Sunday, October 16, 2011

Makeup tutorial : Solekan 60an Inspirasi Seniwati Saloma

Assalamualaikum semua!!!
Solekan 60an/vintage semakin menjadi trend pada masa skarang ni. Gabungan winged eyeliner dan lipstick merah menyala memang nampak sexy n hot!! PY memang suke gile tengok Saloma punye lagu/suara dan makeup die. Walaupun gambar hitam putih, tapi solekan die menyerlah, ditambah pulak aksesori gold/pearl/vintage/berkilau. Memang cantik sangat! Oleh sebab tu, PY nak buat tutorial tentang makeup 60an/vintage/zaman dolu2.
Solekan ni memang senang dan cantik! Solekan ni boleh dipakai untuk dinner yang bertemakan retro and kalo ade brani boleh je pakai gi jenjalan!

Produk:
Maybelline Angelfit Foundation in Apricot Sand
Maybelline Angelfit Concealer in Natural Beige
Pixy UV Whitening Two Way Cake
Simplysiti Eyebrow Pencil in Dark Brown
Avon True Color Eyeshadow Quad in Sandy Corals Quad
Maybelline Hyper Sharp Eyeliner in Black
IN2IT Eyebrow Shadow in Dark Brown
False eyelashes
Eianto Extreme Adhesive Eyelash Glue and Gel
Maybelline Long Extreme Stilleto in black
Elianto Fresia Blush in Green Natural
Uptown Vision Lipstick in Flamenco

Step:
1) Pakai foundation, concealer dan powder.



2) Rapikan bentuk kening dengan eyebrow pencil gelap sedikit kerana salah satu ciri solekan 60an ialah kening yang agak gelap dan tebal.


3) Sapukan eyeshadow diseluruh bebola mata. Pilihan warna eyeshadow haruslah tepat. Gunakan warna pastel/earth tone. Elakkan guna warna yang funky ataupun terlalu meriah kerana solekan mata harus tertumpu pada eyeliner hitam dan bibir yang merah delima, bukannya eyeshadow yang terlalu meriah ye...heeeee

saya gunakan warna sandy copper!

4) Eyeliner hitam dan bersayap. Bahagian ni agak penting dan merupakan 'trademark' bagi solekan 60an. Gunakan liquid/gel/pencil eyeliner yang berwarna hitam mengikut keselesaan anda. Saya lebih suka gunakan liquid eyeliner kerana garisan yang dihasilkan lebih kemas, tajam dan menyerlah. Bagi yang ada masalah sindrom 'tangan gigil' bila gunakan liquid eyeliner, bolehlah gunakan gel/pencil eyeliner. Kalau degil nak guna liquid eyeliner, boleh la praktis mulai sekarang!! Practice makes perfect!!
Lukiskan satu garisan panjang. pastikan hujung eyeliner melentik ke atas (cat eyes line)

Lukiskan satu line bermuladaripada bahagian tengah mata dan bersambung dengan hujung line pertama tadi. Ni adalah rangka/outline bagi eyeliner bersayap.


 Penuhkan outline/rangka tadi dengan eyeliner. Gariskan garisan bawah mata dengan eyeliner pencil hitam.

5) Pakai bulu mata palsu dan mascara. Sebelum pakai mascara, jangan lupa gunakan eyelash curler. Mascara akan menyatukan bulu mata palsu dengan bulu mata yang ori supaya takde la nampak palsu sangat bulu mata korang tu....(padahal semua orang tau bulu mata tu palsu!!hehe)

bulu mata I ni ori ok!!! hehehe

6) Pakai blusher yang berwarna coklat. Tak sesuai kalau blusher warna pink.

7) Pakai lipstik paling merah yang korang ade! Tak kesahla orang nak cakap mulut korang macam kucing makan anak pun!! Diorang jeles tu!!!
Uptown Vision Lipstick in Flamenco

7) Pakaila aksesori yang sesuai, contohnya gold earring/pearl earring. Nak sanggulkan rambut n pakai kebaya pendek pon ok ape!!! Tapi tangok kesesuaian tempatla kannn.... Siap!

PY tengah feeling dolu2...
cett..camera salah set tarikh la plak...
saya dan adik saya...

Jom tengok tutorial kat bawah ni...saya dan adik saya, Aishah bersama2 makeup ala2 60an!




Diharap korang akan cuba makeup ni!! Selamat mencuba! Komen dan jadik followers sgt2 la  dialu-alukan dan dihargai... 

PY: Hari ni lebih kurang 15 kali PY nyanyi lagu Saloma 'Apa Guna Berjanji'. Mungkin mood mekap 60an ni meresap ke sanubari kot....feeling zaman dolu2....

13 comments:

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!