Saturday, August 22, 2015

DIY Bersama PY: Simple Flower Crown

Assalamualaikum uols~
Dah lame rasenye x buat entri DIY kan. So kali ni nak buat DIY simple jek. Kali ni PY nak share mcm mane PY buat Flower Crown. Simple dan tak guna modal yang banyak pon. Boleh pakai untuk jadi pengapit ke, feeling2 sensorang ke, atau selfie pon boleh.
Semua barang2 nak buat flower crown ni korang boleh beli kat kedai pengantin.



Kengkadang PY tengok ade jek antara kite yang suke beli jek padahal boleh buat sendiri.
Baik buat sendiri dik oi. Lebih jimat dan dapat tambah skit skil dan pengetahuan kan?

So petang kelmarin PY berlari2 ke kedai pengantin dan beli la barang sket2 untuk buat flower crown ni.
Tak berapa ringgit pon. Boleh dapat sampai 5 flower crown. Jimat sangat
Jom kite buat~

Apa yang korang perlukan:
Reben/Tali


Gunting


Hot Glue Gun

Bunga ikot pilihan masing2.

Cara-cara nak buat flower crown~

 1) Ukur reben pada kepala dan gunting ikut ukuran



2) Leraikan bunga daripada tangkai kepada kuntuman bunga~



3) Susun kuntuman bunga pada reben dan gamkan.



4) Biarkan gam kering seketika dan siap! Dah boleh pakai~


Terlalu simple? Kalau korang nak lebih penuh korang boleh guna bunga dalam bentuk tangkai~


Susun tangkai bunga rapat2 dan gamkan~ Siap!


Selamat mencuba!


Nak tengok dalam bentuk video pon ade. 


Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Tuesday, August 18, 2015

Product Review: Silkygirl Matte Fever Lipcolor Balm

Assalamualaikum uols~
Hari ni PY nak start buat review tentang produk yang Muffin.my hantar untuk PY cuba!
Korang boleh tengok apa yang PY dapat drpd Muffin.my drpd entri yang lepas kat SINI
Produk pertama yang PY pilih untuk buat review ialah lipstick daripada Silkygirl.

SILKY GIRL MATTE FEVER LIPCOLOR BALM (01 VOUGE)


Mula2 masa tengok kaler lipstik/lipbalm ni terdetik kat hati PY
"Alamak...kaler x brape sesuai la. Tak brape suke..."

Bila dah cuba lipstik ni....xde la terok pon. Ok sangat!
PY sangat suka pulak dan boleh dikatakan setiap hari pakai utk pegi kerja.

1) LIPBALM/BERPELEMBAP TAPI BERWARNA.
Ada sesetengah orang agak x suka untuuk pakai lipbalm sebab boleh mengeringkan bibir trmasukla PY.
PY memang pakai lipbalm dulu....tunggu kejap...lepas tu baru pakai lipstik, terutamanya lipstik yang jenis matte. Tapi untuk lipstick ni uols jangan risau. Sebab lipstik ni jenis berpelembap dan x kering.
Bibir PY pon x mengelupas bila pakai lipstik/lipbalm ni.


2)BAU COKLAT!
PY memang ade masalah sket dengan lipstik yang ade bau. Kalau bau fruitty/buah ok lagi. Kalau bau yang wangi gile tu kengkadang rase nak muntah pon ade!
Untuk lipstik ni PY rase agak selesa dan suka sebab berbau mcm coklat.
Rase mcm nak jilat ajeeee
Yummy! Tapi uols jangan la jilat pulak lipstik ni ye.


3) SENANG UNTUK DIPAKAI
LIpstik/lipbalm ni jenis licin dan sangat mudah disapu pada bibir.
So tak payah la korang nak menyental beberapa kali sebab sekali sapu jek dah mencukupi.


4) WARNA TAHAN LAMA DAN TERANG
Sesetengaah lipstik x tahan lama dan menyebabkan kita kene touch up beberapa kali.
Yang paling teruk formula cepat cair dan comot sekeliling bibir.
Untuk lipstik/lipbalm ni, PY memang rase sgt okay.
Warna tahan lama dan terang/pigmented.
So uols x payah la nak touch up berkali2. Sekali pakai, smpai petang ok lagi.
Lagipon warna yang PY try ni jenis warna merah gelap sket kan. Memang tahan lama.


5)HARGA BERPATUTAN.
Untuk harga percubaan cuma RM19.90 aje sebatang. Untuk harga sebenar RM22.90.
Produk Silkygirl memang menawarkan harga yang murah dengan kualiti yg ok.
So rasenye berbaloi untuk korang cuba produk ni sebab harga mampu milik.

Lepas ni PY konfem akan cari warna lain bagi series ni. Nak jugak cuba kaler lain.
Ade sesape penah cuba lipstik/lipbalm ni? Boleh bagi komen sket bawah ye~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Wednesday, August 12, 2015

Tips wajah bebas bintik hitam dan nampak lebih segar ~ b.liv by Cellnique

Assalamualaikum uols~
Baru2 ni PY sebok scroll komen kat fb, youtube dan instagram~
Saje jek nak membaca komen2 yang membina dan jugak komen haters yang banyak membuatkan semangat PY berkobar2. Hihihi.
Ada beberapa orang jugak la yang komen pasal ke'ploles'an (ke'flawless'an) kulit PY.
Nak tergelak pon ade jugak sebab kulit PY pon brmasalah jugak mcm korang semua!
Kepada yang memuji dgn jujor kengkonon muka PY ni flawless, bersedia la untuk tengok sendirik kulit PY yang bermasalah, terutamanya bintik hitam dan bintik putih (blackhead dan whitehead).
Selain daripada tu, zone T kat muka pon agak berminyak dan tumbuhla seketol dua ketol jerawat.

Tapi itu dulu ye. Skarang encik blackhead dan whitehead smakin menghilangkan diri terutamanya kat bahagian hidung~
Bagi korang yang hadapi masalah yang sama, PY nak suggestkan korang untuk cuba:





Produk ni didatangkan dalam botol pump dan sangat mudah digunakan~

BAU DAN TEKSTUR PRODUK?


Produk dalam bentuk gel dan tak mudah tertumpah~
Sesetengah produk ade bau yang agak meloyakan dan terlalu kuat.
Bagi b.liv OFF WITH THOSE BLACKHEADS, bau segar dan tak kuat.
Gelnya pulak mudah meresap kedalam kulit dan tidak berminyak!

PENGALAMAN PY GUNAKAN PRODUK NI~


Nak hilangkan bintik hitam dan bintik putih (blackhead/whitehead) bukan perkara mudah.
Macam2 cara yang PY guna~
Skrub, picit, korek dan macam2 jenis produk PY dah guna.
Memang berkesan cuma agak susah dan mengambil masa yang panjang!
Yang paling terok kalau la korang ni jenis kulit sensitif. Muka akan nampak merah2 dan pedih.
Bagi korang yang jenis kulit kering pulak, kulit akan menjadi semakin KERING dan MENGELUPAS.

Tapi bila guna B.LIV BY CELLNIQUE OFF WITH THOSE HEADS, semuanya dah berubah!
Tak perlu nak menyental muka segala bagai, xde lagi rase pedih2 dan kulit rase lebih lembap sgt~
Alhamdulillah~ bintik hitam dan putih kat muka PY dah makin berkurang, minyak dan jerawat jugak smakin berkurang~ Yayy!!!
Dalam masa 14 hari/2 minggu sahaja, korang akan dapat alami perubahan pada kulit.
Bintik2 degil akan hilang, jerawat makin terkawal dan minyak pad T zone akan semakin berkurang~

Produk ni jugak diformulasi drpd bahan semula jadi dan mengelakkan bintik2 yg degil tu singgah semula ke muka uols~

Minyak Tea Tree (mengawal jerawat + mengawal bebintik + melega)
Ramuan yang terkenal untuk merawat jerawat. Ia terbukti mengandungi fungsi anti-septik, anti-kulat dan anti-bakteria yang hebat serta diketahui dapat membantu melega kulit bermasalah.

Ekstrak Witch Hazel (mengawal minyak + mengawal bebintik + melembut kulit)
Membantu mengurangkan minyak berlebihan dari kulit dan bertindak secara bersepadu untuk mengecilkan liang pori terbuka, mengurangkan rengsaan dan memastikan kulit berada pada tahap sempurna.

Ekstrak Aloe Vera (melega + melembap)
Kajian telah mendapati bahawa Aloe Vera mempunyai ciri-ciri anti-rengsaan dan keupayaan untuk menggalakkan pemulihan luka. Selain itu, ia membantu melembap dan memberi khasiat pada kulit. Hasilnya adalah tekstur kulit yang licin dan lembut.

APA YANG PY ALAMI SEPANJANG 2 MINGGU~

HARI 1-3
Kawasan T Zone rase sgt lembut. Minyak pon dh semakin brkurang~ Yay!

HARI 4-9
Bintik-bintik yang ada kat hidung, yang besar2 dah semakin hilang.
Yang tinggal bintik2 degil dan kecik2 yang susah untuk di buang.
Kawasan T-ZONE dah kurang berminyak terutamanya kat hidung dan rase lebih lembap~

HARI 10-14
Bintik2 hitam dan putih yang degil nampak semakin berkurang.
Kawasan T zone trutamanya kat hidung dan semakin lembut dan licin bila dipegang~
Sebelum ni kasar macam kertas pasir!

SEBELUM DAN SELEPAS~

SEBELUM

Cuma pam jek produk dan sapu kat bahagian muka yang ade bintik hitam dan bintik putih (blackhead/whitehead)
Dah siap!

SELEPAS~
Bintik hitam dan putih smakin berkurang~

Selain masalah bintik hitam dan putih, PY jugak ada masalah kulit yang kering T_T
Kulit kering ni kengkadang lebih teruk drpd masalah kulit berjerawat.
Kulit akan cepat brkedut!
Jangan risau ye. Sebab B.Liv ada rangkaian penjagaan kulit kering!
Dalam banyak2 produk, PY paling suke

B.LIV BY CELLNIQUE UTMOST MOISTURE IMMERSE ME 

MASK SUTERA JEPUN TULEN OK. SUTERA TEPEK KAT MUKA. KONFEM LA MUKA JADI LEMBUT DAN KEBABOOM BAK SUTERA.

Macam PY sendirik pon kan, muka kering ni menyebabkan foundation yang dipakai nampak bergaris dan kengkadang mekap nampak bercapok.
Jangan cakap org kulit minyak jek yang hadapi kesukaran hidop ye. Weols yang berkulit kering pon bergelut dengan perkara yang lebih kurang sama.
Selepas jek PY guna masker ni, alhamdulillah. Boleh nampak dan rasa yang kulit semakin lembap dan x melekit! Produk mudah untuk diserap oleh kulit dan bau pun menyenangkan.
Konfem korang yang ada masalah kulit kering ni suke dengan masker ni~

Masker ni diformulasi supaya muka uols lembap, cerah dan anjal. (sebab menggalakkan penghasilan kolagen)
Asid Hyaluronik Kation (HA+)
Perolehan kationik bagi Asid Hyaluronik. Ia menarik sel kulit dan melembap jauh ke dalam kulit, agar kulit lembut dan lembap.

Asid Hyaluronik (HA)
Melembap kulit melalui fungsi uniknya yang menyerupai kebolehan semulajadi kulit bagi meningkat pembendungan air sehingga 1,000 kali beratnya.

