Wednesday, January 4, 2017

Product review : Biconi Glow Facial Serum!!

Assalamualaikum!
Soalan tentang masalah kulit memang sentiasa menghujani inbox PY kalau uols nak tau.
Pening. Serius pening.
Sebab kulit manusia ni 1001 jenis.
Skincare jenama PY sendiri pon PY suggest kan.
Tapi macam biasa la, dalam 100 orang tu konfem la ada trselit 2-3 orang yang tak sesuai dengan sesuatu produk tu.
Jadik, tiap kali PY diberi peluang oleh mana2 company utk cuba produk,
PY memang x tolak. Walaupon sebenarnya PY memperjudikan kulit sendiri.

Baru-baru ni BICONI.COM memberi PY untuk cuba produk diorang yang dikatakan menggunakan 97% bahan semula jadi disamping join campaign yang diorang buat.

#biconisavedmyskin

Bila sebut pasal natural ingredients, maksudnya memang selamat utk semua jenis kulit.
Dari kulit yang normal sampaila kulit yang super sensitive.
Kempen #biconisavemyskin ni bertujuan untuk membantu masalah kulit menggunakan produk Biconi yang berasaskan bahan semulajadi dan sumber daripada tumbuh-tumbuhan.

Hasil penggunaannya? MEMANG BEST.

Produk ni sampai dalam kotak kecik.
Meronta2 la hati ni nak tgk ape kat dalam kannnnn






Dan yang paling best siap dapat note daripada team Biconi!
Rasa dihargai sangat uols....tulis tangan lagik.
Nampak sgt keikhlasan nak bagi blogger sendu mcm PY ni cuba produk diorang.
Terharu sangatttttt


Mesti uols tertanya2 ape ada kat dalam pouch tu kan?
Jom bukak!

BICONI GLOW FACIAL SERUM
RM187.74

Bila sebut pasal serum, mesti uols semua fikir serum ni cecair pekat takpon ala2 jeli kan?
Silap ok. PY pun masa mula2 fikir benda yang sama!
Sekali pakai trkejut jugak. Serum ni dalam bentuk minyak. 
Ada yang takut nak pakai ke? Eh kejap.

Ni bukan sebarang minyak uols. Ni minyak trpilih tau.
Serum ni campuran minyak yang bernutrient tinggi, cold pressed oils (perahan minyak kali pertama) daripada superfood (makanan yang sangat berkhasiat) macam avokado, argan, kelapa dan borage (sejenis bunga. Kalau x tau pegi google.)

Serum ni khas untuk kulit yang lebih glowing, sihat dan mengurangkan garisan halus.
Cuba tengok cermin! Belek muka sendiri. Banyak ke tak garisan halus???


Ok. Ni posing gedik satu kali. hehehe.

Ni lagi satu nak bagitau. Serum ni di botolkan dalam botol kaca berwarna gelap.
Kenapa botol kaca warna gelap uols? Kenapa x botol plastik?
Botol kaca gelap ni melindungi serum ni daripada rosak kerana cahaya matahari dan proses pengoksidaan.
Jadi serum ni tahan lebih lama! Genius kan???

Dan semestinya serum ni sesuai untuk kulit kering, kulit matang, kulit sensitif termasuklah kulit yang extra sensitive. Kulit berminyak kurang disyorkan sebab serum ni berasaskan minyak kan.





Jangan nak request mcm2, jangan nak banyak cekadak ye uols.
Minyak ni memang bau herba.
Jangan tetiba nak  bau bunga ros ke bunga sakura ke, Tak de!
Produk Biconi ni memang 97% daripada tumbuh tumbuhan sebenar,

Lepas je cuci muka, PY dotkan serum ni kat muka dan ratakan pada muka.
Hasilnya muka x rasa berminyak pon.
Rasa lembap2 jek. Baru dua minggu pakai.
Kesan yang boleh rasa ialah kulit jadi makin lembap uolsss.
Tetiba rasa muda. Eh.
Hasil jangka masa panjang penggunaan akan kurangkan garisan halus pada muka.
Yang tu kene amek masa sket, Tunggu dan lihat jek ok.
Memang sangat2 berpuas hati dengan serum ni.


Daripada senyuman gedik PY tu korang dapat tau kan yang kulit PY bahagia pakai produk ni.

PY nak ucapkan ribuan terima kasih kepada BICONI.COM sebab bagi PY cuba produk yang best kebabom ini uols. Memang berbaloi2 rasa dapat cuba.
Thank you so much!

Selain daripada sabun dan serum ni, macam-macam lagi produk berasaskan bahan semulajadi yang uols boleh cuba daripada BICONI.COM



Produk bukan untuk perempuan je ada. Lelaki dan produk bayi pon ada.
Khas untuk follower PY~ Nak shopping kat BICONI. COM sambil berjimat???
GUNA KOD KUPON DI BAWAH. DAPAT JIMAT SKET.

#BICONISAVEDMYSKIN

Jangan lupa singgah


JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Saturday, December 24, 2016

PY shopping di STYLEKOREAN.COM~

Assalamualaikum uols!

Baru-baru ni STYLEKOREAN.COM bagi peluang kat PY untuk rasai sendiri pengalaman shopping kat STYLEKOREAN.COM bernilai USD100!
Menjerit gembira la hakak dik oiiiii



Bagi yang tak tau, STYLEKOREAN.COM ni online shop yang menjual produk kecantikan jenama dari Korea! Produk ori tau. Semua brand femes dari Korea ada dijual kat sini.
3CE, Laneige, Sulwhasoo dan macam2 lagi!


PY amek masa jugak la untuk pilih barang untuk sesuaikan dengan bajet USD100.
Bila sebut tentang produk jenama Korea, PY lebih suka untuk pilih skincare berbanding mekap.
Semua produk ni dalam USD dollar ye syg2 semua.
Sila tukarkan kepada RM dulu sebelum beli kat sini.
Takut kang ada yang kene sawan tgk bil kad kredit.
Hehehe,

Pilih punya pilih, akhirnya ni la produk yang PY pilih. Hihihi
Takdela banyak sgt pon.

Skincare ada, mekap pon ada.
Produk original dan memang torbaik uols.

1. MISSHA Natural Soft Jelly Cleansing Puff #Charcoal
(USD 1.96 = RM8.80)
PY suka span ni. Tiap2 hari sental muka dengan ni.
Buih gebu dan muka jadi bersih.
Span ni siap ada ekstrak arang lagi. Sebab tu kaler hitam kan,
Khas untuk membersihkan muka daripada blackhead dan whitehead dengan cara yang lebih lembut! So uols yang muka sensitif takleh kene scrub tu boleh cuci muka dengan span ni

Spannye lembap jek.


Meh bagi ngintai sket.


Span ni kalau pakai dengan pencuci memang keluar buih gebu banyak2.
Bestttttttttttt

2. Innisfree Jeju Volcanic Steam Towel
USD3.82 = RM17.10
Yang ni sejenis tuala untuk steam muka.
Sebelum facial boleh tutup muka dengan tuala ni dulu untuk bukakkan pori2 pada muka.
Yang ni PY leh nak terang dengan details sebab belum guna lagi.
Dh guna nanti baru PY cite panjang lebar ok!


3. Laneige Multi Cleanser 180ml
(USD16.85 = RM75.50)

PY pilih pencuci muka ni sebab sesuai untuk semua jenis kulit dan jugak bersaiz besarrrr.
Berbulan2 boleh tahan.
Senang cite. Lagi best bila pakai dengan MISSHA Natural Soft Jelly Cleansing Puff yang PY tunjuk tadi. 
Muka rasa bersih dan fresh jek uols!




4. Laneige BB Cushion Whitening Neutral No.23
(USD34.57 = RM154.80)
Yang ni memang dah lama sangat nak beli!
Asek tak jadi beli jekkkk
Akhirnya dapat jugak.
Dan yang lagi bestnye org sponsor. Hihihi.
Memang best. PY memang pakai tiap2 hari  uols.
Coverage natural dan nipis jek.
Nama pon BB cushion. Kalau nak coverage tebal sket korang kene pakai foundation la jawabnya.
Laneige BB Cushion ada banyak jenis. Yang ni khas untuk mencerahkan kulit.






5. (Heimish) Dailism Eye Palette #Balmy Khaki 7.5g
USD26.91 = RM120.80
Dalam banyak2 produk ni PY ada la grab satu eyeshadow palette.
Sebab warna eyeshadow ada berjuta2 warna.
Bila ada satu kaler yang PY tak pernah ada, automatik PY akan terus nak beli walaupon ada seketul jek kaler yang PY belum ada dalam satu palette tu.
Tamak kan? hahaha.
Memandangkan seumur hidup x penah pakai eyeshadow kaler khakis, PY pon grab la satu.
Bagi yang tak tau, Heimish ni pun antara brand popular kat Korea.
Harga pon boleh tahan, kualiti pon sgt2 ok.
Packaging eksklusif gitew. Konfem la kene try sebab kat Malaysia macam x penah dgr jek jenama ni uols.



Ada beberapa warna eyeshadow yg PY x ada.
Jadi kene grab la. hehehe

6. (Heimish) All Clean Balm 120ml
USD15.13 = RM67.90
Selain daripada eyeshadow palette, 
PY ada grab jugak makeup remover daripada jenama yang sama.
Kalau nk diikutkan, makeup remover kat rumah masih berbotol botol.
Tapi makeup remover Heimish ni lain sket uols.
Biasa kita jumpa makeup remover dalam bentuk cecair atau wipes kan?
Heimish punya makeup remover dalam bentuk balm!
Yang tak paham balm tu macam mana,
korang konfem la penah guna balm minyak angin kan?
Tekstur makeup remover yang ni mcm tu la jugak.
Kene scoop dan ratakan pada muka.
First time try makeup remover macam ni ok.
Bilas dengan air, setel! Semua mekap hilang!


Pepejal akan bertukar jadi cecair lepas sapu kat muka.



Yang paling best skali, STYLEKOREAN.COM siap bagi beberapa tester bagi beberapa produk.
Sape tak suka kan? Thank u so much!



Macam2 lagi produk kecantikan Korea yang boleh korang grab kat STYLEKOREAN.COM!
Nak shopping? Boleh klik link kat bawah ni dan selamat bershopping!






Terima kasih bagi peluang best ni kat PY!
Kamsahamnida!

Yang versi video pon PY ada buat jugak.
Jemput tengok!


JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Monday, November 28, 2016

Produk Terbaru Faith In Face Malaysia+ giveaway!

Assalamualaikum~

Antara perkara yang best jadik blogger/youtuber ni ialah bila dapat cuba macam2 jenis beauty product. hehehe.
Baru-baru ni Faith In Face Malaysia berbaik hati bagi PY rangkaian produk terbaru diorang.
Dah sedia nak baca entry berjela tentang semua produk ni???


Sebenarnya ni kali kedua PY terima produk daripada Faith In Face Malaysia.
PY penah post entry tentang Faith In Face Hydrogel Mask kat sini.

Kali ni Faith In Face mengeluarkan rangkaian produk terbaru:


1. Faith in Face pearl cellulose sheet mask (5 types)

💓 I Want Perfect Makeup
💓 I Am Always Bright
💓 I Want Healthy Look
💓 I Need S.O.S (Save Our Skin)
💓 I Need Relaxing Care


2.Faith in Face eye am not tired hydrogel eye mask.
3.Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water 

4. Faith in Face AHA Peel So Good peeling gel

5. Faith in Face All-lighty Cleansing Oil



Produk ni semua memangla sangat berguna untuk pompuan macam kita yang mementingkan penjagaan muka~ kannnnn

Ok. Kita mula step by step.
PY memang pemakai mekap tegar.
Boleh dikatakan PY ni semtiasa bermekap pada waktu siang dan kadang-kadang sampai ke malam.
Tanggal mekap masa nak solat jela.
Penggunaan makeup remover memang sangat penting.
Guna pencuci muka je mungkin nampak bersih pada mata kasar.
Tapi sebenarnya masih ada lagi sisa mekap yang tertinggal di pori2 muka uols!

Nak try gunakan makeup remover?
PY nak share makeup remover yang PY gunakan, 
iaitu produk terbaru keluaran Faith In Face,
Ada 2 jenis makeup remover yang boleh uols jadikan pilihan!

1.Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water



Taraaaa.... Ni makeup remover tau...bukan pencuci muka!
Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water ni makeup remover berasaskan air.
Tapi bertindak menanggalkan mekap sama bagusnya macam makeup remover oil based.


Tak percaya??? Meh sini tengok PY tanggalkan mekap tebal guna Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water.

Dah sedia????

Muka PY dengan full face makeup

Mula2 sekali PY akan tanggalkan mekap mata terlebih dahulu sebab mekap mata yang paling tebal skali.
Eyeliner, eyeshadow, mascara.
Semua tertumpu kat sini.

Basahkan kapas dengan makeup remover.
Tekap kan pada bahagian mata selama 10 saat.
Tujuannya supaya makeup remover melarutkan mekap pada mata.
Dengan sekali sapu jek mekap mata PY tanggal semuanya!

Sekali sapu je semua dah setel!





Dan yang paling best ialah Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water ni 
tak pedihkan mata langsong.
Pernah tak mata korang pedih sebab makeup remover terkene pada mata??
PY memang selalu! Mengalir2 air mata. Seksaaaaaaa
Kali ni penyeksaan kita semua dah berakhir uolssss

Disebabkan makeup remover ni berasaskan air,
makeup remover ni sangat sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif.
Formula lebih ringan dan lembut pada kulit.
Lepas ni xde la alasan untuk kita x nak guna makeup remover.
Kalau ada alasan jugak, tu namanya MALAS.

Mekap kat muka PY. Dahsyat tak uols??? Lepas tanggal mekap konfem orang tak kenal.
Mekap berlayer-layer.

Tak melekit, mekap sapu abes dan lembut pada kulit.
PY suka!

Selain tu, Faith In Face jugak ada keluarkan makeup remover berasaskan minyak. (oil based)
Faith in Face All-lighty Cleansing Oil





Fungsinya sama je. Untuk tanggalkan mekap.
Cuma cara penggunaannya sahaja yang berbeza.
Pumpkan minyak dan sapu pada seluruh muka.
Bilas dengan air sehingga bersih.
Korang akan dapati mekap ditanggal dengan sempurna!

Selepas besihkan mekap, uols boleh la try produk terbaru yang seterusnya.

Faith in Face AHA Peel So Good Peeling Gel



Bagi yang tak pernah try guna peeling gel, 
peeling gel ni berfungsi lebih kurang sama dengan scrub.
Cuma bezanya pelling gel ni lepas digosok akan keluarkan daki beserta kotoran pada muka uols.



Gosok dan gel tadi akan bertukar menjadi daki.

Selepas gunakan peeling gel, bilas muka dengan air yang bersih.
Jom kita teruskan dengan produk yang seterusnya!

9/10 daripada manusia di dunia ni mempunyai gegelung hitam pada mata.
Terkejut?? Masalah ni jugak dikenali sebagai mata panda atau mata cik ponti,
PY pun salah seorang yang ada mata cik ponti yang dahsyat uols.
Korang pun sama??? Jangan risau.
Faith In Faith ada keluarkan produk terbaru yang dapat membantu masalah mata panda/mata cik ponti yang kita semua alami.

Faith in Face Eye Am Not Tired Hydrogel Eye Mask.




Cuma pakai eye mask ni kat bawah mata. 
Gegelung dan kendur kat bawah mata akan berkurang!

Seterusnya PY nak pakai mask untuk bagi khasiat pada kulit PY yang agak letih ni.
Faith in Face sebelum ni memang dah ada keluarkan mask jenis hydrogel.
Maksudnye dekat mask tu ada lapisan gel yang basah dengan khasiat  tertentu untuk kesan yang berbeza, Boleh baca kat sini.



Jom tengok mask terbaru keluaran Faith In Face!
Kali ni Faith In Face tampil dengan 5 jenis cellulose sheet mask!
Setiap mask ada fungsi tersendiri uols.
Cuba uols tengok masker mana yang sesuai dengan masalah kulit dan jadi pilihan hati uolsss.




💓 I Want Perfect Makeup
PY sangat2 suka mask ni! Sebab mask ni khas untuk kita2 yang pakai mekap.
Mask ni khas untuk menyediakan kulit supaya segar sebelum pakai mekap.
Pori2 akan mengecil, melembap dan menjadikan kulit lebih lembut.
Pakai mask ni sebelum mekap selama 20 minit dan hasilnya mekap nampak lebih flawless.

💓 I Am Always Bright



Ni pulak mask khas untuk mencerahkan kulit.
Wajah akan nampak lebih cerah, segar dan lembap!

💓 I Want Healthy Look
Nak kan kulit yang lembap, glow dan sihat??
Boleh try mask ni!

💓 I Need S.O.S (Save Our Skin)
Selamatkan kulit uols daripada masalah kulit!
Mask ni dapat membantu warna kulit lebih sekata, glowing dan lembap!

💓 I Need Relaxing Care
Pencemaran, stres dan diet yang kurang teratur menyebabkan kulit PY letih dan lesu!
Seharian kat skolah dengan kerja menimbun dan stres dengan exam memang sedikit sebanyak menyebabkan kulit terjejas sket.

Jadi PY akan rehatkan badan sambil rehatkan kulit dengan pakai mask ni.
Memang lega. Kulit rasa lebih segar dan lebih bermaya!


Masker cellulose ni lebih nipis berbanding masker hydrogel sebelum ni.

Pakai selama 20 minit.
Kulit rasa lebih segar!

Korang berminat nak dapatkan produk ni semua???
Faith In Face berbaik hati nak bagi diskaun 10%  bagi jumlah keseluruhan bil kepada korang semua hanya di website FAITH IN FACE MALAYSIA SAHAJA!
Cuma masukkan promo code

FIFXYANTI

bila korang dah habis shopping di Faith In Face Malaysia


Kod promo boleh digunakan dari

 19 Nov to 3 Dec 2016

PY pos agak lambat entry ni tapi korang masih ada lagi masa selama 5 hari untuk dapatkan diskaun ni!

Nak join giveaway pon boleh!!
Jom tengok sini :




Jangan lupe share pendapat uols lepas guna produk daripada Faith In Face!

Till then!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe