Sunday, February 12, 2017

Jalan-jalan Cari Makan : Leva Leur Cafe #jommakanlambak

Salam uols.
Blog yang update sebulan sekali ni hidup lagi rupenye.
Last update awal bulan satu! Ko rase?? Tak ke bersawang dan bersarang blog aku ni??
Ok la2.....Ni nak cerita sket. Tetiba rajin kemain menaip harini.

Ni nak cerita sket pasal kegagalan PY dengan Cik Susu berdiet.
Khamis lepas (9/2/2017) kan cuti Thaipusam kan.
Memasing cuti dan takde buat pape kat rumah.
Dari pagi cuma makan roti bodoh dan maggi sedap bodoh2
(Bodoh ni maksudnya yg paling simple la uols. Tak baik membodohkan makanan ok!)

Kengkonon nak lunch kat luar.
Tapi memang x tau nak mencekik kat mana.
Kitorang ni agak lama la jugak x makan kat luar sama2.
Pegi sekolah, balik sekolah.
Sedor sedor dah malam!
Aku tanya ko. Ko tanya aku.
Penyudahnya tak lunch la kitorang sampai ke petang sebab x tau nak makan kat mana.
Bosan jugak asek makan nasik goreng kat kedai area Pasir Gudang ni kan.

Dah petang baru la terfikir nak Google.
Almaklumlah sel otak lambat berhubung sebab lapo.
Google punye Google. Tiba2 muncul la senarai tempat makan menarik kat area Pasir Gudang dan JB. Tak semuanya menarik. Tipu jek.
Sebab ada yg kitorang penah cuba kannn.

Sampai la ternampak nama Leva Leur Cafe ni.
SHELL OUT.
Telan air liur. Kena cuba ni.
Dengan perut lapor tahap gaban kitorang siap2 nak serang.

Salah satu sebab kitorang nak pegi ialah lokasi memang dekat dan x jem.
Kat JB memang melambak tempat makan best.
Masa tu dah pukol 6 ptg. Ko dapat bayangkan tak jem dia macam mana?
Dengan parut lapo nak mati lagi. Adoiiiiiiiii
Ko google jek takpon waze. Konfem keluar.

110, Jln Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, 81750 Masai, Johor, Malaysia

Seperti yang dijangka la.
Ni cafe hipster dik. 
Cafe ada aircond.
Meja dan kerusi semua dari blok kayu.
Dinding penuh conteng2.
So tak terkejut. Biasa jek.



Sampai ke kaunter bayar aku snap. Dah mcm pencurik pulak.

Sampai jek terus ada waiter datang amek order.
Cepat jek sebab masa tu x ramai orang lagi.

Cara order senang jek!
1. Pilih la korang nak makan ape. Sotong? Udang? Ketam? Kepah?
Semua ada. Harga ikut berat ye.

2. Nak masak ape? macam2 jenis ada.
Yang PY perasan ada masak sambal, black pepper, cheese lambak, lemak cili padi kering dan ada lagi la beberapa. Tak ingat. lupa nak amek gambar menu.

3. Pilih nak sayur ape? Yang paling senang mix vege jek.
Semua ada. Jagung, brocolli, carrot dan mcm2 lagi la.
Kalau x makan sayur xyah la order.

4. Nak nasik berapa?
Biasa order sorang satu jek dah cukup.
Kalau korang ni biasa makan nasik seperiuk, order la lebih.

5. Nak air ape?
Yang ni order jela korang nak minum ape.
Macam biasa. Ada yang panas dan sejuk.
Nak air masak jepon bolehhhh

Tunggu sambil amek gambarrrrrrrrrr





Ni ape yang kitorang order.
Mula2 biasa la air yang akan sampai dulu.

PY order guava juice, Cik Susu mango juice.

Juice dia sedap dan lain sket.
Ingat juice biasa2 dan lagi dahsyat kengkadang sesetengah cafe siap tambah air nak biar jus tu nampak banyak kann.
Juice kat sini diorang bancuh dengan susu!!
Sedappppppppp
So kene kacau2/godak2 dulu sebelum minum.
Harga??? Lebih kurang RM7/8 la rasanye. Pakai order jek.

Sementara nak tunggu makanan, kitorang amek gambo la.
Ape lagi boleh buat kannnnnnn

 Mula2 Cik Susu minom air sendiri.

Lepas tu rasa air PY pulak.
"Nak rasaaaaaaaaaaaaa!"
Kalau ada 10 jenis air, semua Cik Susu nak rasa!

Sambil2 tu kitorang tengok2 dinding yang penuh dengan tulisan customer yang penah datang sini. Boleh jek nak tulis. Mintak jek pen kat kaunter.
Kengkonon nak tinggal jejak dan memori la. Kitorang malas aihhh
Disebabkan kat sekolah dah banyak sangat menulis, memang malas nak menulis waktu cuti2 macam ni uolsssssssssss




Akhirnya yang ditunggu dah sampai!!
Tak lama pon. Dalam 10 minit macam tu.
Sebab kitorang datang awal.
Lepas je makanan kitorang sampai, menderu2 orang datang!
Nasib baik. Kalau tak konfem mendidih perut kitorang!


Hamboi Cik Susu. Tak siap amek gambo dah gaul nasik. Hihihi 

Kitorang 2 orang jek. Tapi order sampai 4 lauk.
Sampaikan org meja sebelah pon tertengok2 meja kitorang.
Mungkin diorang terkejot tgk 2 orang tapi lauk sampai 4 jenis.
Dari pagi tak makan kotttt...memang la makan banyak!

Ni lauk yang kitorang order:

 Ketam masak cili padi (kering)
Jaga2 uols. Pedas ni weh, Cik Susu kata lauk ni yang paling sedap.
Berair mata berair hidung kalau makan ni.

 Mix vege
Ok jek. Sedap mcm biasa

 Sotong masak sambal
Masa mula2 rasa agak masin sikit.
Tapi lepas makan dengan nasik kurang la masinnya.
Ok dan tak terlalu pedas. Potongan sotong yang nipis2 tu pon something yang bijak.
Senang sket nak makan. Hehehe

Udang cheese lambakkkk
Udang overcooked. PY makan jek.
Cik Susu tak berapa makan sangat. 
Udang ni di masak dengan cheese.
Sedappppp
Bagi PY yang ni PY paling suka!

Kitorang memang makan sepenoh hati la.
HABIS LICIN.
Memang berbaloi datang sebab memang betol2 lapo!!

Tak sempat nak buat peace dah amek gambo T_T

Tengok muka pon tau muka puas dan bangga dengan diet yang gagal buat kali yang ke seribu.

Tinggal ni jek. 


Secara keseluruhannya makanan ok, servis ok,
Yang boleh diperbaiki ialah mungkin owner boleh buat pintu pemisah antara dapur dengan ruang makan.
Almaklumlah, tempat ber'air cond' dan bertutup kan.
Masa mula2 masuk bau hanyir seafood smpai ke ruang makan.
Mula2 memang kuat baunya, tapi lepas dh lama sket baru la bau tu hilang.
Mungkin sebab lama2 kita dah sebati dengan bau tu agaknya.

Bintang : PY bagi 3/5 bintang uols.
Datang lagi atau tak? :Mungkin akan datang lagi.
Sedap atau tak : Ok dan x mengecewakan. Tambahan pulak kitoranng memang tengah lapo.
Tapi air sedapppp.

Nanti PY try lagi tempat makan yang lain sekitar Pasir Gudang, JB dan Muar atau mana2 la PY sempat singgah.

PY : Sape penah try makan seafood kat Medan Selera Tepian Tebrau? Sedapppp

Till then!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

1 comment:

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!