Thursday, October 13, 2011

Makeup tutorial : Sexy Silver Eyes (Inspirasi Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang)

Tutorial makeup ni diinspirasikan daripada solekan mata Alyah dalam video klip Tak Mungkin Kerana Sayang. Solekan mata Alyah dalam vc tu memang sexy dan sesuai untuk korang yang inginkan solekan yang ringkas tetapi glamor. Solekan ni sesuai untuk ke dinner, prom dan undangan majlis perkahwinan. Solekan ni saya pilih untuk buat tutorial kerana ianya sangat simple dan sesuai untuk korang yang baru belajar makeup. Selamat mencuba! Komen amatlah dialu-alukan!!!

Produk:
Maybelline Angelfit Foundation (Apricot Sand)
Maybelline Angelfit Concealer (Natural Beige)
Pixy UV Whitening Two Way Cake (Natural Beige)
Simplysiti Eyebrow pencil (Dark brown)
Elianto Safari Shadow (Pearl grey 08)
ZA Dramatic Eye Color (Silver)
Maybelline Hyper Sharp Liner (Black)
Maybelline Long Extreme Stilleto (Black)
IN2IT Waterproof Blush Set (MB 03 Affinity)
Maybelline Watershine Pure (B24)
False Lashes
Elianto Extreme Adhesive Eyelash Glue and Gel

Step:
1)Sapukan foundation diseluruh muka leher menggunakan jari/berus/sponge dengan sekata.
2)Sapukan concealer pada dark circles, tepi hidung, tepi mulut dan kawasan berparut/cela dimuka.
3)Sapukan bedak pada kawasan muka supaya foundation/makeup tak mudah cair (terutamanya kalau hari panas...)

4)Celak/rapikan bentuk kening menggunakan pensil kening berwarna coklat/coklat gelap. Elakkan warna hitam kerana ia akan membuatkan muka korang lebih tua dr usia n nampak lebih garang+ganas...

5) Sapukan eyeshadow silver diseluruh kawasan mata (warna base)- kelopak mata+tulang kening+sudut dalam mata secara tipis.

6) Highlight pada kawasan kelopak @bebola mata menggunakan eyeshadow silver (sapu selapis eyeshadow lagi....)

7) Kontur sudut luar mata menggunakan grey eyeshadow. Kontur mata haruslah berbentuk seperti bulan sabit.

8) Gariskan mata menggunakan liquid eyeliner berwarna hitam pada garisan atas mata dan eyeliner pencil pada garisan bawah mata.

9) Pakai bulu mata palsu/gunakan maskara hitam.




10)Sapukan pemerah pipi/blusher disepanjang tulang pipi.
11) Pakai lipstick berwarna pale pink dan lipgloss.
12) Solekan korang dah siap!!!


Senang je kan??? Untuk memudahkan korang faham, boleh tengok video kat bawah ni:


 Selamat mencuba!!

P/s: Followers, comment dan segala pertanyaan sangat dialu-alukan!!!

4 comments:

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!