Tuesday, August 4, 2015

Terima kasih Muffin.my!

Assalamualaikum Cik Gojes sekaliannnnn

Hari ni nak share produk yang PY dapat daripada Muffin.my
Balik jek kelas petang PY terkedek2 ambik parcel kat pejabat pos dengan gumbiraaaa
Dalam jangkaan mungkin dapat 1-2 produk trial size/tester/sample.
Skali dapat banyak jugak sample daripada beberapa brand!
Terima kasih Muffin.my!



Bagi korang yang tak tahu Muffin.my tu ape, Muffin.my ni satu beauty community/komuniti utk uols yang berminat dengan produk kecantikan. Korang boleh daftar kat Muffin.my dan berkongsi review pasal banyak produk kecantikan dengan pengguna yang lain.
Jadi korang dapat lebih banyak panduan dan rujukan sebelum membeli dan mencuba produk kecantikan yang sesuai dengan kulit korang dengan bantuan daripada pengguna yang lain di Muffin.my~

Nak join? Klik gambar ni :)
Kat sini PY nak kong si produk awesome yang PY dapat drpd Muffin.my~

1) NEESYA LUMI BRIGHTENING NIGHT REJUVENATOR


Yang ni PY baru jek try skali. Krim malam yang berfungsi untuk melembap dan meremajakan kulit.
Walaupon PY ni xde la kertu sangat. Masih lagi 20-an kan. Tapi x salah nak mencegah drpd awal.
Yang ni PY dapat full size produk ye. 50 ml. X berminyak dan cepat meresap dalam kulit. Awesome!

2) SILKYGIRL MATTE FEVER COLOR LIPBALM IN 01 VOUGE


Yang ni pon dapat full size. Dah try pkai skali tadi. Lembap mcm lipbalm tapi bibir nampak matte/tak berkilat atau berminyak. Tahan lama atau tak, tu tak tau lagi. Sebab belom try pakai untuk jangka masa yang panjang. Cuma kaler x brape berkenan. Warna merah gelap/plum sket. Muka nampak garang dan lebih berusia kalau pakai lipstik cmni. Kecuali la kalau muka memang lawa kebaboom, pakai lipstik hitam pon cantek.

3) MUSELA PHYSIOBE'BE'/CLEANSING MILK.


Produk Mustela ni sebenarnye untk bayi. Agak keliru sket sampaila bace brochure yang dihantar bersama-sama tu. Memandangkan bayi xde nak dicuba, PY sendiri akan try.
Memandangkan produk yang PY dapat ni sejenis pencuci, PY akan cuba produk ni untuk bersihkan muka.

4) e'Pure AMINO HYDRO INTENSE CLEANSER.


Yang ni dapat trial size. sangat2 siket. Satu botol ni dapat la sekali pakai.
Takde sebarang info pada botol. Nak kene google dulu pasal produk ni sebelum guna~

5)e'Pure MEMBRANOUS JELLY MASQUE.


Sangat la x sabar PY nk cuba mask ni. Sebab kulit PY memang sgt kering!
Jadi produk utk kulit kering memang la konfem PY suka!

6) GINKGO NATURAL FOAM CLEANSING CREAM BY CHARMZONE

Pencuci muka. Takde la harapan ape2 kat produk ni. Dapat bersihkan muka dgn elok pon dh ok sgt2.

7) ALBATROSS WATERFULL CC CREAM

Ni baru first time nak try CC Cream. Biasanya PY guna BB Cream jek.
Ape yang bezanya ialah CC Cream dapat meneutralkan warna kulit supaya nampak sekata dan kurangkan kemerahan pada muka~ First time nak cuba ni. Tak sabar la!

8) ALBATROSS POWDER SUN SPF41/PA++

PY ni sebenarnye bukan jenis yang rajin pakai sunscreen/sunblock ye.
Pakai krim biase, kalau rajin pakai BB cream, pastu baru pakai bedak.
Selama ni brgantung kt SPF drpd BB cream yang seciput tu. Produk  ni konfem dpt lindungi kulit PY lebih lama lagi sebab nilai SPF yang agak tinggi kat situ SPF 41/PA++.
Selama ni cuma pakai yang SPF 2+ jek. Hihihi.

Terima kasih sangat2 kat Muffin.my sebab hantar gift yang best ni kat PY~
Sangat la excited nak cuba produk2 yang diorang bagi dan tulis review kat Muffin.my!

Bagi korang yang belom join Muffin.my boleh klik link kat bawah~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!