Ekstrak rumpun Cogon
Mengomptimumkan dan memperkukuh sintesis kolagen serta penyerapan kelembapan kulit dengan menyediakan pelembapan jangka panjang.

Natrium PCA
Komponen semulajadi Faktor Pelembapan Semulajadi (NMF: Natural Moisturising Factor), yang bertindak mengekang lembapan pada kulit.

Cara nak guna senang je~
Gunakan Immerse Me 2 – 3 kali seminggu untuk meningkat hidrasi kulit, kecerahan dan menentang penuaan.
1. Asingkan helaian pelindung masker sebelum meletakkan masker pada wajah yang telah dicuci bersih.
2. Biarkan masker selama 20 – 30 minit.
3. Tanggalkan masker dan urut lebihan serum pada kulit.


 Pakai masker selama 20-30 minit dan tanggalkan~ Siap!

Muka nampak dan rasa lebih segar uolss

Untuk uols yang berminat nak dapatkan produk ni boleh klik link kat bawah ye~

B.LIV BY CELLNIQUE UTMOST OFF WITH THOSE HEADS
Nak diskaun tak? Konfem ramai yang nak kannnn
Korang akan dapat diskaun 50%  "Off Those Heads" 15/30/45 ml dengan sebarang pembelian produk daripada BLIV.COM
Korang cuma gunakan kod promo: ERMA50

Disebabkan PY ni berbaik hati (hehehe) PY nak bagi 30 orang pembaca entry ni trial produk/produk percubaan daripada B.LIV.
Uols akan dapat off with those heads 3ml, drench me 3ml, 1 keping absolute matte mask

Macam mana nak dapat produk percubaan ni?
1) KLIK DAN REGISTER KAT LINK BAWAH NI:
REGISTER SINI

2) KLIK KAT LINK BAWAH NI DAN TEBUS/REDEEM TRIAL PRODUK:
REDEEM/TEBUS PRODUK KAT SINI
 GUNAKAN PROMO KOD : ERMATRIAL

PROMOSI NI AKAN BERAKHIR SAMPAI 31 AUGUST 2015 TAU.
TUNGGU APE LAGI? CEPAT2 KLIK LINK KAT ATAS YE!

Dan jangan lupe like Fanpage B.LIV MALAYSIA untuk maklumat lanjut berkenaan produk :)

FANPAGE B.LIV MALAYSIA

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Tuesday, August 4, 2015

Terima kasih Muffin.my!

Assalamualaikum Cik Gojes sekaliannnnn

Hari ni nak share produk yang PY dapat daripada Muffin.my
Balik jek kelas petang PY terkedek2 ambik parcel kat pejabat pos dengan gumbiraaaa
Dalam jangkaan mungkin dapat 1-2 produk trial size/tester/sample.
Skali dapat banyak jugak sample daripada beberapa brand!
Terima kasih Muffin.my!



Bagi korang yang tak tahu Muffin.my tu ape, Muffin.my ni satu beauty community/komuniti utk uols yang berminat dengan produk kecantikan. Korang boleh daftar kat Muffin.my dan berkongsi review pasal banyak produk kecantikan dengan pengguna yang lain.
Jadi korang dapat lebih banyak panduan dan rujukan sebelum membeli dan mencuba produk kecantikan yang sesuai dengan kulit korang dengan bantuan daripada pengguna yang lain di Muffin.my~

Nak join? Klik gambar ni :)
Kat sini PY nak kong si produk awesome yang PY dapat drpd Muffin.my~

1) NEESYA LUMI BRIGHTENING NIGHT REJUVENATOR


Yang ni PY baru jek try skali. Krim malam yang berfungsi untuk melembap dan meremajakan kulit.
Walaupon PY ni xde la kertu sangat. Masih lagi 20-an kan. Tapi x salah nak mencegah drpd awal.
Yang ni PY dapat full size produk ye. 50 ml. X berminyak dan cepat meresap dalam kulit. Awesome!

2) SILKYGIRL MATTE FEVER COLOR LIPBALM IN 01 VOUGE


Yang ni pon dapat full size. Dah try pkai skali tadi. Lembap mcm lipbalm tapi bibir nampak matte/tak berkilat atau berminyak. Tahan lama atau tak, tu tak tau lagi. Sebab belom try pakai untuk jangka masa yang panjang. Cuma kaler x brape berkenan. Warna merah gelap/plum sket. Muka nampak garang dan lebih berusia kalau pakai lipstik cmni. Kecuali la kalau muka memang lawa kebaboom, pakai lipstik hitam pon cantek.

3) MUSELA PHYSIOBE'BE'/CLEANSING MILK.


Produk Mustela ni sebenarnye untk bayi. Agak keliru sket sampaila bace brochure yang dihantar bersama-sama tu. Memandangkan bayi xde nak dicuba, PY sendiri akan try.
Memandangkan produk yang PY dapat ni sejenis pencuci, PY akan cuba produk ni untuk bersihkan muka.

4) e'Pure AMINO HYDRO INTENSE CLEANSER.


Yang ni dapat trial size. sangat2 siket. Satu botol ni dapat la sekali pakai.
Takde sebarang info pada botol. Nak kene google dulu pasal produk ni sebelum guna~

5)e'Pure MEMBRANOUS JELLY MASQUE.


Sangat la x sabar PY nk cuba mask ni. Sebab kulit PY memang sgt kering!
Jadi produk utk kulit kering memang la konfem PY suka!

6) GINKGO NATURAL FOAM CLEANSING CREAM BY CHARMZONE

Pencuci muka. Takde la harapan ape2 kat produk ni. Dapat bersihkan muka dgn elok pon dh ok sgt2.

7) ALBATROSS WATERFULL CC CREAM

Ni baru first time nak try CC Cream. Biasanya PY guna BB Cream jek.
Ape yang bezanya ialah CC Cream dapat meneutralkan warna kulit supaya nampak sekata dan kurangkan kemerahan pada muka~ First time nak cuba ni. Tak sabar la!

8) ALBATROSS POWDER SUN SPF41/PA++

PY ni sebenarnye bukan jenis yang rajin pakai sunscreen/sunblock ye.
Pakai krim biase, kalau rajin pakai BB cream, pastu baru pakai bedak.
Selama ni brgantung kt SPF drpd BB cream yang seciput tu. Produk  ni konfem dpt lindungi kulit PY lebih lama lagi sebab nilai SPF yang agak tinggi kat situ SPF 41/PA++.
Selama ni cuma pakai yang SPF 2+ jek. Hihihi.

Terima kasih sangat2 kat Muffin.my sebab hantar gift yang best ni kat PY~
Sangat la excited nak cuba produk2 yang diorang bagi dan tulis review kat Muffin.my!

Bagi korang yang belom join Muffin.my boleh klik link kat bawah~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Sunday, August 2, 2015

Tips Atasi Masalah Berat Badan Semasa Raya~ IVIORA FOS Daily Fibre~

Assalamualaikum semua!
Memandangkan sekarang masih lagi bulan Syawal~
Rasenye bukan PY jek...korang pon x terlepas dengan jemputan rumah terbuka yg melambak-lambak.
Tak pergi nanti tuan rumah kecik hati pulak~
PY sendiri dah lupa berapa banyak rumah terbuka yang PY dah pegi!
Makanan pulak? Fuh memang macam2 jenis makanan yang PY makan.
Banyak pulak tu. Sedar2 jek berat dah naik 3 kilo.
Penat2 puasa sebulan aritu turun 2 kilo. Raya x smpai brape hari dh naik 3 kilo!

Jadi PY amek langkah pantas untuk mulakan sesi penurunan berat badan.
Taknak la dah naik 10 kilo baru nak beringat!
Buat masa ni berat masih lagi terkawal dan turun setengah kilo.
Bagi korang yang mengalami masalah yang sama boleh la cuba tips kat bawah~

1) Semasa kat rumah terbuka, banyakkan makan hidangan yang kurang kalori terlebih dahulu~
Contohnya setiap rumah terbuka konfem tuan rumah akan sediakan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Makan buah dulu banyak2 lepas tu baru makan makanan lain.

2) Beringat siket mase ambik makanan. Jangan ambik terlalu banyak.
Kebanyakan orang makan banyak sebab tak nak membazir.
Ambik makanan menimbun-nimbun. Pastu makan siket jek.
Nak buang sayang pulak! terpaksela habiskan jugak sebab xnak membazir. 
Berat badaan pon meroyan la naiknye!

3) Ambil supplemen/makanan tambahan untuk membantu melancarkan sistem penghadaman~
Makan bukan main banyaknya. Membuang pulak 3 hari sekali!
Masalah sembelit dan penghadaman yang tak teratur bukan jek menyebabkan toksik berkumpul malah menyebabkan masalah perut buncit dan masalah berat badan!
Korang boleh mengambil makanan berserat tinggi contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan untuk atasi masalah ni.
tak suka? tak sedap? tak sempat?
Tak payah susah. PY amalkan IVIORA FOS DAILY FIBER!

IVIORA FOS DAILY FIBRE (240g)
Cuma bancuh dan minum waktu pagi.
Amalkan sekali sehari jek dah mencukupi untuk bekalkan fiber/serat untuk badan kita.
Tak payah sebok2 nak pikir dah.



KENAPA PY SUKA IVIORA FOS DAILY FIBRE?

1) SEDAP! PERISA OREN LAGI TAUUUU
Py rase mesti korang penahh ade pengalaman mkan suplemen macam ni pastu tak boleh nak telan sebab rasa mcm makan rumput. betol tak??
Mase mula2 nak try pon PY ade rase sket cuak la. Takot rase x sedap gile dan silap2 boleh muntah teros!
Wekkkkkk.
Tapi jangkaan PY silap. IVIORA FOS Daily Fibre ni rase oren/sunquick!
Hehehe. Tiap2 hari PY minum IVIORA FOS DAILY FIBRE dengan gembira~ weeeeee

Perisa oren yum2.

2) BANYAK SANGAT MANFAAT!
korang ade masalah susah nak buang air besar? nak turunkan paras kolesterol dalam darah? masalah perot buncit? nak turunkan berat badan?
Semua masalah ni dapat diatasi dengan amalkan IVIORA FOS DAILY FIBRE.
Cuma minum sekali sehari jek. InsyaAllah korang konfem akan membuang dengan selesa setiap hari!
Secara tak langsung perot yang buncit dan masalah berat badan pon akan dapat dikawal.



3) SENANG UNTUK DISEDIAKAN~
Cuma bancuhkan satu scoop IVIORA FOS DAILY FIBRE dalam setengah cawan air/200 ml.
Kacau dan siap! Boleh teros minum ok!



 masokkan satu scoop~

kacau dan siap untuk diminum!

PERINGATAN: JANGAN BANCUH GUNA AIR PANAS YE. SEBAB BAKTERIA BAIK YANG ADA DALAM PRODUK NI MUNGKIN AKAN MATI DISEBABKAN SUHU AIR YANG TERLALU PANAS

3) MENGANDUNGI BAKTERIA BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN
Dirumus khas dengan Prebiotik (FOS&GOS) dan Probiotik Bifidobacterium longum BB536 yang membantu penghadaman dan mengekalkan kekerapan membuang air besar~
Jadik konfem lepas ni perut rasa lebih sihat dan lebih mudah utk korang membuang :)


Bagi yang berminat nak beli produk ni boleh klik link kat bawah ye :)
Website:
IVIORA FOS DAILY FIBRE
Fanpage:
IVIORA MALAYSIA

Selamat mencuba!


Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe