Sunday, December 27, 2015

Jalan Jalan Cari Makan di Perlis : Shopping di Padang Besar!

Assalamualaikum~
Hujung tahun macam ni biasa la kan kalau pergi bercuti.
Yang bajet banyak tu boleh la bercuti sampai ke luar negara.
Bagi yang bajet ciput bercuti dalam negara jela ye.
Sebenarnye dalam Malaysia ni pun tak kurang banyak tempat menarik tau.
Jadik PY amek keputusan untuk jalan2 makan angin di Perlis.
Memang agak gile dan jauh kalau difikirkan.
Tambahan pulak PY drive sensorang, takde org laki yang join, semua perempuan dan jugak bawak budak2 kecik seramai 4 orang. Yang paling kecik umur 6 bulan!

Baby Mika, 6 bulan pon nak ikottttt


PY pegi ni x rancang secara teliti pon. Main redah aje ko tau.
Motif jenjalan hujung kat utara nun?
Saje nak brjalan kt tempat orang. Nak rase makanan dan bahasa orang kat sini.
Memang lain la siket sebab diorang ni dah kat sempadan siam.

PY bertolak dari rumah pukol 3.00 petang dan sampai ke Arau pukol 4.30 pagi.
Fuh....lebih 12 jam drive tu! Tapi ade la berenti beberapa kali kan.
Lagi2 la bawak budak2 kenit ni. Lagi la banyak cite.
Ayah PY asek telefon aje sebab risau. Alhamdulillah. Kitorang selamat sampai.

Berenti kejap kat RNR Sungai Buloh pukul 7.15 camtu.
Bebudak ni dah laparrr



PY pilih untuk menginap kat homestay kat area Arau. Dekat jek dengan Kolej Matrikulasi Perlis.
Lagipon bebudak kecik ni perlukan ruang yang besar untuk brlari2 sekeliling rumah dan lebih murah serta selesa macam kat rumah.
Bagi yang nak cari homestay kat area Arau boleh la menginap kat ANZALNA HOMESTAY kat Taman Sri Wang kalau tak silap PY.

ANZALNA HOMESTAY
+601114402355
+60174199297

Satu malam RM200 sahaja. Ada 4 bilik, 2 bilik air. Homestay jenis tingkat atas rumah kedai.
Sederet dengan kedai2. Depan muka pintu jek dah banyak gerai makan. Tapi kebanyakannya bukak waktu malam. Kalau waktu siang kene keluar untuk cari tempat makan kt tempat lain
Apa yang PY perasan kat Perlis ni, suasana die tenang jek dan tak jem mcm kt Johor.
Suasana kampung. Kanan kiri sawah bendang. Rasa mcm nak terjun dr kete buat photoshoot kat situ!
Kereta tak banyak....bandar pun x besar mana....memang sesuai untuk kite yg hari2 bergelot dgn jem dan suasana bising ni ha.

Ni baru bahagian tepi....kat dapor dan bilik air luasss

Pada hari pertama sampai, kitorang semua berehat jek. Memang penat la....terutamanya PY yang drive ni.
Pagi tu beli sarapan kat warung berdekatan jek. Tengahari tu baru pergi keluar jauh siket.
Saat2 camni la khidmat Pakcik Google sangat diperlukan,
PY pon search antara tempat makan yang menarik kat Perlis ni. Salah satu yang famous ialah Anjung Keli. memang ramai selebriti dan orang kenamaan yang datang sini untuk makan.


Menu kat sini macam2 ada. Konfem la menu berasaskan ikan keli memang banyak kat sini.
Bagi pendapat PY, restoran ni ok jek. Takde la special sangat pon. Cuma pilihan lauk memang banyak. Harga pon ok. Tak murah sangat....tak mahal sangat...
Tak tau apasal yang glemer sgt. PY rase cm biase jek. Banyak jek kedai cmni kat Pasir Gudang.
Hehehehe.


Lepas jek makan, kitorang singgah ke Padang Besar. Plan asal nak pegi esok jek.
Tapi singgah la sekejap hari ni. Dapat la survey2 nak beli barang ape esok.

Esoknya PY mintak lagi bantuan Pakcik Google untuk cari tempat makan yang agak fofuler kat Perlis. So tengahari kitorang makan kat Warung Pokok Sawa. Konsep same jek macam Anjung Keli.
Makan nasik campur. Memandangkan nak round abes kat Padang besar lepas ni, elok la makan nasik.
Banyak sket tenaga nak brjalan.



Lepas je lunch terus pegi ke Padang Besar...yay!!!
Serbuuuuuuuuu


 Sila la shopping~


Ada yang cakap kat Padang Besar ni mahal la....
Mase cuti skolah ni harga barang sume naikla....
Biase la kan....manusia ni kengkadang nak bgtau yg kite ni bodoh la pegi situ mase cuti sekolah.
Bajet2 terer dan pandai. Abestu....dah mase cuti sekolah aje yg ade weh.
Sekurang2nye lebih murah drpd harga yang jual online atau kt Pasir Gudang.
Lagipon banyak pilihan kan. Terpulangla kt diri sendiri.
Bagi PY dah cukop ok dah tu.
Toto, periuk, jajan, kacang, baju baby, tshirt, produk kecantikan siam, dan mcm2 lagi PY beli.
Alhamdulillah. penat tapi sangat la sronok!

Balik dah agak petang, Sampai homestay lebih kurang pukol 6 la.
Kitorang mandi2 dan berehat sebelum keluar untuk makan malam pulak.

Seperti biase la PY menggunakan Pakcik Google untuk mencari tmpat makan yang best pada waktu malam di Perlis. PY pilih untuk ke Koma Laut, kat jeti Kuala Perlis.
Teringin nak makan seafood malam tu.
Kitorang brtolak lepas maghrib sebab takot org dah ramai pulak kalau pergi lambat.
Takde la jauh mane pon. Lebih kurang 30 minit kot kalau x silap.

Ada banyak jugak la kedai kat situ. Tapi PY pilih Mona Ikan Bakar sebab banyak dapat review cakap yang kat sini sedap.



 Memaseng tunggu makanan dengan muke lapo.

Memandang PY nak dengki korang, jadik PY saje jek letak gambo makanan tu seketol2.
Biar meleleh air liur korang.

 Pesan ni jek sebab org dewasa cume 3 org. Budak2 ni makan main2.
Ni pon mcm nak pecah perot makan weh.

 Siakap stim limau ni memang sangat la sedap. Sebelum ni PY penah la makan kat Sabar Awor.
Tapi kat sini punye memang lain. Tak hanyir langsong!
Kuah cukup masam dan sedap. Berketol2 asam boi kat dalam kuah tu.
Siap hirup lagi.

 kailan ikan masin memang wajib la. PY kalau makan kat tmpat camni memang x order dah sayur lain.

 Sotong goreng tepung! Rangup gile dan segar.
Bebudak la yg suka makan ni. Sebab yang lain agak pedas.

Mentarang goreng berlada.
Kali pertama PY makan mentarang. Bagi yang tak tau mentarang tu ape, dia ni macam ala2 kepah tapi ade belalai terkeluar satu dari cengkerang. Memang pelik rupenye tapi ok la.
Rase mcm kepah~

Alhamdulillah~ kebanyakan makanan yang PY order malam tu agak licin la jugak.
Tak la membazir kan.
Sebelum balik kitorang singgah kat karnival pelancongan. Betol2 sebelah Koma.
Melayan budak2 ni kt funfair. Lepas tu balik lebih kurang pukul 10 lebih dan teros tido sebab penat merayap sepanjang hari.

Hari ni hari terakhir kitorang kat Perlis.
Pagi2 bangun dan berkemas untuk balik ke Muar.
Almaklumlah...budak2 ramai la jugak kan. Jadi agak lambat la jugak kitorang kemaskan barang sendiri trmasuk la budak2 cinonet ni.
Sebelum balik, PY dan mak PY pegi Padang Besar lagi skali.
Adik PY dan bebudak yang lain tinggal dalam kete jek.
Terlupa nak beli buah tangan la pulak!

 PY ada la beli beberapa bungkus asam ni.

Kuih beras kalau tak silap namenye.

Sampai sana pukol 10.30. Round2 cari barang dah nak pukol 12!
Perut lapar. Nak drive jauh lepas ni.
Jadi PY singgah makan kat gerai2 berdekatan dengan Padang Besar.
Yang lain order nasik campur jek.
PY bosan la pulak asek makan nasik campur. Jadik PY order pulut ayam dan kuetiau sup thailand.
Teringin nak cuba,
Sedap gileeeeeeeeeeee. Tak rugi PY cuba ok!
Yg lain pon ngintai2 pinggan PY sebab tgk PY makan memang shiok abes.
Last2 adik dan mak pon mntak sket sebab nak rase.

Ni la Pulut Ayam!

