Tuesday, December 15, 2015

Product review : Faith In Face Hydrogel Masks

Assalamualaikum~

Hye uols!!! Dah lama rasenye x update blog ni~
Tengah2 menanda kertas pekse bebudak ni, tetibe rase nak menaip~

Sebenarnye kali ni PY nak share tentang produk yang PY terima baru2 ni.
Memang sgt2 happy kalau dapat hadiah kan?
Baru2 ni PY dapat cuba produk drpd Faith in Face.
Memang suka sangat!



Kotak terlalu comel! Tak sanggop nak bukak! Aaaaaaaaaaaaaaaaaa


Sangat sweet hokay. Siap berbunga2 indah dan tips untuk guna produk ni.
Tetibe PY rase mcm pwncess sgtttt...(pwincess kertu sebenarnye T_T)

Jom kite tengok ape yang PY dapat!


 Ada 5 jenis masker dengan fungsi yang tersendiri untuk membantu masalah kulit uols~
Packaging masker ni sangat la kebaboom.
Sangat comel dan banyak maklumat yg korang boleh dapat tentang produk ni kat packaging masker. Sangat2 membantu!
Masker ni best seller kat Korea. Aweks korea pon korang boleh tgk kan kulit diorg camne.
Gebusss dan flawless tak hengat!

Masker ni di datangkan dalam packaging yang ada fungsi2 tertentu mengikut masalah kulit korang~

1) Nourish Me
Masker ni untuk korang yang kulitnye kusam dan tak bermaya. Masker ni penuh dengan khasiat untuk menyuburkan kulit supaya kulit nampak sihat!


2. After Shower Look.
Masker ni tersangat best. PY memang kulit jenis kering. Lepas jek try masker yang ni sekeping...terus pegi Watson nak beli buat stok. Kulit rase lembap jek. Best betol!


3. Black and White Film Star
Nak kulit cerah dan gebu macam Audrey Hepburn?
Audrey Hepburn ni memang icon filem zaman dolu2.
Unutk cerahkan kulit PY pilih untuk pakai masker ni selain drpd gunakan whitening skin care :)


4. Hold Me Tight
Masker ni khas untuk membuatkan kulit rase lebih tegang dan pejal. Sape yang ada masalah kulit yang kendur dan menggeleber boleh amalkan pakai masker ni.
*Mane ade kulit menggeleber pada umur 20 an??*
Ade. Jangan cakap xde ek. Umur baru 20 an tapi ingat dah akhir 30-an.
Sedih sangattttt


5. Miss Invisible Pore
Ramai jugak yang tanya PY tentang masalah pori2 yang besar dan nampak sangat2 ketara.
Masker perlu ada disamping uols semua untuk atasi masalah tu.
Janji kene rajin amalkan. InsyaAllah masalah pori2 terbuka akan dapat di atasi!
Bukan pakai sekali dua tau.
Nak cantik tapi malas. Camne tu?


Apa perbezaan masker ni dengan masker lain?
Perbezaannya ialah kalau masker lain cume masker basah dengan cecair produk.
Masker ni berbeza sebab ada lapisan hydrogel yang sangat sejuk dan dapat menembusi ke dalam kulit secara mendalam~
Masker ni ade terbahagi kepada 2 bahagian :
Satu untuk pakai pada bahagian atas muka (dahi, hidung dan pipi)
Satu lagi untuk bahagian bawah muka (dagu, pipi)
Pakai masker yang bahagian gel ke muka tau! Bukan bahagian yang kasar~
Nak lagi best? Masukkan masker dalam peti sejuk sebelum guna.
Kulit rase segar dan sejuk! Sgt2 best....Weeeeeeeee



Pakai waktu malam nak release stress ko....siang2 dah menjerit marah anak murid kannn


Bagi korang yang nak dapatkan masker ni boleh dapatkan kat cawangan Watson seluruh Malaysia~
Harga RM11.90 sekeping. Kengkadang ade diskaun.

Fanpage Faith In Face

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!