Friday, December 29, 2017

PILLOW TALK : MASIH BELAJAR, TAPI NAK BANTU KEWANGAN FAMILY?

Assalamualaikum uolsss


"Saya masih lagi belajar kak PY. Saya datang daripada keluarga yang susah.
Macam mana saya nak bantu ringankan beban keluarga?"


Ni versi video ye uols.

Memang murni niat awak dik.
PY paham. Sebab PY pun asal keluarga yang susah jugak.
Membantu ringankan beban keluarga ni memang menjadi impian semua orang.
Kat sini PY ada beberapa langkah nak share bagi student yang teringin nak membantu ringan kan beban sendiri atau nak cari duit sendiri untuk tampung pembelajaran.

Ni berdasarkan idea dan pengalaman PY sendiri ye,

1. Jadi dropship produk lain.
Beruntung budak2 zaman sekarang. Bisnes online merata.
Tak mcm zaman PY dulu. Memang xde bisnes online ni.
Yang lagi best zaman sekarang dah boleh buat bisnes tanpa modal duit.
Cuma modal phone dan line internet jek dah boleh start kedai sendiri.
Best kan?
Jadi PY sarankan adik untuk join jadi dropship untuk timba pengalaman berniaga dan juga cari pendapatan sampingan.
PY sendiri pun ada bukak pengambilan dropship.
Kalau nk join memang dialu-alukan.

2. Kerja part time.
Peluang kerja memang terbuka luas.
Yang paling best bila kerjanya pun senang.
Kerja part time pun banyak.
Masa PY habis SPM dulu memang xde pilihan selain kerja kilang.
Rumah kat kampung kan. Pilihan memang x banyak.
Kalau rasa larat nak kerja part time, adik boleh la kerja untuk cari duit poket sendiri.
PY sendiri pun dulu memang kerja part time kat universiti dulu.
Kerja kat kedai photostate. Hehehe.

3. Sabar menunggu.
Memang pedih tengok kesusahan family sendiri.
PY faham sebab pernah berada dalam situasi macam tu.
Memandangkan Najwa tahun depan nak SPM, PY rasa lebih baik Najwa tumpukan perhatian kat pelajaran.
Sebab ilmu je yang boleh merubah nasib seseorang!
Masa akan terus berlalu, lambat laun bila awak dah berupaya untuk tolong keluarga,
bantulah semampu mungkin.
Sekarang ni Najwa kene pejamkan mata kalau nampak kawan2 pakai barang2 yang mewah.
Tanamkan azam yang suatu hari nanti Najwa akan bantu family Najwa.
InsyaAllah.

Apa yang PY tulis ni adalah berdasarkan pengalaman PY sendiri ye.
Sebab PY dari dahulu bekerja untuk cari duit poket.
Jual barang kat asrama, amek barang kilang dan buat kat rumah, menyanyi rumah orang kawen,
masuk pertandingan menyanyi, kerja kat gerai goreng pisang.
Macam2 lagi sebab ayah memang x mampu nak bagi duit poket.
Beli buku rujukan pun beli daripada kawan.
Beli yang second hand dapat la half price.
Janji boleh ulangkaji kan?

Nanti PY akan kongsikan lagi soalan daripada followers.

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti2769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Thursday, December 28, 2017

PILLOW TALK : CARA MENGHADAPI BOYFRIEND/SUAMI KEDEKUT.

Assalamualaikum uolsss



"Suami saya ni kedekut sket sis. Macam mana saya nk buat ye sis?
Boleh ke dia berubah?"

Tengok soalan mcm nk pengsan kan?
Masalah kedekut ni kadang2 memang secara semulajadi.
Maksud PY macam ni. Memang dia dilahirkan sebagai seorang yang kedekut!
Kadang2 memang x boleh ubah.
Ni sebagai cadangan jek okay.
Sebab PY sendiri buat masa ni tak pernah dapat boyfriend kedekut.
Suami? Belum bersuami lagi. Hehehe

1. Larikan diri sementara masih sempat.
Ni merujuk kepada BOYFRIEND ye.
Kalau dari couple lagi korang dah tau dia tu kedekut gila.
Kenapa nak stay? Perangai kedekut ni menyakitkan hati tau.
Dah kawen nanti nak lari lagi la susah!
Kene mengadap perangai kedekut tu smpai bila2.
Sanggup???
Sementara belum serius ni uols cabotttttttttt

2. Berbincang elok2. (Cuba la dulu)
Cuba tanya elok2. Kenapa lokek sangat?
Tengah kumpul duit untuk beli sesuatu ke?
Mana peginya duit gaji smpai terpaksa jadi Haji Bakhil?
Mungkin ada masalah yang kita tak pernah amek tau kan?
Berbincang dan kenalpasti punca.


3. Pegi jumpa kaunselor.
Serius memang kene pergi kalau perlu.
Kadang2 sifat manusia ni terbentuk sebab pengalaman atau didikan.
Mungkin pasangan uols dulu dididik supaya brsikap kedekut.
Atau pengalaman hidup yang memang susah menyebabkan dia bersikap kedekut.
Kita tak tau masa silam seseorang kan?
Ringankan mulut, lapangkan dada.
Cuba tanya dan bantu.

Setakat ni 3 langkah ni je yang PY rasakan sesuai untuk membantu orang yang kedekut ni.
Jangan la sampai uols mencuri duit suami uols sudahla!
Kang jadik gaduh besar nanti!

Sape lagi ada langkah nak share? 
Boleh share kat ruangan komen ye.

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti2769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

DIARI PRINCESS YANTI : YEAR END SALE KAT JOHOR PREMIUM OUTLET!

Salam uols!


Semalam PY merayap kat Johor Premium Outlet.
Cik Susu nak cari beg untuk sesi sekolah 2018.
PY sebelum ni masa jadi cikgu pun memang akan beli handbag baru utk sesi sekolah yang baru.
Kasut, baju n tudung skali.
Memang perlu tau. Sebab dah cikgu ni tiap2 hari kene pakai baju kurung, kasut n bawak handbag yg agak besar.
Sebab semua sumbat kat dalam.
Okay....beralih kat part merayap tadi.

Pinjam gambar kat sini. 

Orang penuh gila uols.
Almaklumlaaaaa....besoknya dah Christmas.
Tapi yang ramainya orang melayu.
Mengalahkan sale hari raya pun ada uols.
Memasing dh start cuti kan. Jadi beramai la berjalan dgn family.
Parking kereta jauh berbatu gitew.
Nasib baik PY pakai seliper jek.


Sale merata! Semuaaaaaa ada sale.
Sampai 70% pun ada uols.
Nanges jap sambil tengok beg duit.

Asalnya Cik Susu yang nak mencari beg.
Last2 PY yang terjebak!

Diskaun smpai 70%!
Ada yang turun harga RM99 pun adaaa..
Tapi mcm biasa la. Ada rupa ada harga.


Takda rupa, harga pun murah la kan.

Mula2 serang VINCCI uolsss
Rasa mcm takdela sale sangat.
Biasa jek! Yang kasut RM39 dok susun tu kalau xde sale pun rasa mcm sama jek harga!
PY grab sepasang. Semenjak dh x jadi cikgu, biasa pakai seliper jamban jek uols.
Tapi teringin punya pasal beli la sepasang.
Entah bila nk pakai tak taula, Nak keluar date pun xde boipreng.
Pakai jela dalam rumahhh



Beli la kasut sepasang. Memang kalau xde sale pun kat Vincci ni kasut RM39.
Grab la sepasang walaupun tak tau nk pakai bila.
Ko rasa???? Dah tertengok, lalu terbeli.

PY punya beg memang dh hazab. Setahun sekali jek beli uols.
Bukan jenis tukar beg berpuluh2 kali.
Grab la sebijik handbag. 
Walaupun xde la nak guna sgt pun sbb dh xjadi cikgu kurang keluar rumah.








Harga asal RM300 lebih, lepas diskaun dapat la RM150 lebih jek.
Okay kan?

Bagi yang kaki shopping tu boleh la singgah.
PY x bernafsu sangat semenjak dh keje sendiri ni.
Dok rumah sambil buat sales jek.
Ada pulak masa nk pakai highheel dgn handbag baru?

