yang nampak simple, sesuai untuk semua warna baju dan nampak x berlebihan...janji muke korang nampak sweet n natural jek....Sila tengok video kat bawah untuk maklumat lanjut:


Camne??? Ok tak tips drpd PY?? hehehe...
Semoga menjadi pengapit yang berjaya ye uollssss
Selamat pengantin baru kepada uolls yg baru kawen~



Till then...
Sayang uollsssss!! Mmmuaaahhhh!!!

Nak tanya sebarang soalan atau komen?? Boleh komen kat bawah atau emelkan soalan atau komen korang kat PY.
yantilicious@gmail.com

Jangan lupe singgah dan subscribe Youtube channel PY!
http://m.youtube.com/user/PrincessYanti?feature=guide

Ikuti perkembangan PY kat fanpage di sebelah! Jangan lupe like ye!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Jom join churp churp dengan PY!
http://my.churpchurp.com/PrincessYanti87/share/churpchurp-invite/