Friday, June 1, 2018

Beauty Product : Produk Penjagaan Kulit Kering di bulan Ramadhan~

Salam uols~
Bulan Ramadhan. Cuaca panas.
Kulit memang mengelupas.
MENGELUPAS. KERING. GATAL2.
Ya Allah, seksa sangat!

Bukan kat sini PY nak salahkan bulan Ramadhan ye.
Jangan silap anggap pulak.
Cuma nak bagi tau keadaan sebenar dan share ape yang PY buat dengan kulit kering waktu berpuasa,

Kurang minum air memang x nafikan sebab utama kulit PY macam ni.
Dah memang jenis kulit kering kan.
Tapi tu bukan alasan untuk PY x berpuasa!
No no no.
(PY x mo join geng Faiz Roslan ye!)

Kat sini ada 2 langkah yg PY amalkan.
Alhamdulillah memang berkesan.
Kulit rasa lebih lembap dan x berminyak.

1. EXFOLIATE DENGAN ENCIK SOTONG.


Rasanya baru jek beberapa hari lepas PY update pasal encik sotong ni.
PY gunakan hampir setiap hari.
Alhamdulillah kulit jadi lebih halus dan kulit mengelupas memang berkurangan.
Encik sotong ni berus halus dari getah.
Kulit mati akan dibuang tapi kulit tak tercedera.
Tak rasa panas atau pedih,
(walaupun guna selalu.)

2, GUNA PENCUCI MUKA HADA LABO 


PY pernah jugak buat review pasal produk ni,
Produk Hada Labo memang x mengeringkan.
Semua rangkaian produk Hada Labo memang best!
Kulit rasa bersih dan rasa tak terlalu kering.

3) BIO ESSENCE 24K BIO-GOLD ROSE GOLD WATER


Produk ni beli secara tak sengaja.
Merayap ke Guardian lepas tu terjebak.
Kesan memang best gila!
Kakak PY saje pakai yang PY punya.
Terus terbeli ko!
Kalau pakai Rose Gold Water ni ngalahkan pakai SKII Miracle Water
Muka lembap tapi x berminyak
Muka x rasa heavy langsung.
Memang membantu sangat PY yang kulit kering mengelupas waktu bulan puasa ni.
Memang kebaboom.

Ni jek 3 produk yang PY guna setiap hari setiap masa sepanjang bulan Ramadhan.
Alhamdulillah memang berkesan.

Apa produk yang korang guna untuk kulit kering sepanjang bulan Ramadhan?
Boleh share kat komen ye.
Selamat berpuasa!


Good luck ladies!

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!