Monday, June 1, 2015

Minggu yang penat dan hidop yang hampir musnah T_T

Salam Cik Gojes.
Haritu sebelum cuti PY rase hidop PY x tentu arah! Dahsyat....memang dahsyatttttt
Kerja yang nak kena buat tu ala2 dendam sebab dapat cuti 2 minggu.
Cuti ke??? Cuti la sangat. Sebenarnye lagi rela x cuti sebab kerja x la melambak mcm skarang ni.

1) Peperiksaan pertengahan tahun.
Sekarang tengah periksa pertengahan tahun.
PY rase semua cikgu paham ape yang akan berlaku lepas tu.
Kene tanda kertas. Bukan sekelas. 5 kelas.
Satu subjek bukan satu paper ye. 2 paper.
Kertas 1 dan kertas 2.
Itu PY. Cikgu lain ade lagi yang lebih banyak.
Jadi cuti 2 minggu ni boleh la mengisi 'masa lapang' dengan menanda kertas.
Takla boring sangat kan? Hehehe.


2) ASAT (Anugerah Seri Asrama Terbilang)
Memang dahsyat. Sebelum ni cuma jadik jurulatih nyanyian.
Tahun ni lagi la kebaboom. Jadi tuan rumah ASAT peringkat negeri.
Jurulatih nyanyian tu memang tetap dan berpencen.
Tahun ni dapat tugas tambahan . Kene handle persembahan majlis penutup.
Kene handle penari zapin 12 orang. Baju dan aksesori belom kira lagi tu.
Tambahan pulak sekarang tengah minggu exam.
Kesian jugak kat budak2. Nak pekse. Nak praktis lagi.
Nasib baik bebudak ni dok asrama.
Tiap2 hari jugak la PY balik pukol 12-12.30 malam.
Sebab PY kene handle bahagian persembahan malam penutup.
Persembahan kene kebaboom.
Kenapa praktis waktu malam? Budak2 sekarang tengah periksa.
Pelajar yang menari ni pon ade sekolah sesi pagi dan sesi petang.
Jadik latihan waktu siang memang x boleh.
Hari Khamis dah raptai. Ya Allah. Tak tau la sempat ke tidak.
Penyanyi yang 2 orang yang belom latih x kire lagi.
Penyanyi lelaki PY suroh nyanyi lagu tahun lepas jek.
Yang perempuan penyanyi baru sebab penyanyi tahun lepas yang menang tu dah pindah.

Petang semalam, lepas keje kat sekolah dah siap siket, PY ajak kawan PY, Gee pegi makan.
Bila banyak berfikir ni, perot pon mudah lapar. Hari pulak hujan.
Kitorang pegi Dessert Queen kat area Taman Air Biru.

Cara mudah menghilangkan stress sekejap. Makan benda manissss
Yummm

Chicken Chop

Chicken rice with lemon butter sauce


Balik jek rumah area pukol 5 la mcm tu, PY rebahkan badan kejap.
Dapat baring kejap pon jadi la sebab malam nanti ade lagi latihan sampai pukol 12.30 malam.

Chempaka Dancers

Seriously mata memang sgt bengkak sebab x cukop tido.
Naseb baek ade concealer dan eyeliner. Boleh cover sket. Kalau tidak dah rupe pontianak harum sundal malam.

Alhamdulillah. ASAT dah lepas. Lega!
Lepas ni nak fokus untuk edit video tutorial pulak.
Be strong Princess Yanti


Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!