Sunday, July 17, 2016

NOSTALGIA BERAYA TAHUN 90-AN!

"Assalamualaikum acik....kami nak raya!"


Macam tak percaya pulak dah pukol 5.30 petang mcm tu...tetibe datang rumah nak beraya.
Naik basikal trcungap-cungap. Ingat nak bagi duit raya jek.
Kesian pulak tengok berpeluh-berpeluh. Suroh masok lepas tu hidang air oren.
Sebenarnya dah dua tahun@2 kali raya budak2 tak datang beraya kat rumah PY.
Tu yg trkejot sket tu. Budak2 zaman skarang mane la nak layan beraya rumah2 jiran ni.
Memasing ngadap henpon.



Lain la mcm kita2 yg sekolah rendah tahun 90-an ni kan,
Beraya ke rumah orang ntah smpai kemana.
PY ngaku yang weols memang hantu beraya.
Smpai raya ke 30 pon PY nak beraya lagi kalau boleh!

Zaman dulu standard la dapat duit raya dalam 50 sen ke RM1.
Penah satu tahun tu duit RM2 sekeping baru keluar.
Melambak2 la org bgi duit raya RM2.
Dah cukop besar sangat la tu.


Kalau korang ni kaki beraya...konfem korang perasan perkara-perkara yang PY senaraikan kat bawah ni. hehehe

1. Kalau ajak kawan beraya, pastikan salah sorang tu jenis tak berapa malu. Nanti dia jadi tukang bagi salam dan tanye tuan rumah kalau nk tumpang bilik air.
Masa kecik dulu memang ada sorang kawan yang muka tebal.
Dia la yang akan bagi salam bagi setiap rumah kitorang beraya.
Orang belum jemput masuk dia dah masuk dah...
Orang belum jemput makan dia dah bukak balang kuih.
Memang senang raya dengan org yg takde nak malu2 ni.
Kalau nak tumpang toilet pon dia volunteer cakap dengan tuan rumah
"Acik....nak tumpang berak/kencing!"




2. Target rumah besar untuk dapat duit raya RM1 ke atas. 

Tapi teknik ni tak brape konfem sgt. 
Kengkadang rumah besar ni bagi 20sen jek. Yang lagi tragis tak dapat duit langsung.
Penah sekali tu PY dengan sedara mara pegi attack satu rumah ni tau.
Rumah dia besar dan cantik gile.
Memasing dah sengih je, Petanda dapatla duit raya yg kebabom sket kan.
Sekali tu mase pegi tu dia suroh kitorg semua minom kat dapor.
Rupe-rupenye bahagian depan rumah je lawa.
Bahagian dapor dia ya amponnnnnnnnnn
Kuih raya yang ada cume bahulu yang dah masuk angin dengan air teh o sejok!
Duit raya pon tak dapat langsong! 
Hambek kau! Pengajarannya kat sini..
"Don't judge a book by it's cover!"
Kitorang semua ketawa sebab padan la dengan muka masing2!
Nak duit raya sangat kan?


3. Makan kuih dan minom air ala kadar je. 
Lebih kurang 10 minit jek setiap rumah. 
Ada berpuluh puluh rumah nak pegi.
Yang lagi dahsyat bila tuan rumah siap masak makanan berat2 lagi.
Matilaaaaa.....nak pecah perut.
Kalau tak makan kang, tuan rumah kecik ati.
Padahal tuan rumah tak tau yang rumah dia tu rumah yang ke 29 kita beraya.
Sebab tu kengkadang bila budak2 ni balik.
Nampak mcm makan habis. 
Sekali selak karpet, jumpa la ketupat dan kuih raya.
Kadang2 terpaksa uolsss...
Lagi2 tuan rumah ugut kalau x makan tak dapat duit raya.
Langkah terakhir trpaksa la kannnn
Hehehehe



4. Nak duit raya banyak? 
Pegi rumah yang anak-anak tuan rumah masih ada. 
Bila nampak kereta bersusun aje...kebarangkalian untuk dapat duit yg banyak agak tinggi. 
Bukan tuan rumah jek bagi duit raya...tapi anak-anak tuan rumah pun akan bagi jugak...hehehe.

5. Kalau nak trberak sila bagitau kawan2 lain lebih awal untuk elakkan tragedi trberak dalam seluar.
Salah satu perkara yang kene ambik perhatian jugak ialah nak berak atau kencing
Dah beraya sampai 30 buah rumah.
Maunye tak terberak dan terkencing setiap 30 minit.
Jadi kene bagitau awal2.
Kalau rase perut lain mcm jek.... 
Cepat2 bagi tau. Nanti kalau dh trberak, efek kat kwn2 yg lain.
Dah kene balik rumah plak. Rosak la plan mcm ni!


6. Biasakan diri untuk minom air sirap/oren. 
80% tuan rumah akan sediakan air sirap untuk budak-budak beraya.
Tak air sirap....air oren
Kalau campur jadi la air siren
SIRAP + OREN = SIREN
Ada satu tahun tu tetibe glamer gile air siren ni
Kebanyakan rumah orang akan hidang air ni.
Korang perasan ke tak?





8. Ada jugak tuan rumah yg xde duit kecik. 
Bagi duit banyak sekaligus untuk kita bagi2 kan antara kita. 
Pastikan bagi secara adil supaya x brgaduh smpai habis bulan raya.
Biasanya kalau bila dah bagi2kan dan ada baki, budak yang paling beso yang akan dapat duit tu.
(Walaupon dia tak pernah sekali pon bagi salam masa raya!)


9. Kalau boleh ajak kawan-kawan yg darjah 3,4,5 dan 6. 
Kengkadang ada jugak yang bawak adik masa beraya.
Sebab adik dah brguling nangis nak ikut.
Bawak budak kecik beraya ni susah sket.
Kalau jalan kaki, diorang ni jalan perlahan.
Kalau naik basikal, konfem la kita yang kene bawak.
Seksa woo nak bawak basikal, belakang ada oramg dudok pastu dengan ada 3 liter air sirap dan sekilo kuih raya dalam perut.
Dengar pon seksa kan?
Dan lagi satu perkara yang merimaskan ialah budak darjah 1 dan 2@ budak2 kecik ni selalu tumpahkan air, pecahkan gelas atau balang kuih raya.
Pastu malu....menangis smpai rumah yg seterusnya.
Bila diorang dah nanges...urusan beraya susah dan mungkin trgendala la.
Paling dahsyat bila dia ajak kita balik rumah masa tu jugak!


10. Makan kerepek. 
PY masa kecik dulu bila sampai je rumah orang,
kerepek la yang PY makan dulu.
Kuih-kuih lain tu ada la jugak.
Demi keselamatan perut, kerepek la yang paling selamat untuk di makan.
Rumah ada 20 buah lagi nak pegi.
Kalau awal2 dah makan kuih, sampai rumah ke 10 je silap2 terburai perut weh!
So, nak makan kuih boleh....tapi beringat2 sket :)


11. Bersedia untuk menjawab soalan daripada tuan rumah. 
Masa tengah makan kuih raya dan minum air sirap,
akan berlaku lah sesi soal jawab antara tuan rumah dan budak beraya.
Jadi kena la melayan tuan rumah yang ajak berbual ni
Jarang dapat tuan rumah yang senyap.
Macam beraya kat rumah berhantu la pulak 
kalau tuan rumah hidang air lepas tu blah macam tu je kan????
Antara soalan popular : " ko ni anak sapa?"
Sila jawab dengan sabar. Sebab tiap2 rumah akan tanya soalan yg sama.
"Saya anak Saleh penggali kubor cik..."
"Rumah kat mana?"
Kat sebelah balai raya sana tu.
Macam2 la lagi soalan yg akan tanya,
Jawab dengan sabar dan sopan supaya dapat duit raya.
Kalau kuanghajo konfem tak dapat duit raya.
Dapat penyepak ada la. Silap2 kene halau kau.


Tu jela pengalaman PY sepanjang aktif beraya semasa sekolah rendah dulu.
Dalam tahun 90-an la.
Masa tu meriah....budak beraya merata2.
Sampai kadang2 bertembung dengan geng raya lain.
Penuh rumah tuan rumah dengan budak2 beraya.!
Bestnye masa kecik kecik duluuuuuu

Till then!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe