Assalamualaikum~
Memandangkan subscribers PY kat Youtube dah 15000
*org lain brjuta ok. xyah nak happy sangat!*
so hari ni PY nak ajak korang semua untuk kenal PY dengan lebih dekat lagi.
Mungkin ada antara korang yang cuma kenal PY melalui video je kan?
Kali ni PY nak menyingkap sket cerita tentang latar belakang PY.
*menyingkap?? macam misteri nusantara sgtttt*
Kat sini PY nak bagi tahu tentang 5 perkara yang korang tak tau pasal PY.
*Jangan gelak menonggeng ok.
1. PY ialah anak seorang PENGGALI KUBUR.
Ade bran???? Ayah PY memang bekas seorang penggali kubur kat Bukit Mor.
Korang mesti terbayang Tok Adi cite Tanah Kubur tu kan?
Takdenye ayah PY cakap tersekat2 mcm Nasir Bilal Khan tu ek. Ayah PY biase2 jek.
Tu dulu la masa masih kuat. Skarang dah berumur ni dah berenti dah.
Cuma ajar teknik menggali tu kat bebudak muda yang jadi pengganti.
Ayah PY jadi penggali kubur tu sekadar kerja sampingan/part time sebab orang xdela meninggal setiap hari. Jadik tu sebagai sumber tambahan la. Ayah PY kerja kampung.
Dan lagi satu, ayah PY memang tiap2 tahun amek upah bersihkan kubur cina sebelum family diorang sembahyang. PY sendiri pon penah ikut ayah.
Disebabkan tu, PY memang sgt suka kan citer hantu dan agak berani berbanding kawan2 PY yang lain. *Kawan PY yang ckap yek*
Jumpa dengan 'benda' tu pon penah la.
Hehehehe.
2. PY jenis yang makan dalam kuantiti yang banyak!
PY memang jenis makan banyak. Tapi alhamdulillah la badan ni x cepat naik.
Tapi naik la siket. Kalau kurangkan makan berat memang mudah la jugak turon.
Dari zaman sekolah...duduk asrama sampai la sekarang...kawan2 PY memang tau yang PY ni makan banyak. Kalau sape x abes makan...memang PY la yg jadi mangsa supaya tak membazir!
*bukan jadi tong sampah ek...cuma teringat yg orang membazir tu sahabat syaitooonnn
Dan yang lebih spesifiknye. PY suka gila makan nasik!
Ada sesetengah orang x lalu makan nasik waktu pagi.
Rasa nak muntah sarapan nasik
Ada yang cakap nasik tu trlalu berat. Nak yang ringan2 dan macam2 lagi
PY x kesah kalau makan nasik 24 jam pon.
Disebabkan PY ni dulu dari keluarga yang agak susah, PY memang x memilih dlm bab makanan.
Kat rumah dulu pon pilihan makanan terhad.
Yang ada cuma nasik dan biskut kering. Alhamdulillah.
Kesusahan yg PY rase dulu yang membuatkan PY jadi seorang yang sangat kuat, boleh survive dan menghargai apa yang Allah bagi kat PY harini.
3. PY ialah bekas pelajar MRSM.
Ramai yang memperlekehkan kerjaya seorang cikgu. Lagi2 isu pasal cuti jerebu haritu kan.
Nak bagitau kat sini...bukan tujuan nak bangga diri atau berlagak.
PY ni dari form 1-5 belajar kat MRSM.
Form 1- form 3 kat MRSM Kuala Klawang
Form 4 - form 5 kat MRSM Muar.
Kebanyakan budak2 MRSM ni jadik doktor, engineer dan keje2 berprofil tinggi.
Penat2 blaja kt MRSM jadi cikgu je??
PY ni jadik cikgu bukan la sebab bangang, bodoh atau takde pilihan.
Sebab PY memang nak jadi cikgu. Tu je.
Banyak pahala walaupon kerja 24 jam sehari dan xde gaji overtime.
Belajar kt MRSM memang tough brbanding kat sekolah biase.
Disebabkan tu PY rase memang sesuai sgt Allah aturkan PY jadi cikgu sebab kerja cikgu ni tough kebaboom.
4. PY graduan jurusan Sains Biologi tapi mengajar Bahasa Melayu.
Pelik tetapi benar. Sepanjang PY jadik cikgu, tak pernah sekali pon PY mengajar subjek Biologi.
Masa mula2 posting kat sekolah jek teros kene mengajar BM.
Mase tu rase nak pengsan dan rase mcm hangos terbakar la jugak silibus yang PY cuba ajar kat bebudak ni. Kesian sgt. Lagi2 nak ajar sastera. Rase nak terberak.
Nasib baik mase tu kene nagajar kelas form 1 jek. Kelas last2 plak tu.
Objektif pembelajaran lebih kepada kemahiran membaca dan menulis.
Hasil pembelajaran sendiri dan bertanya kat cikgu2 yang lebih senior, sekarang ni PY mengajar BM form 4. Biology?? Ingat siket2 jek. Jangan la tetibe kene ngajar subjek Biologi pulak.
Skill ngajar bio tu dah hilang. Hihihi.
5. PY ada pengalaman menyanyi :)
Tolong jangan gelak ek. Seriously tak tipu.
Masa sekolah menengah dulu PY memang sangat aktif menyanyi.
Majlis kat sekolah, PY nyanyi.
Vokalis nasyid pon PY. *Menang pulak tu. hehehe.
Waktu cuti sekolah memang PY akan nyanyi kat rumah orang kawen.
PY dan adik PY akan pergi ikot DJ karaoke dan nyanyi kat rumah orang kawen.
Pakcik DJ tu pon memang dah kenal dengan ayah PY.
Kengkadang ada jugak PY nyanyi kugiran Ghazal. Almaklumla....orang Johor.
Dapat la duit nak beli pape untuk diri sendiri kan.
Tak payah nak susahkan ayah :)
Habes jek SPM, PY cuba masuk pertandingan karaoke.
Masa tu karaoke memang tengah hot gile.
Banyak la kedai makan area Muar ni yang ada karaoke.
Asalnya suka2 aje. Lama2 jadi serius...errrr
Hadiah yang di tawarkan memang banyak jgak la.
Cash money dan hamper. Asalnye masuk sebab nak dapat hamper jajan.
Tetibe menang cash money! Memang area Muar ni dah puas dah PY join.
Ada yang menang....ade yang kalah.... biase la adat pertandingan.
PY x pasti suara PY ni sedap bebeno ke. Tapi tiap kali masuk pertandingan perserta lain x brape suka PY masok. Sebab biasenye PY dpt no 1,2 atau 3.
PY xde la amek serius tentang nyanyian PY. Sekadar suka2 sebab PY memang xde nk jadi penyanyi.
Kawan PY mase tu kebanyakannya memang dah ade lesen motor@ kereta.
PY nekad untuk kumpul duit nyanyi dan ambik lesen. Xnak mintak dr mak ayah.
Alhamdulillah. PY ambik lesen tanpa sesen pon duit mak ayah. Semua hasil usaha sendiri.
PY last join mase tahun 2010. Mase tu PY jadi juara Metro Idol anjuran Harian Metro.
Dapat cash RM500 dan piala seketol. Sejak tu PY dah x masuk prtandingan karaoke lagi.
Cuma hari tu la join PSKPP. Wakil Johor dan dapat tempat kedua peringkat kebangsaan.
Sejak tu dah x nyanyi dah. Sebok ngadap buat video jek.
Tu jela 5 perkara yang PY nak share tentang diri PY kat korang semua.
Nanti kalau ade request lagi, PY akan ceritakan tentang latar belakang PY kat korang.
Till then Cik Gojes~
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T
~XOXO Princess Yanti~
Singgah Youtube PY
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!
Like.Comment.Subscribe