Wednesday, June 21, 2017

Baju raya PY untuk 2017~

Salam uols!
Tahun ni tahun paling mencabar untuk beli baju raya.
Sebab design baju raya semakin pelik dan kalau design yang biasa2 tu biasanya trend tahun-tahun lepas.
Ala macam baju kurung manik Vietnam, baju berbatu bata semua tu.
So, memang x berkenan la.
Tahun ni PY perhatikan, lambakan butik2 dan jgk butik vendor semuanya design lebih kurang sama jek!
Warna, kain, cutting dan design.
Paling ketara tahun ni kebanyakan butik keluarkan baju raya design peplum.
PEPLUM.
PY memang suka gila nak mati design peplum!
Last2 3 pasang baju raya PY design peplum.

Selepas  hari menjelajah BBU smpai ke angsana,
selepas fitting berpuluh-puluh helai baju,
3 helai ni PY pilih untuk jadi baju raya pertama sampai la ke tiga.
Raya ke empat dan seterusnya ada blouse, skirt dan mcm2 lagi la uolss.


Ni daripada butik Jannah Noe' 
Harga RM369 kalau x silap.
Tak jadi beli. Peplum trlalu singkat.
Muat2 badan sangat. Gemok sket memang abes x leh pakai.
Lagipon singkat2 ni kalau pergi sekolah terjojol pulak mata semua orang.
Kat sekolah very the sensitive u know.
Padahal rasa cm biasa jek. Tak pe la kita follow je laaa

Yang ni baju raya pertama PY
Tahun ni raya kat rumah tema kaler pink uols.
Asalnya baju lain. Tetiba memasing nak kaler pink la pulekssssssss
So saya yang menurut perintah ok.
Peplum ni daripada Keisha Inara chuolss
RM299
Yang ni size XL uols. Longgar sket.

Yang ni test sebab ni size L.
Tak beli yang kaler kuning. Beli yang kaler pink size L.

Raya kedua bersongket la pulekss
Asalnya ni baju raya pertama.
Tetiba memasing tukar kaler tema nak kaler pink.
Takpe uols, Raya sebulan.
So yang kaler putih ni kita pakai raya kedua nanti!
Peplum ni daripada butik Quenella.
RM299 jugak uolss


Raya ketiga pon masih peplum lagi uols.
Tak tau la kenapa tahun ni asek pakai peplum.
Mungkin hari2 biasa dah pakai kurung moden n segala mcm baju kot.
Almaklum la....PY ni kan cikgu!
Tiap2 hari pakai baju raya.
Songket kaler hijau ni pun daripada butik Quenella jugak.
RM299. Semua baju raya harga sama~


Shawl plak PY biasa beli Naelofar atau Radiusite.
Shawl biasa jek. Tak pakai sgt yang pelik2 ni.
Baju raya seterusnya campor2. Ada blouse, tshirt, jeans n so on.
Tengok kesesuaian.
Mekap raya? Hehehe... nak cerita takut tak abes entry ni uols. Buat masa ni, ni jela persediaan PY menghadapi hari raya.
Yang lain belom selesai.

Persediaan korang untuk hari raya pulak mcm mana? 

Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Monday, June 19, 2017

Bahayanya beli baju raya secara ONLINE ~

Salam uols.
Ada sesetengah org senang aje carik baju raya.
Pilih tak sampai 5 minit kan.
Ada jgk yang berani mati nak beli online.
Kalau PY  memang x la.


Memang PY agak cerewet sket kalau beli baju raya ok!

1. PY bukan saiz standard pompuan Malaysia.
Kesian kan? Kalau beli baju online x pernah jmpe yang senonoh!
Jubah singkat, bahu tak muat, besar sgt, singkat sangat.
Sebab tu PY kalau beli baju kurong siap, memang beli kat kedai.
Cuba kat fitting room. Selesa baru la beli.
Nak lagi best beli kain pastu upah tailor.
Tapi lama sket la.

2. Warna penipu.
Pernah tak beli baju kaler pink tapi dapat yang kaler purple?
PY agak jarang la jadi sebab memang x order online kan.
Rasa mcm kene tipu dan tak best la.

3. Baju tu cantik sebab photographer dan model tu kebabom.
Baru2 ni asek la scroll insta carik baju raya.
Jumpe satu brand ni A** A***S
Baju kaler plain jek uols. Tapi serius memang cantik gila!
RM299 sepasang. Kalau cantik dan berbaloi ape salahnye uols.
Kebetulan diorang ada bukak booth kat Angsana JB kan.
PY yang memang x kan beli online pon jejak la ke sana.
Bila tengok depan2. Ambek ko.
Kain pon biase2 jek.
Cutting pon biasa2 jek.
Warna pon biasa2 jek.
PY berkenan kaler biru pastel tau.
Memang lawaaaaa sgt dalam gambar.
Sekali tgk depan2 kaler tu xde la lawa mcm dalam gambar.
Siap tanya seller tu skali.
"Betol ke baju dalam gambar ni yg kat rak ni?"
"Ye kak ," tersengih seller tu jawab.
Nampak sgt sebab kamera, lighting dan teknik photographer tu uols.
Lagi satu sebab model2 diorg semua artis fofulerrrrr.
Kalau tgk kat komen instagram tu memang beratus2.
Tapi bila tgk sendiri kat booth tu, memang agak mengecewakan.
Nasib baik x beli online. Kalau x menangissssssss

4. Kain murah tapi dalam gambar nmpak wowww
Benda ni jadik dalam tahun lepas uols.
Kengkawan ajak order tudung bawal instant.
Dah order reramai ni diorang ajak la join sekali.
Dalam gambar pon tgk boleh tahan.
Ingat kain tudung yg ok2 jela kan.
Sekali smpai amek koooooo
Warna lari daripada yang ditunjukkan dalam gambar.
Kain murah gila uols.
Kain jenis cepat pecah yang biasa org jual RM5 tu.
Cuma tambah lace seciput dan batu 2-3 ketol jek dah up harga sampai RM40!
Menangis reramai.
Last2 tudung tu skarang PY pakai masa nk buang smpah dan jemur kain kat luar.

Sampai la skarang kalau beli baju memang terus pergi butik,
masuk fitting room, kalau ok terus bayar.
Senang dan puas hati!


Korang plak macam mane? Suka beli online ke offline?

Till then!
Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Thursday, June 8, 2017

Trend Solekan Igari ft Chriszen~

Salam uolssssss
Bebulan puasa mcm ni PY gigih la edit video.
Yang nak video raya,
Yang nak video kuih raya.
Tengah2 busy ni pon sempat la update sekerat dua blog ni ha.
Ni nak share sket pasal Igari Makeup Looks.
Kebanyakan produk guna produk Chriszen ok.
Jangan jeles. meh tengok ni.



Bagi yang tau tu ok la.
Bagi yang tak tau macam mana rupanya Igari Makeup tu,
Meh sini nak tunjuk.

Ada jugak yang cakap mekap ni mcm wayang cina. Hamboiiiii

Igari ni sebenarnya trend mekap popular kat Jepun.
Ciri2 mekap igari:
1. Penggunaan blusher yang agak berlebihan pada kawasan bawah mata.
2. Mekap mata yang natural.
3. Bibir yang natural. Yang paling sesuai guna lip tint untuk buat ombre lips uols.
4. Kening light2 jek, tegak dan sederhana tebal


Semua ciri2 ni akan membuatkan muka nampak muda remaja dan natural jek uols.
Pompuan jepun kan memang suka nampak comel ala2 anime kannnnn

PY berkolaborasi dengan Chriszen Official Malaysia akan tunjukkan tutorial mekap gaya igari ni dekat uolsss.
Tgh upload yek uols. Sabo sket.

Nak sambung buat keje.
Tata. Muah ciked,

Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe