Wednesday, April 13, 2016

KOREAN SPICY RAMEN CHALLENGE! MAK AIHHHH PEDAS GILE!

Salam uols.
Akhirnya PY memberanikan diri untuk sahut cabaran ni.
So petang ahad aritu, lepas abes sekolah PY mencarik la mi yang orang kate pedah  hengat tu.
Merata jugak mencarik. Kat Tesco takde, kat Jusco xde. Last2 jumpe kat Giant.

Spicy ramen memang ada macam2 brand, macam2 perisa.
PY mencari sambil google untuk beli sebab kalu boleh nak yang paling pedas.

Rata2 yang buat challenge ni guna SAMYANG HOT CHICKEN FLAVOR RAMEN
Sebungkos harga RM21 lebih. Ada 5 peket dalam satu bungkusan.


Mi ni jenis goreng dan xde kuah. So mula2 korang kene celur mi ni dulu.
Lepas tu baru gaul dengan perencah yang disediakan.

Nah. Hambek kau. Nasib x baik aritu. Lupe nak pakai maskara waterproof.

Jangan tertipu ok. Suap yang mula2 memang xrase pape.
Jangan berlagak sangat. Abes jek korang kunyah dan telan mi tu, penderitaan korang baru je bermula.
Tibe2 rasa pedas, pijar dan panas akan serang mulut korang.
Rasa pedas tu pulak lambat nak hilang. Lagi satu yang PY perasan, perencah dia guna warna merah terang. So, bila korang makan mi tu, mulot korang akan nampak merah.
Kat situ akan tambahkan lagi keyakinan yang mulot jadi merah sebab pedas, padahal warna je lebih.
Tapi x dinafikan memang pedas, cuma warna perencah tu yang menampakkan yang mi tu pedas extra. Pandai kan diorang? Konfem mulot korang akan merah.

Sebungkos mi ni agak mahal sket berbanding maggi yang ada kat Malaysia.
Sebab mi nye lebih gemok, besar dan kenyal. Makan sebungkos je dah kenyang.
Nak habiskan sebungkos punye la seksa! Tapi PY berjaya jugak habiskan sebungkos, selepas minom sekotak besar susu dan beberapa gelas air masak. Seksa woooo


Sape penah try makan mi ni? Boleh share pengalaman seksa korang kat bawah ok!

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

3 comments:

  1. Yay! Saya pun dah try spicy noodle challenge ni hehe. Betul cakap PY, mula2 memang rasa mcm tak pedas, tapi lepas 5 minit makan tu.... ;A;

    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!