Saturday, December 24, 2016

PY shopping di STYLEKOREAN.COM~

Assalamualaikum uols!

Baru-baru ni STYLEKOREAN.COM bagi peluang kat PY untuk rasai sendiri pengalaman shopping kat STYLEKOREAN.COM bernilai USD100!
Menjerit gembira la hakak dik oiiiii



Bagi yang tak tau, STYLEKOREAN.COM ni online shop yang menjual produk kecantikan jenama dari Korea! Produk ori tau. Semua brand femes dari Korea ada dijual kat sini.
3CE, Laneige, Sulwhasoo dan macam2 lagi!


PY amek masa jugak la untuk pilih barang untuk sesuaikan dengan bajet USD100.
Bila sebut tentang produk jenama Korea, PY lebih suka untuk pilih skincare berbanding mekap.
Semua produk ni dalam USD dollar ye syg2 semua.
Sila tukarkan kepada RM dulu sebelum beli kat sini.
Takut kang ada yang kene sawan tgk bil kad kredit.
Hehehe,

Pilih punya pilih, akhirnya ni la produk yang PY pilih. Hihihi
Takdela banyak sgt pon.

Skincare ada, mekap pon ada.
Produk original dan memang torbaik uols.

1. MISSHA Natural Soft Jelly Cleansing Puff #Charcoal
(USD 1.96 = RM8.80)
PY suka span ni. Tiap2 hari sental muka dengan ni.
Buih gebu dan muka jadi bersih.
Span ni siap ada ekstrak arang lagi. Sebab tu kaler hitam kan,
Khas untuk membersihkan muka daripada blackhead dan whitehead dengan cara yang lebih lembut! So uols yang muka sensitif takleh kene scrub tu boleh cuci muka dengan span ni

Spannye lembap jek.


Meh bagi ngintai sket.


Span ni kalau pakai dengan pencuci memang keluar buih gebu banyak2.
Bestttttttttttt

2. Innisfree Jeju Volcanic Steam Towel
USD3.82 = RM17.10
Yang ni sejenis tuala untuk steam muka.
Sebelum facial boleh tutup muka dengan tuala ni dulu untuk bukakkan pori2 pada muka.
Yang ni PY leh nak terang dengan details sebab belum guna lagi.
Dh guna nanti baru PY cite panjang lebar ok!


3. Laneige Multi Cleanser 180ml
(USD16.85 = RM75.50)

PY pilih pencuci muka ni sebab sesuai untuk semua jenis kulit dan jugak bersaiz besarrrr.
Berbulan2 boleh tahan.
Senang cite. Lagi best bila pakai dengan MISSHA Natural Soft Jelly Cleansing Puff yang PY tunjuk tadi. 
Muka rasa bersih dan fresh jek uols!




4. Laneige BB Cushion Whitening Neutral No.23
(USD34.57 = RM154.80)
Yang ni memang dah lama sangat nak beli!
Asek tak jadi beli jekkkk
Akhirnya dapat jugak.
Dan yang lagi bestnye org sponsor. Hihihi.
Memang best. PY memang pakai tiap2 hari  uols.
Coverage natural dan nipis jek.
Nama pon BB cushion. Kalau nak coverage tebal sket korang kene pakai foundation la jawabnya.
Laneige BB Cushion ada banyak jenis. Yang ni khas untuk mencerahkan kulit.






5. (Heimish) Dailism Eye Palette #Balmy Khaki 7.5g
USD26.91 = RM120.80
Dalam banyak2 produk ni PY ada la grab satu eyeshadow palette.
Sebab warna eyeshadow ada berjuta2 warna.
Bila ada satu kaler yang PY tak pernah ada, automatik PY akan terus nak beli walaupon ada seketul jek kaler yang PY belum ada dalam satu palette tu.
Tamak kan? hahaha.
Memandangkan seumur hidup x penah pakai eyeshadow kaler khakis, PY pon grab la satu.
Bagi yang tak tau, Heimish ni pun antara brand popular kat Korea.
Harga pon boleh tahan, kualiti pon sgt2 ok.
Packaging eksklusif gitew. Konfem la kene try sebab kat Malaysia macam x penah dgr jek jenama ni uols.



Ada beberapa warna eyeshadow yg PY x ada.
Jadi kene grab la. hehehe

6. (Heimish) All Clean Balm 120ml
USD15.13 = RM67.90
Selain daripada eyeshadow palette, 
PY ada grab jugak makeup remover daripada jenama yang sama.
Kalau nk diikutkan, makeup remover kat rumah masih berbotol botol.
Tapi makeup remover Heimish ni lain sket uols.
Biasa kita jumpa makeup remover dalam bentuk cecair atau wipes kan?
Heimish punya makeup remover dalam bentuk balm!
Yang tak paham balm tu macam mana,
korang konfem la penah guna balm minyak angin kan?
Tekstur makeup remover yang ni mcm tu la jugak.
Kene scoop dan ratakan pada muka.
First time try makeup remover macam ni ok.
Bilas dengan air, setel! Semua mekap hilang!


Pepejal akan bertukar jadi cecair lepas sapu kat muka.



Yang paling best skali, STYLEKOREAN.COM siap bagi beberapa tester bagi beberapa produk.
Sape tak suka kan? Thank u so much!



Macam2 lagi produk kecantikan Korea yang boleh korang grab kat STYLEKOREAN.COM!
Nak shopping? Boleh klik link kat bawah ni dan selamat bershopping!






Terima kasih bagi peluang best ni kat PY!
Kamsahamnida!

Yang versi video pon PY ada buat jugak.
Jemput tengok!


JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe