Wednesday, June 3, 2015

Anugerah Seri Asrama Terbilang 2015~

Assalamualaikum Cik Gojes~
Sekarang ni memang tengah cuti. Tapi keje yang kene buat masa cuti pon banyak.
Tak rase mcm cuti pon.
Sebabnye keje yang sepatutnya disiapkan sebelum cuti aritu digantikan dengan persiapan untuk majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang.
Tahun ni daerah Pasir Gudang jadi tuan rumah dan kebanyakan majlis tertumpu kat sekolah PY.
PY dapat dua tugas. Kene handle persembahan zapin untuk majlis penutup dan 2 org pelajar untuk pertandingan nyanyian irama Malaysia.
Mula2 rase nk nangis. Sebab tugas agak banyak.
Nak latih budak zapin ade masalah sebab budak2 tgh exam.
Terpaksalah PY latih budak lepas prep. Pukol 10.30-12.00.
Memang gile. Ada kat skolah smpai pukol 12 malam.
Nasib baiklah budak2 ni okay jek. Sampai ade yang tertido kat bilik muzik. Kesian sgt
Kalau siket budakye xpe. Nak ramai. Biasa zapin cume 6 orang. Memandangkan nak nampak gah, nak penoh satu pentas, bilangan penari jadik 12 orang.




berzapin smpai pukol 12 uols....patah kaki.

Kengkadang sempat jugak la curik masa latih penyanyi laki ni.
Naseb baek la nyanyi lagu tahun lepas. Kalau tidak susah jugak.
Yang penyanyi pompuan latih sendirik. Form 5 kan. Nak SPM pulak.
Jadik malas nk kacau sgt. Lagipon budak2 ni memang dah pandai nyanyi. Kene betolkan siket2 la.
PY ni bukan la penyanyi profesional. Tapi ade la pengalaman menyanyi.
Selalu la muka ni merata kat Muar kat mase pertandingan ke...keje kawen ke...
Tu mase belajar. Dahh jadik cikgu ni memang x la kecuali join PSKPP wakil Johor.
Sampai la jugak naib johan peringkat kebangsaan.


Sampai berurat batang leher ko dik.....menyanyi punye pasal.

Makin lama hari makin dekat. 
Hari Khamis, 28/5, 2 hari sebelum majlis penutup PY dh pegi dewan untuk raptai.
Penyanyi pompuan pon hangkot sekali sebab blom abes praktis nyanyi
Nk amek spacing untuk budak2 ni. Kot2 la ade yang jatoh pentas kan. Almaklumla.
Pentas kecik, budak ramai.
Abes jek amek spacing....nak uruskan baju budak zapin dan budak nyanyi 2 orang ni ha.
Menjajau cari tanjak n samping utk yang laki sorang ni lagi.
Ajak penyanyi pompuan ni teman. Xde la sensorg.
Hari tu PY sampai umah pukol 6.00 ptg.
Malam tu sambong praktis lagi sebab malam esok dah pertandingan nyanyi kan.

 Amek spacing. Dewan x besar mane uolss

 Pegi bridal yang paling dekat. Senang nak sewa.



Pilih warna kuning sebab baju warna maroon kan. Baju x sewa. Pinjam baju kawan ko jela.

Habis carik barang singgah kedai mee rebus haji wahid. Makan jap. Lapo.

Bila PY tension atau bnyk keje. Mula la jadi sewel

Besoknye, hari Jumaat, 29/5, pagi2 lagi dah pegi sekolah sebab nk latih touch up sket zapin bebudak.
Pastu brkejar pegi dewan utk raptai. PY x makan sehari suntok uolss. Trlupe.


Pukol 3 ptg pulak brkejar pegi sekolah seni utk raptai pertandingan nyanyian lagu irama malaysia.
Pertandingan konsep mcm akademi fantasia ok.
Soundcheck dan raptai abes pukol 6.
Ko rase sempat ke nak siap pakaikan baju dan mekap bebudak ni?
Majlis start pukol 8!
PY serius mcm org gile hari tu.


 mcm AF sgt tau.


dua2 sengal sebab dr pagi brkejar mcm ambulanssss

ofkos ajak kawan PY cik farha.

Balik jek soundcheck...PY siap2 dan pegi skolah semula utk siapkan bebudak ni.
Yang pompuan, Dayang nk kene mekap....yang lain die pandaila pakai sendirik.
Yang laki, Zakirin nak kene pakaikan samping.
Honestly, PY memang failed pasal baju laki.
Iron, lipat baju laki pon trkial2. Pakai samping??
Ya ampun pelissss. Tapi sejak dh brkecimpung hantar budak zapin dan nyanyi ni dah ok sket la.
Bunga samping dah makin elok. Tak la longgar dan selebet mcm mula2 dulu.

Mase ni peserta perkenalkan diri masing2.

Berdebar jugak la. Harap2 la menang kan.
Zakirin nyanyi lagu tahun lepas aje, Seni Berzaman. To'ki tu la.
Dayang nyanyi lagu Ziana Zain, Kalau mencari Teman.
Saingan malam tu ok la. Ada jugak yang sedap2.
Baju memasing kebaboom uols tak tipu.
Alhamdulillah. Kemenangan berpihak pada budak 2 orang ni.
Dua2 jadi johan. Memang gile. Tahun lepas yang pompuan jek johan. Yang zakirin no 2.
Tahun ni dua2 pasir gudang sapu abes.
Suka teramat ok. X sia2 mengabeskan masa brlatih smpai pukol 12 malam!




Balik tu dah pukol 12 lebeh dah nak pukol satu.
Pegi makan sbb lapo. Belanja budak 2 org ni makan.
Yang Zakirin ni agak rapat sket dengan PY sebab dah tiga tahun kitorang cuba untuk menang pertandingan ni. Sejak dia ni tingkatan satu lagi.
Alhamdulillah, Tahun ni kali ketiga kitorang cuba dan menang.
Harap2 tahun depan dia tak pindah. Katenye nak masuk Maktab Tentera form 4 nanti.
Sedih la pulak rase.
Selfie sebelom makan.

Malam Sabtu, 30/5, hidop PY lagi huru hara.
Malam sebelumnye kene siapkan 2 org aje.
Malam tu kene siapkan 2 org penyanyi dan 12 org penari zapin.
Nasib baik ade ajk persembahan lain yang dtg tolong.
Kalau tak...kebaboom jugak la hidop PY.
Disebabkan dua2 penyanyi menang, jadik kene buat persembahan malam penutup.

 Tunggu kat belakang pentas. Bosan dan amik gambar.

Ni lagi satu benda kelakar. Kumpulan zapin ni sebelom ni xde nama pon.
Tetibe budak2 ni mesej PY suroh letak nama, sebab mc nak bgtau nama malam tu nanti.
Tak tau nak pikir ape. Chempaka Dancers jek uols.
Nama last menet. Boleh la. Klasik sangat.

 Chempaka Dancers. Hambek ko. tak tau nak letak nama ape.
Diorang ni perform mula2 sekali.
Azab lepas awal sket.





Last2 majlis baru la umum pemenang prtandingan nyanyian.
Budak2 tu pon selamat perform.
Alhamdulillah~ Semuanya brjalan lancar.
Balik tu PY tido mcm org mati ko tau!

Zakirin dapat hadiah. Ahamdulillah.

Tu jela hari2 yang agak busy dan menyeksakan.
Lepas ni lame lagi bru jadik tuan rumah ASAT ni ha.
Lepas ni bru la boleh menanda kertas dan mengemas rumah yang dah mcm Titanic terbelah dua ni.

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe


No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!