Sunday, December 27, 2015

Jalan Jalan Cari Makan di Perlis : Shopping di Padang Besar!

Assalamualaikum~
Hujung tahun macam ni biasa la kan kalau pergi bercuti.
Yang bajet banyak tu boleh la bercuti sampai ke luar negara.
Bagi yang bajet ciput bercuti dalam negara jela ye.
Sebenarnye dalam Malaysia ni pun tak kurang banyak tempat menarik tau.
Jadik PY amek keputusan untuk jalan2 makan angin di Perlis.
Memang agak gile dan jauh kalau difikirkan.
Tambahan pulak PY drive sensorang, takde org laki yang join, semua perempuan dan jugak bawak budak2 kecik seramai 4 orang. Yang paling kecik umur 6 bulan!

Baby Mika, 6 bulan pon nak ikottttt


PY pegi ni x rancang secara teliti pon. Main redah aje ko tau.
Motif jenjalan hujung kat utara nun?
Saje nak brjalan kt tempat orang. Nak rase makanan dan bahasa orang kat sini.
Memang lain la siket sebab diorang ni dah kat sempadan siam.

PY bertolak dari rumah pukol 3.00 petang dan sampai ke Arau pukol 4.30 pagi.
Fuh....lebih 12 jam drive tu! Tapi ade la berenti beberapa kali kan.
Lagi2 la bawak budak2 kenit ni. Lagi la banyak cite.
Ayah PY asek telefon aje sebab risau. Alhamdulillah. Kitorang selamat sampai.

Berenti kejap kat RNR Sungai Buloh pukul 7.15 camtu.
Bebudak ni dah laparrr



PY pilih untuk menginap kat homestay kat area Arau. Dekat jek dengan Kolej Matrikulasi Perlis.
Lagipon bebudak kecik ni perlukan ruang yang besar untuk brlari2 sekeliling rumah dan lebih murah serta selesa macam kat rumah.
Bagi yang nak cari homestay kat area Arau boleh la menginap kat ANZALNA HOMESTAY kat Taman Sri Wang kalau tak silap PY.

ANZALNA HOMESTAY
+601114402355
+60174199297

Satu malam RM200 sahaja. Ada 4 bilik, 2 bilik air. Homestay jenis tingkat atas rumah kedai.
Sederet dengan kedai2. Depan muka pintu jek dah banyak gerai makan. Tapi kebanyakannya bukak waktu malam. Kalau waktu siang kene keluar untuk cari tempat makan kt tempat lain
Apa yang PY perasan kat Perlis ni, suasana die tenang jek dan tak jem mcm kt Johor.
Suasana kampung. Kanan kiri sawah bendang. Rasa mcm nak terjun dr kete buat photoshoot kat situ!
Kereta tak banyak....bandar pun x besar mana....memang sesuai untuk kite yg hari2 bergelot dgn jem dan suasana bising ni ha.

Ni baru bahagian tepi....kat dapor dan bilik air luasss

Pada hari pertama sampai, kitorang semua berehat jek. Memang penat la....terutamanya PY yang drive ni.
Pagi tu beli sarapan kat warung berdekatan jek. Tengahari tu baru pergi keluar jauh siket.
Saat2 camni la khidmat Pakcik Google sangat diperlukan,
PY pon search antara tempat makan yang menarik kat Perlis ni. Salah satu yang famous ialah Anjung Keli. memang ramai selebriti dan orang kenamaan yang datang sini untuk makan.


Menu kat sini macam2 ada. Konfem la menu berasaskan ikan keli memang banyak kat sini.
Bagi pendapat PY, restoran ni ok jek. Takde la special sangat pon. Cuma pilihan lauk memang banyak. Harga pon ok. Tak murah sangat....tak mahal sangat...
Tak tau apasal yang glemer sgt. PY rase cm biase jek. Banyak jek kedai cmni kat Pasir Gudang.
Hehehehe.


Lepas jek makan, kitorang singgah ke Padang Besar. Plan asal nak pegi esok jek.
Tapi singgah la sekejap hari ni. Dapat la survey2 nak beli barang ape esok.

Esoknya PY mintak lagi bantuan Pakcik Google untuk cari tempat makan yang agak fofuler kat Perlis. So tengahari kitorang makan kat Warung Pokok Sawa. Konsep same jek macam Anjung Keli.
Makan nasik campur. Memandangkan nak round abes kat Padang besar lepas ni, elok la makan nasik.
Banyak sket tenaga nak brjalan.



Lepas je lunch terus pegi ke Padang Besar...yay!!!
Serbuuuuuuuuu


 Sila la shopping~


Ada yang cakap kat Padang Besar ni mahal la....
Mase cuti skolah ni harga barang sume naikla....
Biase la kan....manusia ni kengkadang nak bgtau yg kite ni bodoh la pegi situ mase cuti sekolah.
Bajet2 terer dan pandai. Abestu....dah mase cuti sekolah aje yg ade weh.
Sekurang2nye lebih murah drpd harga yang jual online atau kt Pasir Gudang.
Lagipon banyak pilihan kan. Terpulangla kt diri sendiri.
Bagi PY dah cukop ok dah tu.
Toto, periuk, jajan, kacang, baju baby, tshirt, produk kecantikan siam, dan mcm2 lagi PY beli.
Alhamdulillah. penat tapi sangat la sronok!

Balik dah agak petang, Sampai homestay lebih kurang pukol 6 la.
Kitorang mandi2 dan berehat sebelum keluar untuk makan malam pulak.

Seperti biase la PY menggunakan Pakcik Google untuk mencari tmpat makan yang best pada waktu malam di Perlis. PY pilih untuk ke Koma Laut, kat jeti Kuala Perlis.
Teringin nak makan seafood malam tu.
Kitorang brtolak lepas maghrib sebab takot org dah ramai pulak kalau pergi lambat.
Takde la jauh mane pon. Lebih kurang 30 minit kot kalau x silap.

Ada banyak jugak la kedai kat situ. Tapi PY pilih Mona Ikan Bakar sebab banyak dapat review cakap yang kat sini sedap.



 Memaseng tunggu makanan dengan muke lapo.

Memandang PY nak dengki korang, jadik PY saje jek letak gambo makanan tu seketol2.
Biar meleleh air liur korang.

 Pesan ni jek sebab org dewasa cume 3 org. Budak2 ni makan main2.
Ni pon mcm nak pecah perot makan weh.

 Siakap stim limau ni memang sangat la sedap. Sebelum ni PY penah la makan kat Sabar Awor.
Tapi kat sini punye memang lain. Tak hanyir langsong!
Kuah cukup masam dan sedap. Berketol2 asam boi kat dalam kuah tu.
Siap hirup lagi.

 kailan ikan masin memang wajib la. PY kalau makan kat tmpat camni memang x order dah sayur lain.

 Sotong goreng tepung! Rangup gile dan segar.
Bebudak la yg suka makan ni. Sebab yang lain agak pedas.

Mentarang goreng berlada.
Kali pertama PY makan mentarang. Bagi yang tak tau mentarang tu ape, dia ni macam ala2 kepah tapi ade belalai terkeluar satu dari cengkerang. Memang pelik rupenye tapi ok la.
Rase mcm kepah~

Alhamdulillah~ kebanyakan makanan yang PY order malam tu agak licin la jugak.
Tak la membazir kan.
Sebelum balik kitorang singgah kat karnival pelancongan. Betol2 sebelah Koma.
Melayan budak2 ni kt funfair. Lepas tu balik lebih kurang pukul 10 lebih dan teros tido sebab penat merayap sepanjang hari.

Hari ni hari terakhir kitorang kat Perlis.
Pagi2 bangun dan berkemas untuk balik ke Muar.
Almaklumlah...budak2 ramai la jugak kan. Jadi agak lambat la jugak kitorang kemaskan barang sendiri trmasuk la budak2 cinonet ni.
Sebelum balik, PY dan mak PY pegi Padang Besar lagi skali.
Adik PY dan bebudak yang lain tinggal dalam kete jek.
Terlupa nak beli buah tangan la pulak!

 PY ada la beli beberapa bungkus asam ni.

Kuih beras kalau tak silap namenye.

Sampai sana pukol 10.30. Round2 cari barang dah nak pukol 12!
Perut lapar. Nak drive jauh lepas ni.
Jadi PY singgah makan kat gerai2 berdekatan dengan Padang Besar.
Yang lain order nasik campur jek.
PY bosan la pulak asek makan nasik campur. Jadik PY order pulut ayam dan kuetiau sup thailand.
Teringin nak cuba,
Sedap gileeeeeeeeeeee. Tak rugi PY cuba ok!
Yg lain pon ngintai2 pinggan PY sebab tgk PY makan memang shiok abes.
Last2 adik dan mak pon mntak sket sebab nak rase.

Ni la Pulut Ayam!

Serius sedap. Nampak x bekas tu? Nak makan kuetiau ni kene campur skali dengan benda2 yang ade kat dalam tu. Ada jeruk, chilli flakes dan bende2 yg PY pon tak tau namanye. Tapi memang sedap.
Rase mcm kuetiau sup tapi masam2 sket.... Aroma kuah die best gile!

Habis jek makan, PY terus drive balik Muar. Ada la beberapa kali berenti kat RNR untuk pegi toilet dan sebagainya. 
Alhamdulillah. Sampai jugak ke Perlis. Kalau tanye nak pegi lagi ke tak....PY memang akan datang lagi pada masa akan datang!

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

2 comments:

  1. Mau liburan atau coba travelling ke Bangka Belitung.

    http://aderiorental.com

    ReplyDelete
  2. JOM PI PADANG DAN BUKITTINGGI,

    PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.

    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke PADANG dan BUKITTINGGI, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!