Wednesday, June 21, 2017

Baju raya PY untuk 2017~

Salam uols!
Tahun ni tahun paling mencabar untuk beli baju raya.
Sebab design baju raya semakin pelik dan kalau design yang biasa2 tu biasanya trend tahun-tahun lepas.
Ala macam baju kurung manik Vietnam, baju berbatu bata semua tu.
So, memang x berkenan la.
Tahun ni PY perhatikan, lambakan butik2 dan jgk butik vendor semuanya design lebih kurang sama jek!
Warna, kain, cutting dan design.
Paling ketara tahun ni kebanyakan butik keluarkan baju raya design peplum.
PEPLUM.
PY memang suka gila nak mati design peplum!
Last2 3 pasang baju raya PY design peplum.

Selepas  hari menjelajah BBU smpai ke angsana,
selepas fitting berpuluh-puluh helai baju,
3 helai ni PY pilih untuk jadi baju raya pertama sampai la ke tiga.
Raya ke empat dan seterusnya ada blouse, skirt dan mcm2 lagi la uolss.


Ni daripada butik Jannah Noe' 
Harga RM369 kalau x silap.
Tak jadi beli. Peplum trlalu singkat.
Muat2 badan sangat. Gemok sket memang abes x leh pakai.
Lagipon singkat2 ni kalau pergi sekolah terjojol pulak mata semua orang.
Kat sekolah very the sensitive u know.
Padahal rasa cm biasa jek. Tak pe la kita follow je laaa

Yang ni baju raya pertama PY
Tahun ni raya kat rumah tema kaler pink uols.
Asalnya baju lain. Tetiba memasing nak kaler pink la pulekssssssss
So saya yang menurut perintah ok.
Peplum ni daripada Keisha Inara chuolss
RM299
Yang ni size XL uols. Longgar sket.

Yang ni test sebab ni size L.
Tak beli yang kaler kuning. Beli yang kaler pink size L.

Raya kedua bersongket la pulekss
Asalnya ni baju raya pertama.
Tetiba memasing tukar kaler tema nak kaler pink.
Takpe uols, Raya sebulan.
So yang kaler putih ni kita pakai raya kedua nanti!
Peplum ni daripada butik Quenella.
RM299 jugak uolss


Raya ketiga pon masih peplum lagi uols.
Tak tau la kenapa tahun ni asek pakai peplum.
Mungkin hari2 biasa dah pakai kurung moden n segala mcm baju kot.
Almaklum la....PY ni kan cikgu!
Tiap2 hari pakai baju raya.
Songket kaler hijau ni pun daripada butik Quenella jugak.
RM299. Semua baju raya harga sama~


Shawl plak PY biasa beli Naelofar atau Radiusite.
Shawl biasa jek. Tak pakai sgt yang pelik2 ni.
Baju raya seterusnya campor2. Ada blouse, tshirt, jeans n so on.
Tengok kesesuaian.
Mekap raya? Hehehe... nak cerita takut tak abes entry ni uols. Buat masa ni, ni jela persediaan PY menghadapi hari raya.
Yang lain belom selesai.

Persediaan korang untuk hari raya pulak mcm mana? 

Till then darlsss
Good luck ladies!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!