Thursday, July 9, 2015

Cara Menanggalkan Mekap dengan Mudah~ Hermosa Make-Up Removing Water

Assalamualaikum!

Selamat menjalani ibadah puasa semua!
Entri kali ni PY nak berkongsi dengan uols pasal cara nak tanggalkan mekap.

MEKAP.

Sape yang tak suka mekap kan? Konfem ramai orang angkat tangan.
NAK TANGGAL MEKAP???
Yang ni ramai yang liat siket. Sampai ade yang tido dengan mekap setengah inci kat muka~
Sebenarnye ramai yang x amek kesah pasal rutin tanggalkan mekap ni.
Asal cuci dah oklaaa. Padahal maskara waterproof masih bertepek kat bulu mata!
Uish....jgn macam tu! Mekap yang x dibersihkan dengan betul akan menyebabkan kulit berjerawat dan mempercepatkan penuaan kulit~

So kat sini PY nak share pasal satu produk yang jadik feveret PY~
Produk yang boleh membantu untuk tanggalkan mekap dengan efektif sambil melembapkan kulit~

HERMOSA MAKE-UP REMOVING WATER

Hermosa Make-Up Removing Water!

KENAPA PY SUKA HERMOSA MAKE-UP REMOVING WATER??

1) PACKAGING MENARIK DAN BERWARNA PINK! 

Mesti ade yang cakap packaging tu benda remeh jek!
Pleaseeeeee laaaaa. Benda yang cantik memang mempengaruhi mood PY ok.
Tipu la kalau korang tak suka benda yang cantik. First time tengok jek PY dah jatuh cinta!
*Mood meronta2 excited nak cuba HERMOSA Make-Up Removing Water*
Dan lagi satu...bagi korang yang kelam kabut macam PY yang main campak2 barang dalam beg mekap pastu produk tumpah merata.
Jangan risau sebab botol ni ade penutup kecik kat dalam utk elakkan produk tertumpah!
Sangat praktikal untuk bawak semasa travel~

produk tak mudah tumpah sebab ada penutup kecik kat dalam~

2) TANGGALKAN MEKAP DENGAN EFEKTIF TERMASUKLAH MASKARA KALIS AIR~



Masa dapat produk ni PY ingatkan makeup remover ni biase2 aje.
Sebab ada perkataan 'WATER' kat situ. Kebanyakan makeup remover yang water-based/berasaskan air ni biasanya kurang berkesan terutamanya nak tanggalkan maskara waterproof/kalis air. Kene tonyoh gile2 baru nak tanggal. Tu pon masih ada sisa lagi!
Sangkaan PY jauh meleset. Dengan sekali sapu aje mekap mata PY termasuklah maskara waterproof tadi tanggal hampir sepenuhnya! Tak payah nak tonyoh 2-3 kali sampai pedih mata.
Sangat senang nak tanggalkan mekap dan menjimatkan masa~ Yay!





3) SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT TERUTAMANYA KULIT SENSITIF~

Mempunyai kulit sensitif ni memang agak susah sket terutamanya dari segi pemilihan produk.
Soalan pasal produk kulit sensitif ni memang menimbun-nimbun PY terima kat fanpage. Lepas ni kalau ada yang tanye konfem PY akan suggest produk ni~
Korang x perlu risau untuk cuba HERMOSA Make-Up Removing Water tau!
Produk ni menggunakan sumber semulajadi contohnya ekstrak chamomile dan ekstrak aloe vera yang sangat bagus untuk kulit yang sensitif. Formula berasaskan air....jadik memang xkan timbul masalah kulit berminyak dan melekit~ Rasa segar dan lembap2 jek kulit.
Semua jenis kulit sesuai gunakan produk ni~

4) BANYAK FUNGSI DALAM SATU PRODUK~

Produk yang banyak fungsi ni memang la PY suka.
Almaklumla...jadik wanita bekerjaya ni masa memang agak terhad untuk belek setiap inci muka.
HERMOSA Make-up Removing Water ni dapat menjimatkan masa dan kos!
Selain tanggalkan mekap, HERMOSA Make-Up Removing Water jugak berfungsi:
1) Merawat masalah kulit kering, kulit berminyak dan kulit sensitif
2) Merawat masalah jeragat
3) Melembapkan kulit
4)Menyekatakan tona kulit
5) mengecilkan liang pori
Memang berbaloi sangat untuk di cuba ok! Sekali sapu semua benefit kulit korang akan dapat!

CARA MENGGUNAKAN HERMOSA MAKE-UP REMOVING WATER
Nak tanggalkan mekap sangat la mudah!
Korang cuma perlukan HERMOSA Make-Up Removing Water dan kapas muka~
1)Tuangkan produk pada kapas muka.
2) Bersihkan mekap pada wajah.
3) Bilas wajah dengan air
Siappp


Kalau korang berminat nak dapatkan HERMOSA Make-Up Removing water boleh dapatkan di
www.hermosabybelinda.com

Selain mekap remover, terdapat banyak pilihan produk penjagaan kulit berasaskan tumbuh-tumbuhan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif daripada HERMOSA By Belinda


Review dalam bentuk video pon ade. Jempot tengok~


PY harap perkongsian kali ni dapat membantu korang untuk memilih produk yang sesuai untuk menanggalkan mekap!

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!