Serius sedap. Nampak x bekas tu? Nak makan kuetiau ni kene campur skali dengan benda2 yang ade kat dalam tu. Ada jeruk, chilli flakes dan bende2 yg PY pon tak tau namanye. Tapi memang sedap.
Rase mcm kuetiau sup tapi masam2 sket.... Aroma kuah die best gile!

Habis jek makan, PY terus drive balik Muar. Ada la beberapa kali berenti kat RNR untuk pegi toilet dan sebagainya. 
Alhamdulillah. Sampai jugak ke Perlis. Kalau tanye nak pegi lagi ke tak....PY memang akan datang lagi pada masa akan datang!

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Tuesday, December 15, 2015

Product review : Faith In Face Hydrogel Masks

Assalamualaikum~

Hye uols!!! Dah lama rasenye x update blog ni~
Tengah2 menanda kertas pekse bebudak ni, tetibe rase nak menaip~

Sebenarnye kali ni PY nak share tentang produk yang PY terima baru2 ni.
Memang sgt2 happy kalau dapat hadiah kan?
Baru2 ni PY dapat cuba produk drpd Faith in Face.
Memang suka sangat!



Kotak terlalu comel! Tak sanggop nak bukak! Aaaaaaaaaaaaaaaaaa


Sangat sweet hokay. Siap berbunga2 indah dan tips untuk guna produk ni.
Tetibe PY rase mcm pwncess sgtttt...(pwincess kertu sebenarnye T_T)

Jom kite tengok ape yang PY dapat!


 Ada 5 jenis masker dengan fungsi yang tersendiri untuk membantu masalah kulit uols~
Packaging masker ni sangat la kebaboom.
Sangat comel dan banyak maklumat yg korang boleh dapat tentang produk ni kat packaging masker. Sangat2 membantu!
Masker ni best seller kat Korea. Aweks korea pon korang boleh tgk kan kulit diorg camne.
Gebusss dan flawless tak hengat!

Masker ni di datangkan dalam packaging yang ada fungsi2 tertentu mengikut masalah kulit korang~

1) Nourish Me
Masker ni untuk korang yang kulitnye kusam dan tak bermaya. Masker ni penuh dengan khasiat untuk menyuburkan kulit supaya kulit nampak sihat!


2. After Shower Look.
Masker ni tersangat best. PY memang kulit jenis kering. Lepas jek try masker yang ni sekeping...terus pegi Watson nak beli buat stok. Kulit rase lembap jek. Best betol!


3. Black and White Film Star
Nak kulit cerah dan gebu macam Audrey Hepburn?
Audrey Hepburn ni memang icon filem zaman dolu2.
Unutk cerahkan kulit PY pilih untuk pakai masker ni selain drpd gunakan whitening skin care :)


4. Hold Me Tight
Masker ni khas untuk membuatkan kulit rase lebih tegang dan pejal. Sape yang ada masalah kulit yang kendur dan menggeleber boleh amalkan pakai masker ni.
*Mane ade kulit menggeleber pada umur 20 an??*
Ade. Jangan cakap xde ek. Umur baru 20 an tapi ingat dah akhir 30-an.
Sedih sangattttt


5. Miss Invisible Pore
Ramai jugak yang tanya PY tentang masalah pori2 yang besar dan nampak sangat2 ketara.
Masker perlu ada disamping uols semua untuk atasi masalah tu.
Janji kene rajin amalkan. InsyaAllah masalah pori2 terbuka akan dapat di atasi!
Bukan pakai sekali dua tau.
Nak cantik tapi malas. Camne tu?


Apa perbezaan masker ni dengan masker lain?
Perbezaannya ialah kalau masker lain cume masker basah dengan cecair produk.
Masker ni berbeza sebab ada lapisan hydrogel yang sangat sejuk dan dapat menembusi ke dalam kulit secara mendalam~
Masker ni ade terbahagi kepada 2 bahagian :
Satu untuk pakai pada bahagian atas muka (dahi, hidung dan pipi)
Satu lagi untuk bahagian bawah muka (dagu, pipi)
Pakai masker yang bahagian gel ke muka tau! Bukan bahagian yang kasar~
Nak lagi best? Masukkan masker dalam peti sejuk sebelum guna.
Kulit rase segar dan sejuk! Sgt2 best....Weeeeeeeee



Pakai waktu malam nak release stress ko....siang2 dah menjerit marah anak murid kannn


Bagi korang yang nak dapatkan masker ni boleh dapatkan kat cawangan Watson seluruh Malaysia~
Harga RM11.90 sekeping. Kengkadang ade diskaun.

