Friday, May 22, 2015

Top 10 Hadiah yang Cikgu Dapat Semasa Hari Guru!

Assalamualaikum~
Memandangkan baru beberapa hari jek Hari Guru dah lepas, jadik PY nak listkan antara 10 hadiah paling glemer yang cikgu terima semasa hari guru!
Ni semua berdasarkan pengalaman PY sebagai cikgu selama hampir 5 thn dan kawan2 PY yang lain.
Bukan rekaan semata2.

1) KAD HARI GURU.
Yang ni memang rasenye semua org akan buat.
Cikgu pendidikan seni akan ambil kesempatan sempena hari guru dengan suroh budak2 kelas yang di ajar utk buat kad hari guru sebagai aktiviti PNP dalam kelas.
Tak pon akan diadakan pertandingan buat kad guru paling cantik.
Tak kire la handmade ke...beli ke....konfem cikgu akan dapat kad mcm2 rupa mase hari guru nanti.
At least sekeping pon mesti dapat punye.
Hihihi...betol x?


2) COKLAT/GULA2/JAJAN/MAKANAN.
Makanan pon antara hadiah yang agak glemer semasa hari guru.
Tak kire la coklat mahal ke, jajan ke, roti ke, cupcake ke....
Sebenarnye cikgu x kesah pon kalau budak2 ni bagi choki2 sekalipon.
PY yang paling x boleh lupa dapat hadiah bihun goreng mase hari guru.
Tak tulis nama sape. Cuma letak atas meja jek.
"Selamat Hari Guru Cikgu. Ni jek yang mampu sy bagi kat Cikgu"
Nak menitik jugak air mata  aku makan bihun tu.
Sampai skarang masih jadi misteri sape yg bagi bihun tu.



3) ALAT TULIS.
Dalam banyak2 hadiah, PY paling suka hadiah pen atau barang2 alat tulis.
Sebab memang setiap hari guna kan. Murah pon murah.
Bagi bebudak yang masih carik hdiah nak bagi cikgu boleh la bg pen.
Konfem cikgu suka dan pakai. Konfem!



4) MUG/CAWAN
PY cakap betol la...PY rase dalam hidup PY la kan...hadiah yang paling banyak PY dapat ialah mug.
Lagi2 mug kedai RM2. Penah satu tahun tu...tak silap 2 tahun lepas...PY dapat lebih kurang 30 mug. Penoh satu kete. Semua hangkot bawak balik kampong penohkan kabinet dapor rumah.
Sampai skarang masih banyak lagi yang PY dpt.
Tak kisahla hadiah brape ringgit, ingatan pelajar tu yang penting sebenarnye~


5) KERONGSANG.
Hadiah yang kecik tapi sangat cantik dan konfem cikgu pakai.
Sebabnya kebanyakan cikgu memang bertudung. Jadik kerongsang memangla cikgu perlu untuk pin selendang/tudung setiap hari!
Murah, cantik dan berbaloi. PY pon penah dapat hadiah kerongsang ni. Tapi x leh lawan jumlah mug yang PY penah dapat la. hehehe.


6) TUDUNG/SELENDANG
Bebudak zaman skarang dah ramai yang bagi tudong. Zaman PY dulu mungkin ade. Tapi jarang la.
Bukan main2 ok. AIDIJUMA. Peh. PY cuma dapat tudung bawal biase jek. Tu pon alhamdulillah.
Tudung pon okay jugak. Sebab cikgu memang pakai tudong setiap hari.
Sekarang pon memang dah banyak tudong yang murah dan dijual secara borong...kedai online melambak.
Macam dulu memang susah nak jumpe.



7) ANAK PATUNG
Yang ni pon ramai yang dapat. X kira la saiz besar atau kecik. Tapi x brape disarankan sgt. Sebab lepas tu tak tau nak buat ape dgn anak patung tu. Nak simpan pon...kebanyakan cikgu cikgi ni memang dh bnyak barang. Yang ada anak mungkin oleh bagi anak la.


8) KEYCHAIN/FRIDGE MAGNET
Hadiah ni pon boleh tahan banyak jugak diterima oleh cikgu terima. Peti sejuk PY agak penuh la.
Not bad. Sebab cikgu boleh guna untuk peti ais dan kunci bilik khas yang dipegang di sekolah.




9) PERKAKASAN RUMAH/TUPPERWARE
Kengkadang ada jugak ibu2 pelajar yang tolong pilihkan hadiah untuk cikgu. Hasilnye cikgu mungkin akan terima set pisau, mangkuk salad, tupperware, pinggan dan mcm2 lagi. Sangat suke.
Yang maknye jadik agen tupperware, insyaAllah kemungkinan cikgu untuk dapat tupperware adalah sangat tinggi. Seronok bukan???hehehe.


10) BUNGA.
Tak kire la bunga plastik atau bunga hidup atau bunga siap cucok dalam pasu.
PY memang penah dapat bunga hidop dan bunga plastik.
Yang plastik boleh simpan. Yang bunga hidup boleh keringkan.
Ok la jugak. Cuma PY rase cam rugi jek bagi bunga. Mungkin yang suke bunga ok kot.


Untuk hari guru tahun ni PY dapat la hadiah. Tp x bnyak mcm skolah dulu.
Papepon, wish je pon PY dah happy sangat~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe


No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!