Sunday, March 29, 2015

Persembahan Angklung untuk Mesyuarat Agung PIBG~28/2/2015

Assalamualaikum~
Dah seminggu lebih dah mesyuaratnye tapi baru hari ni PY kedek2 nak upload.
Macam biase...bile ape2 majlis dibuat kaat skolah PY memang selalunya akan handle bahagian persembahan.
Untuk tahun ni lebih extreme sebab jadi ketua uols!
Mungkin muke PY yang ala2 retis (ko hado?) menyebabkan PY ni dianggap berseni sgt orgnye.
Padahal biase2 jek. 
Kengkonon bajet2 ketua dayang pakai kebaya pendek latih dayang2 muda nak buat persembahan kat istana laaaaaaaa.

So lepas bincang dengan pentadbir, akhirnye persembahan ditetapkan lebih kurang 5 minit la. 
X payah lebih2 ok.
Disebabkan skolah PY memang ade team angklung, jadik persembahan angklung la nampaknye.
Lagu Sungai Lui. Glemer ke tidak.
Kalau nak harapkan PY memang la x brjalan persembahan tu sbb PY bute not muzik.
Selama idop x penah blaja pasal benda camtu.
Nasib baik la ade ex-student dtg tolong carikan not segala bagai.
Alhamdulillah. PY dan kengkawan lain cume settle kan baju, aksesori dan mekap ajek.
Haa....yang tu ade pengalaman la siket.
Sebelum cuti raye cine buat audition dulu.
Team tahun lepas ramai yang dh abes form 5.
Kenela mencarik bebudak form 1,2 dan 3.
Lepas ajek cuti raye cina baru la latihan intensif.
Sampai ke malam PY menjaga bebudak ni kat bilik muzik yang angker tu.
Naseb baek la reramai. Kalau sesekor dok dalam bilik tu....jangan harap laaa

Praktis beberapa hari jek.
Yang paling dasyat pemain keyboard praktis x sampai 24 jam ko tau.
Naseb baek expert. Kalau tidak konfem menangis kat situ!





Sebagai tambahan....sajak pun turut diselitkan mase persembahan tu nanti.
Sebab nk cari kelainan katenye.

Time kaseh sgt kat Farhana sebab tolong carikan not utk lagu Sungai Lui )


Rase mcm x brguna la pulak kalau jadi ketua tak buat pape kan.
Jadik ape yg boleh buat pon ialah aksesori.
Aksesori ni pakai kat tangan. nanti nmpak comel la mase budak2 ni goncang angklung.
Tu jek yang PY mampu~


Somel ke tidakkkk

Sampai hari kejadian.....PY ade la mekap sket bebudak ni. Setakat pakai blusher dan lipstick je pon.
Alhamdulillah semua brjalan lancar uols.
PY sempat rakam mase buat persembahan. Mase awl2 tu jek ade silap siket.
Ok la tu.....ingat senang hape nk prektis.
Brhari dtg skolah teman bebudak ni.
Abes diorg buat persembahan rase lega tahap kebaboom!!






Agak skema di situ. Redho sajelahhhhh

Tahon dpn mcm konfem jek kene bahagian ni lagi. T_T

Till then!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

Friday, March 20, 2015

Selamat Bertunang Cik Kenah.

Assalamualaikum~
Bersusah payah PY mintak pelepasan hari Ahad lepas (15/3/2015)
Sebab mase tu masih ade aktiviti kat sekolah.
Sebab majlis ni agak penting. Walaupon mule2 rase mcm x boleh jek nak pegi.
Last2 alhamdulillah! Dapat pegi jugak majlis tunang Cik Kenah.


Selain Cik Kenah, kawan yang lain pon ade datang jugakkkk
Cik Rosz, Cik Jess dan Cik Malin~
Dah 10 tahun tak jumpe uolsssssss
Selama ni just contact kat phone, FB dan wassap jek.
Memang kalau pegi berbaloi2 laaaaa

Plan dibuat start bulan Jan aritu~
Weols kene lamar dengan Kenah supaya jadik bridesmaid dia bulan 9 nanti..
Ofkos la PY suka. 

Ofkos la sudi uolss.....BFF sejak form 1 kot :)

Mula2 rase mcm x dpt pegi.
Last2 dpt pegi jugak!
Cuma x dapat nk tolong utk prepare pape la.
Sebab PY datang hari kejadian.
Cik Rosz dan Cik Jess dtg sehari awal sebab nk tolong Kenah buat preparation majlis.