Fanpage Faith In Face

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Friday, November 6, 2015

Nak kenal PY? : 5 perkara yang korang tak tahu tentang diri PY

Assalamualaikum~

Memandangkan subscribers PY kat Youtube dah 15000 
*org lain brjuta ok. xyah nak happy sangat!*
so hari ni PY nak ajak korang semua untuk kenal PY dengan lebih dekat lagi.
Mungkin ada antara korang yang cuma kenal PY melalui video je kan?
Kali ni PY nak menyingkap sket cerita tentang latar belakang PY.
*menyingkap?? macam misteri nusantara sgtttt*

Kat sini PY nak bagi tahu tentang 5 perkara yang korang tak tau pasal PY.
*Jangan gelak menonggeng ok.

1. PY ialah anak seorang PENGGALI KUBUR.
Ade bran???? Ayah PY memang bekas seorang penggali kubur kat Bukit Mor.
Korang mesti terbayang Tok Adi cite Tanah Kubur tu kan?
Takdenye ayah PY cakap tersekat2 mcm Nasir Bilal Khan tu ek. Ayah PY biase2 jek.
Tu dulu la masa masih kuat. Skarang dah berumur ni dah berenti dah.
Cuma ajar teknik menggali tu kat bebudak muda yang jadi pengganti.
Ayah PY jadi penggali kubur tu sekadar kerja sampingan/part time sebab orang xdela meninggal setiap hari. Jadik tu sebagai sumber tambahan la. Ayah PY kerja kampung.
Dan lagi satu, ayah PY memang tiap2 tahun amek upah bersihkan kubur cina sebelum family diorang sembahyang. PY sendiri pon penah ikut ayah.
Disebabkan tu, PY memang sgt suka kan citer hantu dan agak berani berbanding kawan2 PY yang lain. *Kawan PY yang ckap yek*
Jumpa dengan 'benda' tu pon penah la.
Hehehehe.

2. PY jenis yang makan dalam kuantiti yang banyak!
PY memang jenis makan banyak. Tapi alhamdulillah la badan ni x cepat naik.
Tapi naik la siket. Kalau kurangkan makan berat memang mudah la jugak turon.
Dari zaman sekolah...duduk asrama sampai la sekarang...kawan2 PY memang tau yang PY ni makan banyak. Kalau sape x abes makan...memang PY la yg jadi mangsa supaya tak membazir!
*bukan jadi tong sampah ek...cuma teringat yg orang membazir tu sahabat syaitooonnn
Dan yang lebih spesifiknye. PY suka gila makan nasik!
Ada sesetengah orang x lalu makan nasik waktu pagi.
Rasa nak muntah sarapan nasik
Ada yang cakap nasik tu trlalu berat. Nak yang ringan2 dan macam2 lagi
PY x kesah kalau makan nasik 24 jam pon.
Disebabkan PY ni dulu dari keluarga yang agak susah, PY memang x memilih dlm bab makanan.
Kat rumah dulu pon pilihan makanan terhad.
Yang ada cuma nasik dan biskut kering. Alhamdulillah.
Kesusahan yg PY rase dulu yang membuatkan PY jadi seorang yang sangat kuat, boleh survive dan menghargai apa yang Allah bagi kat PY harini.

3. PY ialah bekas pelajar MRSM.
Ramai yang memperlekehkan kerjaya seorang cikgu. Lagi2 isu pasal cuti jerebu haritu kan.
Nak bagitau kat sini...bukan tujuan nak bangga diri atau berlagak.
PY ni dari form 1-5 belajar kat MRSM.
Form 1- form 3 kat MRSM Kuala Klawang
Form 4 - form 5 kat MRSM Muar.
Kebanyakan budak2 MRSM ni jadik doktor, engineer dan keje2 berprofil tinggi.
Penat2 blaja kt MRSM jadi cikgu je??
PY ni jadik cikgu bukan la sebab bangang, bodoh atau takde pilihan.
Sebab PY memang nak jadi cikgu. Tu je.
Banyak pahala walaupon kerja 24 jam sehari dan xde gaji overtime.
Belajar kt MRSM memang tough brbanding kat sekolah biase.
Disebabkan tu PY rase memang sesuai sgt Allah  aturkan PY jadi cikgu sebab kerja cikgu ni tough kebaboom.

4. PY graduan jurusan Sains Biologi tapi mengajar Bahasa Melayu.
Pelik tetapi benar. Sepanjang PY jadik cikgu, tak pernah sekali pon PY mengajar subjek Biologi.
Masa mula2 posting kat sekolah jek teros kene mengajar BM.
Mase tu rase nak pengsan dan rase mcm hangos terbakar la jugak silibus yang PY cuba ajar kat bebudak ni. Kesian sgt. Lagi2 nak ajar sastera. Rase nak terberak.
Nasib baik mase tu kene nagajar kelas form 1 jek. Kelas last2 plak tu.
Objektif pembelajaran lebih kepada kemahiran membaca dan menulis.
Hasil pembelajaran sendiri dan bertanya kat cikgu2 yang lebih senior, sekarang ni PY mengajar BM form 4. Biology?? Ingat siket2 jek. Jangan la tetibe kene ngajar subjek Biologi pulak.
Skill ngajar bio tu dah hilang. Hihihi.

5. PY ada pengalaman menyanyi :)
Tolong jangan gelak ek. Seriously tak tipu.
Masa sekolah menengah dulu PY memang sangat aktif menyanyi.
Majlis kat sekolah, PY nyanyi.
Vokalis nasyid pon PY. *Menang pulak tu. hehehe.
Waktu cuti sekolah memang PY akan nyanyi kat rumah orang kawen.
PY dan adik PY akan pergi ikot DJ karaoke dan nyanyi kat rumah orang kawen.
Pakcik DJ tu pon memang dah kenal dengan ayah PY.
Kengkadang ada jugak PY nyanyi kugiran Ghazal. Almaklumla....orang Johor.
Dapat la duit nak beli pape untuk diri sendiri kan.
Tak payah nak susahkan ayah :)
Habes jek SPM, PY cuba masuk pertandingan karaoke.
Masa tu karaoke memang tengah hot gile.
Banyak la kedai makan area Muar ni yang ada karaoke.
Asalnya suka2 aje. Lama2 jadi serius...errrr
Hadiah yang di tawarkan memang banyak jgak la.
Cash money dan hamper. Asalnye masuk sebab nak dapat hamper jajan.
Tetibe menang cash money! Memang area Muar ni dah puas dah PY join.
Ada yang menang....ade yang kalah.... biase la adat pertandingan.
PY x pasti suara PY ni sedap bebeno ke. Tapi tiap kali masuk pertandingan perserta lain x brape suka PY masok. Sebab biasenye PY dpt no 1,2 atau 3.
PY xde la amek serius tentang nyanyian PY. Sekadar suka2 sebab PY memang xde nk jadi penyanyi.
Kawan PY mase tu kebanyakannya memang dah ade lesen motor@ kereta.
PY nekad untuk kumpul duit nyanyi dan ambik lesen. Xnak mintak dr mak ayah.
Alhamdulillah. PY ambik lesen tanpa sesen pon duit mak ayah. Semua hasil usaha sendiri.
PY last join mase tahun 2010. Mase tu PY jadi juara Metro Idol anjuran Harian Metro.
Dapat cash RM500 dan piala seketol. Sejak tu PY dah x masuk prtandingan karaoke lagi.
Cuma hari tu la join PSKPP. Wakil Johor dan dapat tempat kedua peringkat kebangsaan.
Sejak tu dah x nyanyi dah. Sebok ngadap buat video jek.

Tu jela 5 perkara yang PY nak share tentang diri PY kat korang semua.
Nanti kalau ade request lagi, PY akan ceritakan tentang latar belakang PY kat korang.

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Saturday, October 17, 2015

REVIEW : Crimson Peak. Ingatkan Cerita Hantu Rupenye Bukan.

Assalamualaikum.

Semalam PY dengan Cik Susu tetibe rasa nak tengok movie.
Walaupon pagi tu Cik Susu ada kelas tambahan Kimia untuk bebudk SPM, tetap degil nak pegi jugak. PY book tiket pukol 11.15.
Lebih suka tengok pagi sebab x sesak dengan manusia. Rimas kalau ramai orang.
Tiket pon lebih murah. Tambahan pulak nak tengok citer ala2 hantu gitew. Cik Susu ni pulak kecut siket orgnye. Kalo tgk siang xde la trbayang2 sangat kan. Hihihi.

Abes jek kelas tambahan, pukol 11, Cik Susu tros pecot amek PY kat rumah.
Lagi 15 minit nk start, jalan boleh plak jem siket.
Sampai2 jek dh lewat setengah jam! Hadoi.
Nasib baik dah bace sinopsis cite sket. Takdela x paham langsong.

Tgh tunggu Cik Susu. Hadoi.

PY trfikir nak tgk filem ni sebab ingatkan ni cite hantu. Kat trailer tu kemain banyak hantu setan bergentayangan kan. Rupanya bukan. Bukan cite hantu. Lebih kepada cite org sakit jiwa g suke bunoh org. Babak tikam2 tu pulak tringat kat cite Jwanita.

Filem ni kategori 18 tahun ke atas sebab ada la scene ciom2 dan tikam2 yang selambe.
Bagi yang tak kuat hati dan x suke cite thriller x disarankan x payah la tgk.
Jalan cerita sgt serius dan xde lawak2 sampingan langsong.
Berlatarkan tahun awal 1900, so semuanya sgt klasik uols.
Xde warna meriah kat sini ye. Semua warna pudar, kecuali warna merah darah sahaja!
Gaun kembang2 merata org pakai. Seriously cantik.
Jalan cerita x susah untuk faham walaupon PY dah masok lewat setengah jam.


Masa tengok trailer ingatkan ni citer hantu,
Rupenye citer pasal orang sakit jiwa.
Dua beradik sakit jiwa dan sanggup membunuh asalkan dapat meneruskan legasi lombong peninggalan keluarga diorang dan dapat menguruskan rumah pusaka peninggalan keluarga yang mcm nak runtoh aje.
Jadi diorang mencari mangse merata2 tempat.
Diorang akan cari mangsa iaitu gadis yang kaya dan takde kaum keluarga.
Dah beberapa org pompuan trkorban dalam rumah tu kecuali heroin dlm cite ni la.
Hantu2 dalam cite tu adalah roh2 pompuan yang dibunuh trmasokla mak diorang sendirik!
Memandangkan PY ni memang suke tengok cite hantu, PY bagi 3/5 bintang.
Nak kate best sgt pon tak la. Ok la. Nak tgk lagi sekali? Mmm. Boleh la jugak.
Sape nak tengok pegi la yek.

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T



~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Thursday, October 15, 2015

Apa yang PY beli kat Hermo.My?

Assalamualaikum uuolssssss
PY memang selalu mencari produk2 skin care ke, mekap atau perfume untuk dicuba. Memang obses.
Tapi masalahnya kadang2 nak merayap membeli barang ni agak susah siket.
Bukan sebab ape. Kengkadang x sempat. Balik sekolah jek dah pukol brape, dah petang!
Nak brjalan round2 lagi. Silap2 pengsan jadiknye.
Jadik kalau korang yang hadapi masalah yang sama macam PY ni, korang boleh la try shopping online!
Kenapa? Ye la....kedai online ni konfem la bukak bila2 mase. Lagipon kat umah sambil baring atas katil rehat2 pon boleh cuci2 mata tengok produk2 yang dijual. Pilihan pulak memang banyaaaaakkkkk


Bulan lepas PY pun mencuba untuk try shopping kat salah satu kedai online yang agak famous kat Malaysia



Dah name pon PY....Konfemla kedai tu pasal produk2 kecantikan ye uols.
Takkan la tetibe PY shopping kat kedai jual barang berkebon pulak. *ade ke gile*
Macam2 produk ade kat hermo.my!
Skin care. Perfume. Make up.
Juling jugak la mata tgk produk2 yang dijual kat situ.

Kat sini PY nak buat review produk yang PY beli daripada HERMO.MY
Mariiiiiiiiiiiiiiiii

1) Nature Republic Cleansing Gel
Pencuci muka dalam bentuk gel. Sesuai untuk yang berkulit kering.


2)Nature Republic Fresh Green Tea 70 Toner
Rasa sejuk dan wangi mase dipakai kat muka


3) Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 80% Emulsion
PY gunakan produk ni sebagai pelembap harian


4) Always 21 Nature Refresh Aloe Soothing Mask Sheet
Sangat best dipakai selepas seharian PY penat kat sekolah.
Fuhhhhhhhh


Ni semua skin care produk yang PY beli drpd Hermo.my

Produk mekap pulak PY beli 2 palette besarrrr


5) BH Cosmetics Contour & Blush Palette
Excitednye dpt beli palette ni! Dah lama ngidammm



Warna sangat terang dan menarik sangattttttttt


BH Cosmetics Foundation & Concealer Palette
Semua warna ade. Dari yang gelap sampai la yang cerah




Tu jek product yang PY beli drpd Hermo.my!

Korang dah shopping kat Hermo.my belom?
Jom shopping!


Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T



~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe