Friday, August 18, 2017

Cara Besarkan Payudara dengan Cepat dan Selamat : Love Potion by Hush Hush!

Salam uols.
Semenjak jadi penjual krim Miss Tek ni,
baru hakak sedar.
Ramai sebenarnya wanita kat luar sana
yang ada masalah Miss Tek @ Miss B ni.
~Kendur
~ Kecil
~Saiz x seimbang/besar sebelah
~ Labuh/layut
~Besar tapi x pejal

Serious memang banyak!
Yang lagi sedih bila suami komplen.
Hakak memang x bersuami lagi kan.
Tapi akak dapat bayangkan kalau
~Laki komplen
~Laki pandang pompuan lain
Ya Allah! Jauhkanlah drpd perkara mcm ni!

Bagi uols yang ada masalah macam kat atas
hakak nak cadangkan satu produk utk uols guna.
(Hakak sendiri pon dh guna. Memang terbaikkkkk)

LOVE POTION BY HUSH HUSH

Love Potion kami menggunakan 100% bahan premium yang selamat tanpa paraben dan diluluskan KKM 😊

Khasiat dalam kandungan Love Potion 

🌹Papaya Extract
✔Merangsang pembentukan hormon estrogen, progesteron dan juga prolaktin 
✔Membantu pertumbuhan dan pembesaran payudara dan punggung
✔Menghaluskan kulit dan membuatkan payudara dan punggung sentiasa awet muda

🍑Pueraria Mirifica
✔Herba semulajadi terbaik untuk pembesaran serta menganjalkan payudara dan punggung
✔Menambah tisu-tisu lemak di sekitar payudara dan punggung
✔Menyokong kolagen yang memberikan bentuk payudara yang cantik dan anjal secara semulajadi
✔Memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara dan punggung

🌷Almond Oil
✔Kaya dengan asid lemak dan protein 
✔Melembapkan dan menghaluskan kulit 
✔Menembusi lapisan kulit yang paling dalam untuk membekalkan segala khasiat ke sel-sel payudara dan punggung
✔Melambatkan proses penuaan dan menghilangkan kedutan kerana bersifat antioxidant

🌹Olive Oil
✔Mengandungi pelbagai phytochemical yang dapat mencegah terjadinya kanser payudara.
✔Melembapkan dan menanggalkan sel-sel mati pada kulit
✔Membantu menguatkan otot-otot yang kendur dan menjadikan payudara dan punggung kembali anjal dan mantap

💊Vitamin E
✔Merawat dan menghilangkan stretchmark
✔Anti penuaan dan agen pelembap terbaik untuk kulit.
✔Tinggi antioksidan                        sde
Kalau uols nak tau pasal Love Potion ni
meh hakak share sket.
Love Potion menggunakan 100% bahan premium yang selamat tanpa paraben 
dan diluluskan KKM 😊 (NOT170103519K)

Khasiat dalam kandungan Love Potion 

🌹Papaya Extract
✔Merangsang pembentukan hormon estrogen, progesteron dan juga prolaktin 
✔Membantu pertumbuhan dan pembesaran payudara dan punggung
✔Menghaluskan kulit dan membuatkan payudara dan punggung sentiasa awet muda

🍑Pueraria Mirifica
✔Herba semulajadi terbaik untuk pembesaran serta menganjalkan payudara dan punggung
✔Menambah tisu-tisu lemak di sekitar payudara dan punggung
✔Menyokong kolagen yang memberikan bentuk payudara yang cantik dan anjal secara semulajadi
✔Memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara dan punggung

🌷Almond Oil
✔Kaya dengan asid lemak dan protein 
✔Melembapkan dan menghaluskan kulit 
✔Menembusi lapisan kulit yang paling dalam untuk membekalkan segala khasiat ke sel-sel payudara dan punggung
✔Melambatkan proses penuaan dan menghilangkan kedutan kerana bersifat antioxidant

🌹Olive Oil
✔Mengandungi pelbagai phytochemical yang dapat mencegah terjadinya kanser payudara.
✔Melembapkan dan menanggalkan sel-sel mati pada kulit
✔Membantu menguatkan otot-otot yang kendur dan menjadikan payudara dan punggung kembali anjal dan mantap

💊Vitamin E
✔Merawat dan menghilangkan stretchmark
✔Anti penuaan dan agen pelembap terbaik untuk kulit
✔Tinggi antioksidan
                   
Antara soalan yang slalu hakak dapat daripada customer :

1. Ibu menyusu boleh ke guna?
Boleh. Boleh banyakkan susu lagi sis😊
Jangan sapu kat puting



2. Kesan kekal atau sementara?
Kesan adalah KEKAL. Kalau sis dah dpt result yg uols dapat, uols boleh berhenti.
Tapi disebabkan breast ni di pengaruhi hormon, diet, umur, hakak cadangkan uols pakai 2 kali seminggu sebagai maintainance😊

3. Macam mana nak sapu?



4.Berapa lama nk nampak result?
Tempoh utk nampak kesan bergantung kepada individu.
Tapi kebanyakan customer dapat tgk kesan dalam masa 1-2 minggu.
Seawal 5 hari pon ada!
Kebanyakan memang puas hati 😍

Antara testimoni yang berjayaaaa
Payudara lebih montok, besar, bulat, pejal dan tak kendur!
Tahniah uols sebab membuatkan hubby senyum sampai telinga!





Nak tengok lagi banyak testimoni??
Whatsapp je hakak ok.
Beratus testimoni customer yang berjaya hakak ada.
Real customer tau!

Hakak nak tunjok plak mcm mana rupa krim Love Potion ni


krim love potion ni cepat meresap, tak melekit dan bau pun wangi
kulit instant soft lepas sapu dan boleh mengurangkan stretchmark juga
just guna konsisten 2 kali sehari lepas mandi.
Satu jar Love Potion ni tahan hampir 2 bulan tau.

Berminat nak besarkan Miss Tek / Miss B uols dengan cara selamat, berkesan, murah dan tak menyakitkan?
Whatsapp hakak ok. Tekan link kat bawah ni haa
http://princessyanti.wasap.my/
(0176423239)

Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Tuesday, August 15, 2017

Product review : Lareez Glow Foundation!

Salam uolsss
Harini hakak nak buat review utk foundation jenama tempatan gitchu.
Mesti uols ingat hakak dok menerai fondesen Watson, Guardian, Sephora, MAC
dan seumpamanya kan?
Hakak tak pilih jenama ok syg.
Sape yang best hakak pakai.
Tak kira la fondesen tu cap ayam atau cap ibu dan anak ye.
Terima kasih sgt kat Nur Farhana Amirah ,
founder Lareez Glow Foundation sebab sudi bagi hakak,
Youtuber dan Blogger yang suam2 kuku jek untuk cuba foundation.
Review hakak dan upload kat channel hakak tau.

Ape yang hakak suka pasal LAREEZ GLOW FOUNDATION?
1. Gebu gebas.
Lepas guna memang muka hakak jadi gebu gebas uols.
Sekali pump dah cukop cover satu muka hakak.

2. Ada SPF30.
Produk ada SPF kan. Sape x suka uols?
Boleh protect muka daripada cahaya matahari.

3. Tak payah pakai concealer.
Bagi hakak yang selalu pakai fondesen yang high coverage,
bagi hakak Lareez Glow Foundation ni medium to high coverage la.
Still nampak natural dan coverage not bad.
Yang ada parut kritikal mungkin perlukan bantuan concealer la.
Kalau biasa2 jek, uols x payah pakai concealer.


4. Nak pakai bedak boleh, tak pakai bedak pon boleh!
Ada dua cara nak pakai.
Nak pakai bedak boleh, tak pakai pon boleh.
Foundation jenis matte dan x berminyak.

5. Crack tak banyak.
Malas nak menipu. Foundation mahal pon kalau jenis crack tu,
memang retak seribu la muka uols!
Yang ni crack sket jek.


6. Produk tempatan.
Of course hakak support product tempatan kan.
Kalau kualiti not bad, apa salahnye kita support yunk?

7. Harga berpatutan.
SM RM65 SS RM70 uols.
Sekali pump dh cukop satu muka.
Tak cukop murah ke?

Nak beli boleh contact
Instagram : Lareez.Hq
Che Hanna : 01355299024 (WhatsApp)
Fb : Nur Farhana Amirah
Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe


Monday, August 14, 2017

Product review : Let's Bengkung by Nur Sajat!

Salam uolssssss

Ni review versi video ye :)

 
PY kembali lagi dengan product review yang beberapa kurun x sempat nak buat!
Memandangkan baru jek lepas bulan raya,
melantak x ingat dunia, berat naik lebih daripada berat sebelum puasa,
rasanya agak sesuai untuk try produk nk kurus/kurangkan berat badan.

Dah lama dah uols request PY try produk ni.
Hambek ni ha.

LET'S BENGKUNG by NUR SAJAT



Jangan la uols pura2 tak tau Nur Sajat ni sape.
Pegi la ngintai sendirik kat insta dia @nursajat02
Ni ha foundernye uolsss
Maleh nak intro pasal dia ni sebab memang dah glemer kan.

ko tengok badan dia...hmmm

PY pakai bengkung ni dah sebulan lebih la.
Niat tu xde la nak badan mcm Nur Sajat ni sebab terang2 kita tau yang dia ni memang buat something kat badan dia.
Ada jugak yang ckp dia ni buang satu tuang rusuk sebab nak nampak ramping pinggangnye.
(Yeke uols?)

Tapi ni antara benda yang best la yang PY nak share tentang bengkung ni kan.

1) TAK BERLIPAT
Yang bestnye sebab bengkong ni x berlipat walaupon kita duduk.
Kalau sesetengah bengkung tu rasa x selesa kan. Berlipat sana sini.

2) TAK PANAS
PY beli dua uols.
Boleh ganti2 pakai2 kan. Pakai 24 jam. Tak panas pon biasa2 jek.

3) KAWAL SELERA MAKAN.
Yang ni paling best uols.
Tak boleh makan banyak2. Makan sket jek dah kenyang.
Sebab bengkong ni dok cekak pinggang kan.
Manela boleh makan banyak.
Memang kurosssss

4) SENANG NAK PAKAI, SENANG NAK BUKAK.
Cara nak pakai senang jek uols.
Cuma cangkuk jek.
Nak pegi toilet pon senang.
Tak payah nak tanggal segala macam.

Berbaloi atau tak?
BERBALOI.
Sebab berat dh mula menyusut uols.
Makan seciput jek. Perut kene cekak dengan bengkong ni.
Kemas dan ketat.
Konfem nak beli lagi.
 
Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.
 
~XOXO Princess Yanti~
 
 
Follow Twitter PY @PYantilicious
 
Follow Instagram : pyantilicious
 
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Monday, July 24, 2017

Selamat hari raya 2017 uols!

Salam uolssssss
Harini Syawal 30 uolsss. Baru terkedek2 nak hapdettt
Selamat Hari Raya PY nk ucapkan kat uols semua~
Raya tahun ni amacam? Seronok ke x?

PY tahun ni raya biasa2 jek.
Yang balik rumah mak pon cuma kaklong jek.
Kakngah dgn Adik balik lewat sket.
Yang pentingnya balik kampung ni sehari sebelum raya sebenarnya.
Sebab masa tu la berlari berkejar kesana kemari.
Orang yang paling awal balik ke Muar sape lagi uols.
Kalau bukan PY  -_-
Balik hari khamis berlari2 menyiapkan kerja yang menimbun kat rumah!
Almaklumlahhh iols kan single kannnn

Mula2 sekali PY dengan mak dan 2 org budak kecik (mia dan harith) pergi serang Azhar Food uols.
Tau tak Azhar Food tu yang kat rengit org dok borong kerepek tu laaa
Orang Singapore pon sanggup datng sini semata mata nak borong kerepek tau!
Kiranya kalau nk beli kuih raya memang best gila la kalau datang sini.


Balik je rumah, terus nak mengerjakan langsir pulakkkk.
Kain langsir bermeter2 haram x potong lagi!
Asalnya nak buat dgn adik.
Sekali tu kene buat sensorg.



Pagi2 raya reramai beratur nk mntak maaf sesama sendiri.
Almaklumlah uols. Banyak dosa gitewww

Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.


~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Wednesday, June 21, 2017

Baju raya PY untuk 2017~

Salam uols!
Tahun ni tahun paling mencabar untuk beli baju raya.
Sebab design baju raya semakin pelik dan kalau design yang biasa2 tu biasanya trend tahun-tahun lepas.
Ala macam baju kurung manik Vietnam, baju berbatu bata semua tu.
So, memang x berkenan la.
Tahun ni PY perhatikan, lambakan butik2 dan jgk butik vendor semuanya design lebih kurang sama jek!
Warna, kain, cutting dan design.
Paling ketara tahun ni kebanyakan butik keluarkan baju raya design peplum.
PEPLUM.
PY memang suka gila nak mati design peplum!
Last2 3 pasang baju raya PY design peplum.

Selepas  hari menjelajah BBU smpai ke angsana,
selepas fitting berpuluh-puluh helai baju,
3 helai ni PY pilih untuk jadi baju raya pertama sampai la ke tiga.
Raya ke empat dan seterusnya ada blouse, skirt dan mcm2 lagi la uolss.


Ni daripada butik Jannah Noe' 
Harga RM369 kalau x silap.
Tak jadi beli. Peplum trlalu singkat.
Muat2 badan sangat. Gemok sket memang abes x leh pakai.
Lagipon singkat2 ni kalau pergi sekolah terjojol pulak mata semua orang.
Kat sekolah very the sensitive u know.
Padahal rasa cm biasa jek. Tak pe la kita follow je laaa

Yang ni baju raya pertama PY
Tahun ni raya kat rumah tema kaler pink uols.
Asalnya baju lain. Tetiba memasing nak kaler pink la pulekssssssss
So saya yang menurut perintah ok.
Peplum ni daripada Keisha Inara chuolss
RM299
Yang ni size XL uols. Longgar sket.

Yang ni test sebab ni size L.
Tak beli yang kaler kuning. Beli yang kaler pink size L.

Raya kedua bersongket la pulekss
Asalnya ni baju raya pertama.
Tetiba memasing tukar kaler tema nak kaler pink.
Takpe uols, Raya sebulan.
So yang kaler putih ni kita pakai raya kedua nanti!
Peplum ni daripada butik Quenella.
RM299 jugak uolss


Raya ketiga pon masih peplum lagi uols.
Tak tau la kenapa tahun ni asek pakai peplum.
Mungkin hari2 biasa dah pakai kurung moden n segala mcm baju kot.
Almaklum la....PY ni kan cikgu!
Tiap2 hari pakai baju raya.
Songket kaler hijau ni pun daripada butik Quenella jugak.
RM299. Semua baju raya harga sama~


Shawl plak PY biasa beli Naelofar atau Radiusite.
Shawl biasa jek. Tak pakai sgt yang pelik2 ni.
Baju raya seterusnya campor2. Ada blouse, tshirt, jeans n so on.
Tengok kesesuaian.
Mekap raya? Hehehe... nak cerita takut tak abes entry ni uols. Buat masa ni, ni jela persediaan PY menghadapi hari raya.
Yang lain belom selesai.

Persediaan korang untuk hari raya pulak mcm mana? 

Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Monday, June 19, 2017

Bahayanya beli baju raya secara ONLINE ~

Salam uols.
Ada sesetengah org senang aje carik baju raya.
Pilih tak sampai 5 minit kan.
Ada jgk yang berani mati nak beli online.
Kalau PY  memang x la.


Memang PY agak cerewet sket kalau beli baju raya ok!

1. PY bukan saiz standard pompuan Malaysia.
Kesian kan? Kalau beli baju online x pernah jmpe yang senonoh!
Jubah singkat, bahu tak muat, besar sgt, singkat sangat.
Sebab tu PY kalau beli baju kurong siap, memang beli kat kedai.
Cuba kat fitting room. Selesa baru la beli.
Nak lagi best beli kain pastu upah tailor.
Tapi lama sket la.

2. Warna penipu.
Pernah tak beli baju kaler pink tapi dapat yang kaler purple?
PY agak jarang la jadi sebab memang x order online kan.
Rasa mcm kene tipu dan tak best la.

3. Baju tu cantik sebab photographer dan model tu kebabom.
Baru2 ni asek la scroll insta carik baju raya.
Jumpe satu brand ni A** A***S
Baju kaler plain jek uols. Tapi serius memang cantik gila!
RM299 sepasang. Kalau cantik dan berbaloi ape salahnye uols.
Kebetulan diorang ada bukak booth kat Angsana JB kan.
PY yang memang x kan beli online pon jejak la ke sana.
Bila tengok depan2. Ambek ko.
Kain pon biase2 jek.
Cutting pon biasa2 jek.
Warna pon biasa2 jek.
PY berkenan kaler biru pastel tau.
Memang lawaaaaa sgt dalam gambar.
Sekali tgk depan2 kaler tu xde la lawa mcm dalam gambar.
Siap tanya seller tu skali.
"Betol ke baju dalam gambar ni yg kat rak ni?"
"Ye kak ," tersengih seller tu jawab.
Nampak sgt sebab kamera, lighting dan teknik photographer tu uols.
Lagi satu sebab model2 diorg semua artis fofulerrrrr.
Kalau tgk kat komen instagram tu memang beratus2.
Tapi bila tgk sendiri kat booth tu, memang agak mengecewakan.
Nasib baik x beli online. Kalau x menangissssssss

4. Kain murah tapi dalam gambar nmpak wowww
Benda ni jadik dalam tahun lepas uols.
Kengkawan ajak order tudung bawal instant.
Dah order reramai ni diorang ajak la join sekali.
Dalam gambar pon tgk boleh tahan.
Ingat kain tudung yg ok2 jela kan.
Sekali smpai amek koooooo
Warna lari daripada yang ditunjukkan dalam gambar.
Kain murah gila uols.
Kain jenis cepat pecah yang biasa org jual RM5 tu.
Cuma tambah lace seciput dan batu 2-3 ketol jek dah up harga sampai RM40!
Menangis reramai.
Last2 tudung tu skarang PY pakai masa nk buang smpah dan jemur kain kat luar.

Sampai la skarang kalau beli baju memang terus pergi butik,
masuk fitting room, kalau ok terus bayar.
Senang dan puas hati!


Korang plak macam mane? Suka beli online ke offline?

Till then!
Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Thursday, June 8, 2017

Trend Solekan Igari ft Chriszen~

Salam uolssssss
Bebulan puasa mcm ni PY gigih la edit video.
Yang nak video raya,
Yang nak video kuih raya.
Tengah2 busy ni pon sempat la update sekerat dua blog ni ha.
Ni nak share sket pasal Igari Makeup Looks.
Kebanyakan produk guna produk Chriszen ok.
Jangan jeles. meh tengok ni.



Bagi yang tau tu ok la.
Bagi yang tak tau macam mana rupanya Igari Makeup tu,
Meh sini nak tunjuk.

Ada jugak yang cakap mekap ni mcm wayang cina. Hamboiiiii

Igari ni sebenarnya trend mekap popular kat Jepun.
Ciri2 mekap igari:
1. Penggunaan blusher yang agak berlebihan pada kawasan bawah mata.
2. Mekap mata yang natural.
3. Bibir yang natural. Yang paling sesuai guna lip tint untuk buat ombre lips uols.
4. Kening light2 jek, tegak dan sederhana tebal


Semua ciri2 ni akan membuatkan muka nampak muda remaja dan natural jek uols.
Pompuan jepun kan memang suka nampak comel ala2 anime kannnnn

PY berkolaborasi dengan Chriszen Official Malaysia akan tunjukkan tutorial mekap gaya igari ni dekat uolsss.
Tgh upload yek uols. Sabo sket.

Nak sambung buat keje.
Tata. Muah ciked,

Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Saturday, May 6, 2017

Mini Giveaway : Sape nak berus Frushy free?????

Salam uolssss
Haritu PY ada la tunjok sket pasal berus Frushy ni.
Ramai plak meronta2 brtanya
"kat mana nak belik ek kak?"
"Boleh tak kirim akak untuk belikan?"

Bertenang uols. Bertenang please.
PY bercadang nak bagi seketol berus frushy ni kat pemenang bertuah.
Yang tak dapat jgn nanges uols.
PY akan buat review pasal berus ni dengan harapan akan ade la seller Frushy ni muncolkan diri.
Jadi uols boleh la beli dari diorang.

Nak tengok berus tu mcm mana rupenye?
Meh sini tgk.




Cantek ke tidakkkk??
Berus ni sesuai guna untuk sapu fondesen ok.
Jom join giveaway hakak PY harini!
Tengok video dan ikot step untuk join.

Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Monday, April 17, 2017

Krik...krik selama dua bulan!

Assalamualaikum~
Selama hampir 2 bulan akhirnya hakak PY berjaya bagi salam kat blog ni.
Dah pukol 5.30 petang dah uols.
PY masih lagi tercongok kat sekolah.
Baru abes berjemor. Hari sukan.

Makeup cair+ lepas berjemur+bekas jerawat+lapar+penat

Dah lama mendiamkan diri sebab busy.
Mungkin ada yang bosan dengan alasan tu.
Tapi masalahnya tu la alasan yang paling tepat dan x menipu.
PY bergelut dengan lambakan produk yang menjerit2 mintak nak kene review.

Slow2 la PY akan upload satu satu.
Yang sampai dah habis pakai tapi x sempat nak review pon ada uols.

Banyak yang perlu diperbetul sebelum boleh berhenti sebagai guru ni.
Doakan yang baik2 untuk PY ye!
Muah ciked. Tata.

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Sunday, February 12, 2017

Jalan-jalan Cari Makan : Leva Leur Cafe #jommakanlambak

Salam uols.
Blog yang update sebulan sekali ni hidup lagi rupenye.
Last update awal bulan satu! Ko rase?? Tak ke bersawang dan bersarang blog aku ni??
Ok la2.....Ni nak cerita sket. Tetiba rajin kemain menaip harini.

Ni nak cerita sket pasal kegagalan PY dengan Cik Susu berdiet.
Khamis lepas (9/2/2017) kan cuti Thaipusam kan.
Memasing cuti dan takde buat pape kat rumah.
Dari pagi cuma makan roti bodoh dan maggi sedap bodoh2
(Bodoh ni maksudnya yg paling simple la uols. Tak baik membodohkan makanan ok!)

Kengkonon nak lunch kat luar.
Tapi memang x tau nak mencekik kat mana.
Kitorang ni agak lama la jugak x makan kat luar sama2.
Pegi sekolah, balik sekolah.
Sedor sedor dah malam!
Aku tanya ko. Ko tanya aku.
Penyudahnya tak lunch la kitorang sampai ke petang sebab x tau nak makan kat mana.
Bosan jugak asek makan nasik goreng kat kedai area Pasir Gudang ni kan.

Dah petang baru la terfikir nak Google.
Almaklumlah sel otak lambat berhubung sebab lapo.
Google punye Google. Tiba2 muncul la senarai tempat makan menarik kat area Pasir Gudang dan JB. Tak semuanya menarik. Tipu jek.
Sebab ada yg kitorang penah cuba kannn.

Sampai la ternampak nama Leva Leur Cafe ni.
SHELL OUT.
Telan air liur. Kena cuba ni.
Dengan perut lapor tahap gaban kitorang siap2 nak serang.

Salah satu sebab kitorang nak pegi ialah lokasi memang dekat dan x jem.
Kat JB memang melambak tempat makan best.
Masa tu dah pukol 6 ptg. Ko dapat bayangkan tak jem dia macam mana?
Dengan parut lapo nak mati lagi. Adoiiiiiiiii
Ko google jek takpon waze. Konfem keluar.

110, Jln Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, 81750 Masai, Johor, Malaysia

Seperti yang dijangka la.
Ni cafe hipster dik. 
Cafe ada aircond.
Meja dan kerusi semua dari blok kayu.
Dinding penuh conteng2.
So tak terkejut. Biasa jek.



Sampai ke kaunter bayar aku snap. Dah mcm pencurik pulak.

Sampai jek terus ada waiter datang amek order.
Cepat jek sebab masa tu x ramai orang lagi.

Cara order senang jek!
1. Pilih la korang nak makan ape. Sotong? Udang? Ketam? Kepah?
Semua ada. Harga ikut berat ye.

2. Nak masak ape? macam2 jenis ada.
Yang PY perasan ada masak sambal, black pepper, cheese lambak, lemak cili padi kering dan ada lagi la beberapa. Tak ingat. lupa nak amek gambar menu.

3. Pilih nak sayur ape? Yang paling senang mix vege jek.
Semua ada. Jagung, brocolli, carrot dan mcm2 lagi la.
Kalau x makan sayur xyah la order.

4. Nak nasik berapa?
Biasa order sorang satu jek dah cukup.
Kalau korang ni biasa makan nasik seperiuk, order la lebih.

5. Nak air ape?
Yang ni order jela korang nak minum ape.
Macam biasa. Ada yang panas dan sejuk.
Nak air masak jepon bolehhhh

Tunggu sambil amek gambarrrrrrrrrr





Ni ape yang kitorang order.
Mula2 biasa la air yang akan sampai dulu.

PY order guava juice, Cik Susu mango juice.

Juice dia sedap dan lain sket.
Ingat juice biasa2 dan lagi dahsyat kengkadang sesetengah cafe siap tambah air nak biar jus tu nampak banyak kann.
Juice kat sini diorang bancuh dengan susu!!
Sedappppppppp
So kene kacau2/godak2 dulu sebelum minum.
Harga??? Lebih kurang RM7/8 la rasanye. Pakai order jek.

Sementara nak tunggu makanan, kitorang amek gambo la.
Ape lagi boleh buat kannnnnnn

 Mula2 Cik Susu minom air sendiri.

Lepas tu rasa air PY pulak.
"Nak rasaaaaaaaaaaaaa!"
Kalau ada 10 jenis air, semua Cik Susu nak rasa!

Sambil2 tu kitorang tengok2 dinding yang penuh dengan tulisan customer yang penah datang sini. Boleh jek nak tulis. Mintak jek pen kat kaunter.
Kengkonon nak tinggal jejak dan memori la. Kitorang malas aihhh
Disebabkan kat sekolah dah banyak sangat menulis, memang malas nak menulis waktu cuti2 macam ni uolsssssssssss




Akhirnya yang ditunggu dah sampai!!
Tak lama pon. Dalam 10 minit macam tu.
Sebab kitorang datang awal.
Lepas je makanan kitorang sampai, menderu2 orang datang!
Nasib baik. Kalau tak konfem mendidih perut kitorang!


Hamboi Cik Susu. Tak siap amek gambo dah gaul nasik. Hihihi 

Kitorang 2 orang jek. Tapi order sampai 4 lauk.
Sampaikan org meja sebelah pon tertengok2 meja kitorang.
Mungkin diorang terkejot tgk 2 orang tapi lauk sampai 4 jenis.
Dari pagi tak makan kotttt...memang la makan banyak!

Ni lauk yang kitorang order:

 Ketam masak cili padi (kering)
Jaga2 uols. Pedas ni weh, Cik Susu kata lauk ni yang paling sedap.
Berair mata berair hidung kalau makan ni.

 Mix vege
Ok jek. Sedap mcm biasa

 Sotong masak sambal
Masa mula2 rasa agak masin sikit.
Tapi lepas makan dengan nasik kurang la masinnya.
Ok dan tak terlalu pedas. Potongan sotong yang nipis2 tu pon something yang bijak.
Senang sket nak makan. Hehehe

Udang cheese lambakkkk
Udang overcooked. PY makan jek.
Cik Susu tak berapa makan sangat. 
Udang ni di masak dengan cheese.
Sedappppp
Bagi PY yang ni PY paling suka!

Kitorang memang makan sepenoh hati la.
HABIS LICIN.
Memang berbaloi datang sebab memang betol2 lapo!!

Tak sempat nak buat peace dah amek gambo T_T

Tengok muka pon tau muka puas dan bangga dengan diet yang gagal buat kali yang ke seribu.

Tinggal ni jek. 


Secara keseluruhannya makanan ok, servis ok,
Yang boleh diperbaiki ialah mungkin owner boleh buat pintu pemisah antara dapur dengan ruang makan.
Almaklumlah, tempat ber'air cond' dan bertutup kan.
Masa mula2 masuk bau hanyir seafood smpai ke ruang makan.
Mula2 memang kuat baunya, tapi lepas dh lama sket baru la bau tu hilang.
Mungkin sebab lama2 kita dah sebati dengan bau tu agaknya.

Bintang : PY bagi 3/5 bintang uols.
Datang lagi atau tak? :Mungkin akan datang lagi.
Sedap atau tak : Ok dan x mengecewakan. Tambahan pulak kitoranng memang tengah lapo.
Tapi air sedapppp.

Nanti PY try lagi tempat makan yang lain sekitar Pasir Gudang, JB dan Muar atau mana2 la PY sempat singgah.

PY : Sape penah try makan seafood kat Medan Selera Tepian Tebrau? Sedapppp

Till then!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe