Friday, April 13, 2012

BEAUTY SCHOOL : FOUNDATION BRUSH

Assalamualaikum semua!!!
Pepagi lagi PY dh taip entry hari ni...hehe...padahal keje menimbun2!
Okla..memandangkan ramai yang bertanyakan kepada PY tentang perkara-perkara asas tentang makeup, jd PY akan postkan entry bekenaan perkara2 asas tentang makeup ataupun segmen BEAUTY SCHOOL dekat blog PY dan setiap minggu! Jadi sesiapa yang berminat utk nak belajar makeup dan nak tahu perkara2 asas tentang mekap boleh la datang blog PY ni setiap minggu...InsyaAllah PY akan cube berkongsi ilmu dgn korang semua!!

Segmen Beauty School bersama Cikgu PY! (hehe)

Oklah ye...berbalik kepada kepada tajuk asal yek! Untuk entry kali ni, PY nak berkongsi dengan korang semua tentang perkara yang paling asas atau yang paling penting dalam solekan @ makeup, iaitu makeup tools ataupun peralatan yang diperlukan untuk proses mekap..Sebenarnya, selain peralatan yang PY nk bgtau nt, jari pon boleh digunakan dalam proses mekap seperti menyapu eyeshadow dan memakai foundation. Tapi, bagi sesetengah kes, contohnye seperti nak pakai eyeliner liquid@gel, berus khas diperlukan! 
Untuk minggu ni, jom kite belajar tentang FOUNDATION BRUSH!

FOUNDATION BRUSH:

Ciri-ciri berus:
Bulu berus kasar, kurang lentur/ fleksible, dan berusnya agak leper/flat, berbanding powder brush/blusher brush

Kegunaan:
Dah name pon foundation brush...so, fungsinya untok sapu dan blend foundation yang jenis liquid/cream...(kengkadang PY guna jugak untuk blend concealer...)


Kenape perlu guna foundation brush?
a) Sapuan foundation akan lebih sekata.
b) Foundation boleh disapu ke kawasan yang susah untuk disapu cthnye: utk tutup liang roma, kawasan tepi hidung.
c) Menjimatkan sket foundation. Jika gunakan sponge@ tangan, kebanyakan foundation tu lebih banyak menyerap kat sponge atau kering kat tangan, bukannya kat muka!

Tips: Sapuan foundation menggunakan berus akan meninggalkan kesan berus (foundation nampak bergaris garis halus kat muke!). Jadi, jangan lupe tekapkan sponge kat kawasan muke supaya garisan berus akan
hilang! 


Penjagaan foundation brush:
Selepas gunakan foundation brush WAJIB basuh sebab bakteria mudah membiak pada berus (foundation jenis cecair /cream mengandungi banyak lembapan yang menggalakkan pembiakan bakteria!). Muka korang akan bermasalah (jerawat, gatal2) jika gunakan berus foundation yang kotor @ tak dibasuh! 
Korang boleh gunakan pencuci khas/brush cleaner (mahal siket la...) ataupun baby shampoo...terpulang kepada individu! Lepas dah basuh, lap berus dengan kain yang bersih dan keringkan pada suhu bilik...Senang je kan??


So, bagi mereka yang baru nak try berus foundation ni, gunakan berus foundation yang murah2 je dulu...lepas tu pastikan korang ade berus spare sebab berus foundation harus di cuci selepas digunakan... so berus spare boleh digunakan bile berus yang lagi satu di cuci!

OK tu je PY nak kongsi utk kali ni! Kalo ade request makeup@pape boleh comment/email PY ek!! 

Thanks for reading!

Singgah blogshop PY!

Singgah youtube channel PY!

Sesape nak duit poket silalah join churpchurp dan boleh klik kat banner sebelah!!

PY : Utk tutorial akan datang, PY nak buat something yang simple jek! Tunggu ek! 
PY nak buat giveaway la...sape nak???



Day & Night Romantic Look!

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, PY dh update video PY yang baru!! 
Untuk tutorial kali ni, tutorialnye bertemakan romantik dan simple...
Sesuai dipakai pada waktu siang utk jalan2/dating dan cuma gelapkan sikit eyeshadow, dah boleh pakai utk waktu malam! Senang kan??




Senarai produk
The Balm Foundation
Maybelline Angelfit Foundation
MAC Prep & Prime Transparent Finishing Powder
Simplysiti Eyebrow pencil
Urban Decay Primer Potion
Estee Lauder Deluxe Eyeshadow Compact (Pure Color Eyeshadow)
Estee Lauder Pure Color Blusher
Estee Lauder Lipstick
Estee Lauder Lipgloss


Music:
Fanny Fink
Sweet & Hear Song

Singgah youtube channel PY!



Singgah blogshop PY!
http://www.facebook.com/bundleparadise2011

Thanks for watching!!



Sila klik icon churpchurp kat sebelah kalau belom join lagi  ---------->