Sape lagi yang grab YES ni?
Korang beli ape?
Meh share kat komen kat bawah

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti2769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Friday, December 22, 2017

MINUM PETANG DI PASIR GUDANG PULAK UOLS : MI CELUP PERUT DI RAWADI SEAFOOD

Salam uols!
Tengok tajuk jangan tekejot pulak ye.
PY makan mi celup waktu petang.
Terus la letak tajuk minum petang gitewww.
Kalau korang nk jadikan dinner pun boleh.
Sebab kedai makan kali ni bukak lewat petang smpai malam2 buta.

Sementara mak PY ada kat Pasir Gudang ni uols,
kalau boleh nak bawak mak merayap seluruh Pasir Gudang tau.
Mak plak dtg sekejap jek.
Dah ptg cmtu, kengkonon nak bawak pegi Sup Anis kat Kampung Melayu Majidee,
tutup la pulakkkk
PY patah balik la Pasir Gudang.
Dalam perjalanan nak balik tu dok pikir la.
"Nak bawak mak pegi makan kat mana ek?"

Tetiba baru teringat mak suka makan babat lembu.
Babat tu perut la uolsss
Terus trfikir nak bawak mak makan mi celup!

Rawadi ni kat belakang skali. Jalan Mangga kat Kota Masai.

Jemput tengok sambil jilat skrin ye. Hehehe

Mak makan tak pandang kanan kiri uolssss
Memang sedappp

Mi celup sini sedap uols.
Mak PY smpai hirup kuah ko tau.
Harga pun cuma RM6 semangkuk.
Okay sgt kan.
Sejujurnya memang x pedas. 
So diorang ada bagi perasa tambahan kalau uols nk tambah dalm mi celup uols tu.

Ada cili padi jeruk, garam gula, sos ikan dan cili besar jeruk.
Tak cukup pedas, PY tambah setimbun lada cili uolss
Berasap tapi sedappppp

Sape yang nak cuba boleh la datang area Jalan Mangga Kota Masai.
Nampak je Petronas, uols terus je jalan ke belakang smpai hujung.

Nanti PY akan buat review lagi mana2 tempat makan okay.
Yang dh pegi tu boleh la komen skettttt

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti2769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Thursday, December 21, 2017

TEMPAT MINUM PETANG MENARIK DI JOHOR BAHRU : SUP ANIS,LORONG BERLIAN, KAMPUNG MELAYU MAJIDEE.

Salam uols.
Memandangkan hakak rasa hakak dah round n rasa tempat minum petang kat Pasir Gudang,
akak nak try minum petang kat JB pulak uols.
PY memang x reti sgt pasal selok belok kat JB ni.
Nasib baik ada si Adam ni ha.
Bagitau je nk pegi mana, dia memang expert.

Petang tu hakak teringin nau2 nk makan kuih2 melayu.
Biasa jual kuih2 ni kat pasar malam takpun jual tepi jalan.
Takde tempat nk lepak la kan uols.

Tetiba si Adam i cakap
"Ade je tempat minum n makan kuih2 melayu ni. Siap ada sup kambing lagi."
Hakak pun ape lagi, terus la mengajak.
Bagi yang tak tau kat mana, 
Sup Anis ni berdekatan dengan Azmie Wawa ABC Kampung Melayu.
Lorong situ dekat area situ jek!


Sampai jek terus pegi cari tempat duduk.
Si Adam ni cakap malu la pulak dok record sebab semua orang tengok.
Ada hakak kesah? janji ada bahan untuk blog uols.
Kengkonon nak jadikan bahan youtube blog.
Pendek nauuu

Berjalan smbil membebel sebab malu.
"Mana ada org dtg sini siap record?"
"Ada. Saya."
Terus diam.

Ni gambar pinjam kat sini

Sampai jek terus order air dan pilih kuih.
PY je excited lebih sebab first time pegi.
Adam biasa jek sebab dh slalu pegi agaknya.
Kuih memang banyakkkk....tak sempat nk amek gambar sebab lupa diri jap bila tengok kuih2 tradisional uolss
Rasa nk terkammmmm

Sebijik RM0.30 jek. 5 keping Rm1.50.
PY amek 10 keping. Sebab nk cukupkan RM3.
(hehehe...sebenarnya kalau boleh nak amek semuaaa)

Uols telan air liur jela ye! Sorry x dpt nak ajak.

PY pilih 10 keping kuih yg lain2 jenis,
Untuk zaman GST mcm sekarang ni
saiz kuih mcm ni dianggap relevan la uols.
Okay la tuuuu

 Sape tak happy tengok kuih sepinggan dan teh o ais kat depan mata?

Selain daripada pilihan kuih yang banyak,
kuih yang 'rare' pun ada uolsss
Maksud PY ni kuih yang jenjarang org jual.
Kalau ada pun kat bazaar Ramadhan.

 Kuih Che Mek. Alaaa....yang ada inti gula cair kat dalam tu!

 Buah melaka! Favouriteeeeeee

Ni nama kuih gegetas, Buat guna tepung pulut dan salut gula kat luar.
Sedappppp....payah nak jmpe kuih ni tau.

Tepung gomak. Nyum nyum

Kuih yang lain x sempat snap sebab x sabo nk ngap.

Selain daripada ada kuih, korang jugak boleh makan rojak dan SUP KAMBING.
Di ulangi SUP KAMBING!

PY dah makan kuih smpai 10 keping.
Adam order sup kambing jek.
Order semangkuk n share 2 org sebab kalau makan sorg x abes pun.





Sup kambing ni kira sedap.
Tapi sedap lagi sup kambing kat Parit Bakar Laut kat Muar.
tapi ni pun kira okay laaaa

Semua habis kitorang makan!
Alhamdulillahhhh
Dari saiz badan je korang dah tau sape yang makan banyak kan?
Hehehehe.

Ni fb Sup Anis
Takde info pasal hari ape bukak dan tutup.
Masa pun tarakkkk tapi yg pastinya waktu petang jek.
Singgahla kalau nk try minum petang.
Lorong Berlian, Kampung Melayu Majidee.

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Wednesday, December 20, 2017

UNBOXING : RAIKAN DIRIMU DENGAN PEEK-A-BOX DECEMBER 2017



Salam uols!
Entry kali ni PY nak unboxing beautybox yang PY terima daripada Peek-A_Box!
Sebelum ni pun PY pernah menulis entry pasal beauty box mcm ni kan.
Beautybox daripada Peek-A-Box ni langganan bulanan.
Lagi banyak bulan korang langgan, lagi murah!

1 bulan -RM59
3 bulan - RM55
6 bulan - RM50
12 bulan - RM49

Setiap bulan korang akan dapat 5 produk kecantikan berbeza dalam beauty box ni.
Jom kita tengok Peek-A-Box untuk bulan Disember 2017!


Taraaaa....Peek-A-Box untuk bulan Disember 2017





Jom tengok apa yang ada dalam kotak!


5 produk terpilih untuk Peek-A-Box Disember 2017



Bulan ni menampilkan Naddy Sushi sebagai muka depan.
Tema bulan ni ialah Raikan Dirimu dengan Peek-A-Box!

OMG. Tak sabar gile nak try ni semua uolsss
Jom kita korek satu2 produk yang PY dapat untuk bulan Disember!

1. Anna Lucia Organic Hair Mist
Hair mist untuk kuatkan dan lebatkan rambut!
Spray kat kulit kepala lepas mandi tau!


2. Hoopoe Calmimg Mask
3. Hoepoe Rejuvenate Toner (100ml)
Memang best! Lepas mandi spray je toner, pastu tepek mask!
Kulit serious lembap uolsssss. Segar jek rasa muka PY yg memang stres ni tau!
Siappppp




4. Nadeera Beauty Advance Serum
Serum pink ni pekat dan PY pakai selepas guna toner atau sebelum mekap.
Serum ni bagus untuk anti aging dan kurangkan garisan halus.
Ye, memang pun PY ni dah masuk 3 series uolsssssss
Tenyeh jela serum ni bebanyakkk



5. Tooth Polish daripada The Sister Bean
Okay terkejut sket.
Sebelum ni pernah try beberapa tooth polish.
Biasanya arang uols.
Kali ni serbuk kopi uols.
Jangan uols bancuh nak buat air kopi sudahhhh
Tapi memang bau kopi 100%!
Tak tau la kalau ada campuran lain ke.
Gosok macam gosok gigi. Lepas tu baru gosok guna berus gigi uolssss



Jangan lupa untuk layari www.peek-a-box.com untuk langgan beautybox korang sendiri!

Peek-a-Box
Instagram : @peekabox_beautybox 
Youtube : Peek-A-Box TV
Twitter : @peekabox_beauty
Facebook : peekaboxbeautybox

Instagram produk dalam box bulan ini

Nadeera Advance Beauty Serum
@nadeerabeautyhq 

Tooth Polish by The Sister Bean
@thesisterbean 

Hoopoe Calming Mask & Hoopoe Rejuvenating toner
@hoopoe.360 

Anna Lucia Organic Hair Mist
@annaluciamalaysia

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Saturday, December 2, 2017

Produk Terbaru PALLADIO MALAYSIA : Matte Lipstick, Eyebrow Mascara, Luminizer!

Salam uolssss

Harini PY nk bagitau produk terbaru dan terbaik daripada Palladio Cosmetics Malaysia.
Sebelum tu PY nak ucapkan terima kasih kepada Palladio Malaysia sebab sudi bagi PY cuba produk setiap kali produk baru keluar dalam pasaran Malaysia!

Meh kenal2 sket pasal Palladio Cosmetics ni.
Ape yang best dan berbezanya Palladio Cosmetics berbanding jenama lain?

Palladio Cosmetics ni terkenal dengan rangkaian produk kosmetik yang digabungkan dengan herba dan vitamin untuk melindungi kulit pengguna daripada tanda2 penuaan.

💓BOTANICAL & VITAMIN INFUSED COSMETICS💓

So, produk ni bukan jek buat muka kita cantek uols.
Kulit pon tambah glowing dan sihat!
(memang bagus la utk org yg mcm PY dok pakai mekap 24jam!)

Jom tengok uols ape produk terbaru daripada Palladio Cosmetics Malaysia!

Thanks Palladio Cosmetics Malaysia!
Hakak tak sabarrrrrrrrrrrr nk cuba semuaaaaaaaaaaa

1. PALLADIO HERBAL MATTE LIPSTICK
Lipstik matte daripada Palladio ada 3 warna baru uolssss
Regal Cafe - Nude chocholate, warna natural dan mcm warna bibir PY!
Magnificent Magenta - Campuran warna pink dan purple.
Refined Chianti - Merah gelap. Memang favourite PY!


Dalam lipstick ni ada aloe leaf extract, safflower oil, untuk lembapkan bibir,
Vitamin C dan E untuk melindungi bibir daripada radikal bebas.
Jarang kot ada produk kosmetik mcm ni.


Warna sangat pigmented, lembap dan tahan lama uols.



2. PALLADIO I'M GLOWING CREAMY STICK LUMINIZER
Luminizer ni dipanggil jugak sebagai highlighter.
Ada dua warna menarik untuk luminizer daripada Palladio :

1. LIMELIGHT - warna champagne + pink undertone
2. VIP - warna champagne + bronze undertone



Formula sangat mudah nk blend dan mengandungi ginseng dan aloe vera untuk menyihatkan kulit!
Hasil mekap akan nmpk sangat natural dan glowing ching ching gituuuu


Dia punya kilat memang boom dan pigmented.
Konfem muka glowing mowing lepas pakai ni uols!


3. BROW OBSESSED MOUSSE WITH FIBERS
Yang ni PY paling suka!
Sebab uols pun tau yang kening PY ni memang mcm xde!
Jarang n nipis jek.
Brow mascara ni boleh isi ruang2 kosong kat kening.
Bulu kening nampak lebih panjang dan lebat~

Ada 2 warna :
BR 01 Light/Medium
BR 02 Medium/Dark


Kalau nak kening yang agak gelap boleh guna kalar Medium/Dark.
Kalau nk kening light2 ala2 KPOP boleh guna Light/ Medium

Cuma berus kening uols dengan brow mascara ni dan siappppp

Korang boleh dapatkan produk Palladio di Guardian terpilih seluruh Malaysia!

Facebook : Palladio Beauty Malaysia
Instagram : @palladiomy

Dengan harga produk serendah RM11.90-RM47.90
PY rasa ni antara produk mampu milik dengan kualiti yg best dan perlu uols cuba!

 Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe