Tuesday, June 5, 2012

KPOP Eye Makeup!

Assalamualaikum semua!!


Pernah tak korang terfikir macam mana mata bintang KPOP menjadi besar, galak dan seksi?
Sedangkan kebanyakan orang Korea mempunyai mata yang sepet (tak semua la)!

Apa yang diorang buat sampai mata diorang bertukar daripada mata yang sepet kepada mata yang seksi??

...sebenarnye soalan kat atas tu la yang PY banyak terima kat email...semuanye tanye macam mane nak mekap mate yang sepet supaya nampak besar n seksi macam bintang KPOP! Jadi untuk post kali ni PY nak berkongsi macam mane nak mekap mata korang ala2 bintang KPOP gitu....hehe

Untuk pengetahuan korang sumer, ade dua cara yang artis KPOP ni utk menyerlahkan mata diorang yang kebanyakannya memang sangat2 sepet (xde kelopak mate dan kadang2 nampak macam segaris jek mate dorang nih!)

PLASTIC SURGERY!

Kebanyakan artis KPOP menjalankan plastic surgery untuk membesarkan mata dorang! Benda ni dah bukan jadi rahsie dan pon sebab kebanyakan daripada diorang dah mengaku yang diorang ni memang menjalani pembedahan mata (pembedahan kelopak mata dan panjangkan garisan mata!! adoi saket!)
Diorang ni mengaku sebab tersebarnye gambar2 diorang mase skolah dulu sebelum buat pembedahan!
(Yang ni PY takleh nak buat tutorial...)

MAKEUP!
Selain daripada menjalani pembedahan plastic, artis KPOP juga trademark mekap mate yang menjadi kegilaan ramai orang! Mekap mate artis KPOP biasenye menggunakan eyeliner yang tebal, bulu mata palsu circle lenses (saiz besar!) dan eyeshadow putih sebagai highlighter! 

Nak tau macam mane???hehe...meh sini PY tunjokkan caranye...(ni cara PY la ek...)

Mari kite mulakan!!

LANGKAH 1:
Pastikan korang pakai contact lens yang berdiameter besar dan berwarna....(coklat/grey/green)...dan kening haruslah dicelak tebal, tak terlalu curvy dan tak terlalu gelap

LANGKAH 2:
Garis halus garisan atas mata macam kat bawah ni menggunakan liquid liner/gel liner...(PY lebih suka pakai liquid liner!)


LANGKAH 3:
Buat satu garisan menegak di sudut luar mata dan bersambung dengan garisan atas mata. Garisan haruslah tegak dan jangan buat garisan melentik ye!



LANGKAH 4:

Tebalkan garisan disudut luar mata...pastikan korang buat garisan tegak daripada hujung garisan luar mata ke kawasan tengah bebola mata, garisan akan nampak tegak dan tebal pada kawasan sudut luar mata serta semakin nipis apabila menghampiri kawasan sudut dalam mata.


LANGKAH 5:

Buat garisan tegak dari hujung garisan sudut luar mata ke kawasan tengah garisan bawah mata seperti gambar  kat bawah ni

Langkah 6:
Penuhkan kawasan dalam garisan dengan eyeliner hitam....kalau susah gunakan liquid liner, korang boleh gunakan gel liner/powder liner terlebih dahulu, selepas garisan dh siap barulah lukis semula dengan liquid liner...
LANGKAH 7
Gunakan eyeshadow berwarna puter yang bersifat shimmer/ berkilau untuk highlight kawasan sudut dalam mata. Selepas tu, pakai bulu mata palsu untuk melengkapkan solekan mata...jangan lupa pakai maskara hitam pada bulu mata bawah dan atas...


SIAP!!

 PY camwhoring dengan mekap mata ala2 KPOP gitu u olls......





Selamat mencuba!!


Till then!!

Singgah Youtube channel PY!

Singgah blogshop PY!

Sape belom join churpchurp boleh klik link kat bawah:


P/S : Mintak maafla sebab lama tak update blog n video mekap....PY busy sket uruskan blogshop PY!!

5 comments:

  1. comel.chinese look pn ada..hehe

    ReplyDelete
  2. comel dan menjadi plak tu..kene try ni..haha

    ReplyDelete
  3. thanks are_lin@yu n MAY!
    Try la sendiri kat umah ek!!

    ReplyDelete
  4. tengok gambar trus rasa macam dah tak kenal PY. betol2 macam orang korea. nampak nya itu adalah ilusi optik semata2. make up mata korea yang menjadi. dulu pernah hari2 g kelas pakai eyeliner macam ni. dah lama, malas la pulak. haha~ nampak sangat dah bosan. eyeliner coklat juga yang d cari. nak mata nampak natural je konon nye. hahahahahahaha~ SY suke tuto make up PY.

    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!