Dapat datang pon dh bersyukur sangat!

Biase majlis kat tempat PY la kan start lepas Zohor....Tapi skang memang orang dh buat awal kot.
Smpai jek pkol 11 majlis pon mula.
Mase PY smpai tu Kenah tengah sarung cincin.
Terharu pon ade tgk Kenah happy and cantek gila hari tu.
Alhamdulillah.
Kebanyakan hantaran Kenah Cik Jess dan Cik Rosz yang tolong.
Sampai hiasan khemah org makan pon dorg tolong.
Rase brsalah x dpt tolong. Takpe2...mase kawen nanti biar aku yang sental periok kuali okay???

Cik Jess :)

 Tema pink oren gittew.


 Bagi pihak lelaki dulu ambek gambar....
Pasni turn kitoraang pulakkk

 Simple tapi cantik.

 Yang ni paling mahal sebab Cik Jess terjah umah orang sebab nak amek daun sirih....
Pastu terjah kuil India sbb nak beli bunga.
Dasyat ko Cik Jess.


Sangat jeles dengan Cik Kenah...Sangat sweet, sopan dan cantek.
Selama ni mase skolah dulu Cik Kenah ni agak brutal sket.
Sampai kene ajar jalan katup.... Hahaha...Sekarang ni ayu gile..
Macam x caya. Rase nak nanges pon ade mase tu.
Tapi PY tahan jek sebab haritu pakai maskara tak waterproof.
Kang nanges abes pulak mekap PY kannnnn
Cik Rosz tolong mekap kan Cik Kenah hari tu. Sweet n simple.
Nanti PY pon nk tempah Cik Rosz jugak ok.

Ni dia jejaka pilihan Cik Kenah. Sesuai uols. Orang Terengganu. Agak jaoh jugak pilihan si Kenah ni.

Menu haritu ialah nasik arab. Sedapppppp
Tapi disebabkan dah jumpe member lama, makan pon ala kadar.
Yang banyaknye berbual. Si Kenah sebok layan tetamu.
Kitorang sebok mencekik kat meja ujong skali sambil crite pasal kebodohan masing2 mase sekolah dulu.
Hahahaha! Serius rase nak trsedak. Lagi2 Cik Rosz ni kaki lawak.
Abes jek makan, baru la dapat amek gambar dan brbual2 dgn Kenah.


Belakang : Cik Kenah
Depan dari kiri : Cik Jess, Cik Rosz dan Cik Yerma.
Kwn sejak dari form 1 kat MRSM Kuaa Klawang. Pastu same2 masok MRSM Muar.
Kecuali Cik Jess. Dia dpt 8A. So dia masok MRSM Jasin
Kitorang lagi 3 orang hanyottt. Dapat 7A1B jek.
Memasing BM dapat B.

Abes bergambar kat luar, kitorang serang mini pelamin Kenah sebab tetamu pun dh reda.
Amek gambar smpai pengsan.

 Tetap gila mcm dulu jugak.
Mase kat MRSM Muar dulu kitorang slalu curik pakai high heel warden.
PY stakat pegi dewan selera jek.
Cik Rosz hangkot high heel warden sampai pegi outing.
Last2 kene tangkap dengan warden.
Kene panggil masok bilik warden.
Warden ingat kitorang ada masalah family@personal.
Sebab tu buat hal. Memasing brlakon buat muka sedih.
Keluar jek bilik warden gelak smpai pengsan.




Cik Rosz :)

Lepas Zohor ada majlis aqiqah untuk sedara Kenah.
Anak-anak dara sume nyorok dalam bilik.
Memandangkan ktorg ni jadi bridesmaid Cik Kenah, dia pun bagi skali kain pasang utk kitorang pnye baju mase majlis tu nanti. Lawa. Purple+white lace.
Cuma skarang ni trpikir nak buat baju ape.
Nk kene discuss dengan bridesmaid yang lain ni.


Lepas tu solat dan siap2. Sbb abes majlis ingat ktorg 3 org nak pegi lepak.
Dah lama kot x sembang. Dah nak dekat 10 tahun kot.

Anak2 dara sume lepak dalam bilik baring2 sementara nak tunggu majlis aqiqah abes.
Solat Zohor pastu siap2 nak pegi lepak kat bandar Melaka uols.

 Cepat siap!

Kemaen fokus Cik Rosz mekap.

Tengah2 siap tetibe Cik Malina datang dgn family lagik.
X percaya budak kecik ni dh jadik mak org.
Cik Malina ni pon kenal sejak form 1.
Tapi saiz x berubah langsong!
Ktorang ni saiz tiap2 thn berubah. Makin lebar ketepi T_T




Abes brgambar, kitorang mintak diri dengan Cik Kenah.
Sebab dah pkol 4. Kengkonon nak lepak smpai pkol 6 jek.
Sebab Cik Rosz dan Cik Jess keje esok.
PY jek x keje sebab cuti skolah.
Pegi Secret Recipe jek pon. Tak tau nak pegi mane dah.
Topik borak merangkumi semua benda yang dh jadik sejak 10 thn lepas.
Mmg best. Pasal kwn2 laen. Ape yang dorg buat skarang.
Dan mcm2 lagi la. Borak smpai org meja sebelah punye sebelah pon boleh dengar.
Borak punye borak trlajak smpai pkol 7.


Cik Jess muka penat dan tak cukop tido.

Masing2 balik ikot destinasi masing2.
Bye2 semua. Next time kite buat gathering yek.

Yang ni jek PY sempat rakam. Ok la tu.




Till then!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

Sunday, March 8, 2015

REVIEW: DERMANIC TRANSCAP (Minggu ke 2. Putih ke uols??)

UPDATE: PY DAH BERENTI MAKAN PRODUK NI SEBAB PERIOD PY TRGANGGU.
Sila klik sini untuk baca post yg baru ttg DERMANIC.
Assalamualaikum.
Kali ni PY nak buat review pasal produk meletop di pasaran.
Melambak2 orang telan produk ni.
Review yang PY buat ni jujor. Walaupon dah dipesan oleh beberapa org kwn yang lain supaya brhati-hati membuat review sebab penjual produk ni merata2 kat Malaysia.
PY mungkin akan diserang brtubi2 kalau silap tulis pasal produk ni.

Produk yang PY nak buat review harini ialah~
DERMANIC TRANSCAPS
250GM OF TRANEXAMIC ACID

ni ha produknye. PY beli 2 botol.

PY mule consume 25/2/2014 sampai hari ni 8/3/2015.
Dah 12 hari dah atau hampir dua minggu.
PY rase bukan PY jek...korang semua pon banyak yang dh tgk testimoni melambak2 kat internet pasal produk ni.
PY rase korang boleh google sendirik.

Apa tujuan PY consume produk ni??
Sebab produk ni katenye boleh menyekatakan warna kulit.
Seperti yang korang tau...tangan PY agak gelap berbanding warna kulit muka.
Jadik ramai la yang menganjing/menyalak bagi komen kat video PY pasal perbezaan warna tangan dan muka PY. Ade jugak yang samekan PY dengan iklan DHerb's pasal pompuan tangan itam tu.
Jadik PY try la macam2 produk~ buat mase ni haremmmm xde lagi yang berkesan.
Kali ni PY nak try Dermanic pulak. Sebenarnye PY xde la percaya sangat dengan testimoni kat internet ni. Sebab skarang ni beribu app/filter yang korang boleh download dan edit muke korang.
Nak nmpak flawless, putih gebu semuaaa boleh.
Jadik PY nak try dan buat testimoni sejauh mane keberkesanan Dermanic ni.
Review kali ni x guna sebarang filter, photoshop atau sebagainye.
PY amek gambar ditempat yang same dan menggunakan cahaya yang same kuatnye.
Dengan harapan supaya testimoni kali ni btol2 valid.
Bukannya edit supaya putih pastu muke femes merata2 sebab jadi testimoni yang brjaya.
Tapi mungkin jugak produk tu x brkesan kat PY tapi berkesan kat orang lain.
Ikot pertimbangan korang sendiri lah nak memilih produk utk diri korang sendiri.
PY cuma bagi review hasil dapatan daripada diri PY sendiri.
(Dah macam lab report pulak bunyinye.)
Dan bagi korang yang tringin nak cuba, pastikan beli DERMANIC yang original sebab yang tiruan dah ade.
Yang PY beli alhamdulillah original uols~

Cara makan:
Yang disarankan ialah 2 bijik sehari. Pagi sekali, malam sekali. Selepas makan.
PY amek double dose utk bulan yang pertama, 4 bijik.
Untuk bulan seterosnya PY amek 2 bijik je.
Minum air 3 liter sehari supaya lebih berkesan.
Elakkan minum minuman berkafein.


Semua cara kat atas PY dah ikot.
Hasilnye selepas 12 hari.....

SEBELUM



SELEPAS


Kenapa PY guna tangan dan x guna muka??
Senang jek. Supaya korang konfiden sket dengan testimoni kali ni.
Kalau kat muke pakai bedak sepapan konfem putih. Tak payah telan mende2 ni semua.
Kalau tangan?? Ade ke org pakai bedak sepapan kat tangan??
Takde kan.....Kalau ade tu maksodnye uols dh gile dan buang tebiat...

KOMEN PY:
Buat mase ni dah hampir 2 minggu PY consume Dermanic.
Sehari PY telan 4 biji (maksimum 4 biji ye. jgn lebih2 haaa)
2 pagi 2 malam untuk bulan yang pertama. pasni PY nak consume 2 bijik sehari untuk bulan yang seterusnya.
PY x amek kafein, minom 3 liter air sehari.
Takde perbezaan pon. Dalam gambar mungkin korang rase mcm ade beza sket kan??
Tu mungkin sebab cahaya jek. In real life xde pape yang berlaku.
Takpe. Minggu akan datang PY akan but review lagi utk tgk perkembangan/perubahan warna kulit PY.

Selain dlm bentuk capsule, DERMANIC pon ade dlm bentuk injection jugak.
Cocok2 ni PY agak takot sket. Katenye lagi berkesan.
InsyaAllah nanti PY nak try injection walaupon takot mcm nk pengsan.

Till then!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

Duit Iklan Nuffnang

Assalamualaikum~
Pepagi buta tetibe rajen bebeno nak menaip entri.
Tajok entri nampak mcm kebaboom. Tapi sebenarnye #$%^&*
Saje belek2 blog...trnampak plak iklan nuffnang baru tringat nak log in akaun nuffnang

Iklan nuffnang kat blog PY. Sila klik okkkkkk

Yang ni lagi satu....Sila klik jugakkk

Sebenarnye dah masok thn ke 5 PY join iklan nuffnang ni.
Saje jek. Memang x trpikir pon dpt duit sbb PY bukan jenis yang update blog tiap2 ari.
Jadual keje yang busy tahap dewa mnyebabkan PY x kategorikan diri sendiri sbg blogger tegar.
Blogger famous??? jaohhhhhh skali laaaa
Ade blog sebab nk share pasal mekap, hidop PY atau tmpat meluahkan prasaan.
Tu jek objektif sebenarnye. Nak dapat duit??? Tak penah trpikir.
Jadik PY log in la nuffnang PY yang dah lame x bukak tuuu. Objektif??? Saje.




Bile check duit drpd iklan Nuffnang ade RM66.20!
HAHAHAHAHA. Gelak sendiri. Tak sangke siot.
Ade la jugak maksodnye drpd xde pape kan.
Maksodnye setahon blog PY dpt RM10 sbb dh 5 thn join nuffnang ni.
Klakar pn ade. Hehehehe.
Lepas jek RM50 patotnye dah boleh cash out. Tp PY x cash out dulu.
Seciput bebeno! Tunggu seratus dulu la...Maksodnye kene tunggu lagi 5 tahun. Pengsan kat situ.
JADIK JGN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT ATAS DAN TEPI BLOG PY OK!
Cepat la siket PY cash out RM100 tu. Xyah la tunggu smpai 5 thn akan datang. Sadis betol.

Sesape yang rajin update blog atau bru jek brjinak2 nak menulis blog, jgn lupe join nuffnang.
Mane la tau kan. Membuahkan hasil. PY pnye hasil x brape brbuah sgt....hehehe...
Dah dpt duit jgn lupe blanje PY.

Till then!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

Friday, March 6, 2015

REVIEW : KFC Premium Desserts (Profiteroles, Tartufo dan Tiramisu)

Assalamualaikum~
Walaupon diet PY masih lagi diteroskan....tapi x bermakna PY dh x makan langsong benda manis.
Perasaan nak makan benda2 manis makin meletop2 trutamanya hujung minggu dan kebetulan hari tu CHEAT DAY (hari boleh makan nasik).
Jadik lepas tgk iklan KFC Premium Desserts kat tv...PY dan Cik Susu tros pegi KFC drive thru sbb tringin nak try menu baru KFC. 
KFC Premium Desserts ni kengkonon international desserts yg KFC tawarkan dengan harga yang murah.
Nak sebot pon nak tergeliat lidah aku woi. Korang bace sendirik. Kalo x konpiden sgn sebutan nama mende ni...bace dalam ati jelaaaaaaaaaa

3 Menu yag disediakannnn.....sedap ke idok.....kalau kt iklan kat tv lagi la kebaboom....
Meleleh air liur!

PY dan Cik Susu beli tiga2 skali. Tapi kongsi2 la sebab nak rase semua skali tapi xnak amek kalori yg bnyk.

Sebelum tu PY buat research sket pasal desserts ni.... Memandangkan PY cuma penah makan Tiramisu jek.

Profiteroles -Asal dari Perancis.Tapi xtau nape kat kotak tulis Itali. X kesah la...
 Cream puff inti krim putar, custard atau versi US intinye aiskrim.
Tetibe PY rase PY penah makan plak mende ni. Beli kat bazar ramadhan, tapi inti custard la.
Tak tau pulak name benda ni nk nyebot pon susah. Aku sebut cream puff ajek.

Tiramisu : Ramai yang ingat dessert ni dari Jepun sbb name die yg bunyik mcm Jepon.
Sebenarnye tak ye. Dessert ni dari Itali. Resepi asalnya biskut jejari rendam air kopi lepas tu lapis dengan gula, telur, keju mascarpone dan serbuk koko. Mcm senang aje bunyinye. Tapi skarang ni dah ade mcm versi yang diubahsuai spy lebih sedappp.

Tartufo - Yang ni PY slalu salah sebot. Tartuto. Tarfuto. Fartuto. Macam2 aku sebot.
Dessert jenis aiskrim dari Itali. Aiskrim coklat ade syrup/sos kat tengah2. Biasanya syrup buah raspberry atau cherry. Yang ni konfem PY x penah makan.

Jom tengok gambar packaging sebenar desert ni!

Packaging ok la.

Profiteroles~ xsaba nk makan oiii

Tiramisu~

Yang ni paling trliur nak rase~ Tartufo!

 Bukakkkk!!! Sedia untok diserang

APA PENDAPAT PY???

1) PROFITEROLES
Rasa tak la terok. Rase die xla jaoh trsasar drpd ape yang digambarkan. Biase jek. Cume yang tak bestnye sebab puff tu pon beku skali dan menyebabkan susah untuk kite nak menggali dan makan. Sudu plastik PY patah ok. Series patah. 
Dessert yang ni PY rase x sesuai dimakan sejok. Puff keras mcm jempot2 yang di masok dlm freezer. Beku.
Sos nye pon same. Inti kat dalam puff tu ialah aiskrim vanila.
Disebabkan ade aiskrim vanila kat dalam tu menyebabkan dessert ni trpakse dibekukan.
Agak sedeh sket yang ni. Nasib baik x mahal mende ni.

Berjaya menggali selepas satu sudu terkorban.

2) TIRAMISU


Tiramisu ni pastikan korang makan abes sebelom cair. Bile dah cair rase muak lain macam.
Rase krim+kopi+coklat sket. Okla dari yang sebelom ni. Kali ni sudu x patah.
Tapi lagi sedap tiramisu yang PY penah makan sebelum ni. Ok la untok dicuba.
Sesuai untuk korang yang suke makan benda yg rase lemak2 ni. Kalau PY x brape minat sgt. Muak.

3) TORTUFO


Kat dalam iklan yang ni paling trliur skali PY nengok.
Bila dah rase ok2 la. Yang ni bagi PY paling ok antara ketiga2 KFC Premium Desserts.
Rase mcm aiskrim coklat biase. Tartufo spatotnye ade sos cherry @ raspberry kat dalam.
Tapi versi KFC diorg letak sos coklat kat dalam. Sos nye pon separa beku.
Kat atas tabor dengan serbok coklat. Dah siap.
Rase coklat jela tartufo ni. Tu jek.

Lepas ditambah tax dan segala bagai sbb PY bwk balik umah, Harga lebih kurang RM18  lebih.
Satu dessert ni lebih kurang RM6 lebih. Bagi penggemar dessert mcm PY, PY rase baek la beli aje kek Secret Recipe brbanding KFC Premium Dessert ni. Harga pon lebih kurang halal jek.
RM7-RM8 sepotong. Tapi puas ati dan sedap.

Till then!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe