Monday, November 28, 2016

Produk Terbaru Faith In Face Malaysia+ giveaway!

Assalamualaikum~

Antara perkara yang best jadik blogger/youtuber ni ialah bila dapat cuba macam2 jenis beauty product. hehehe.
Baru-baru ni Faith In Face Malaysia berbaik hati bagi PY rangkaian produk terbaru diorang.
Dah sedia nak baca entry berjela tentang semua produk ni???


Sebenarnya ni kali kedua PY terima produk daripada Faith In Face Malaysia.
PY penah post entry tentang Faith In Face Hydrogel Mask kat sini.

Kali ni Faith In Face mengeluarkan rangkaian produk terbaru:


1. Faith in Face pearl cellulose sheet mask (5 types)

💓 I Want Perfect Makeup
💓 I Am Always Bright
💓 I Want Healthy Look
💓 I Need S.O.S (Save Our Skin)
💓 I Need Relaxing Care


2.Faith in Face eye am not tired hydrogel eye mask.
3.Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water 

4. Faith in Face AHA Peel So Good peeling gel

5. Faith in Face All-lighty Cleansing Oil



Produk ni semua memangla sangat berguna untuk pompuan macam kita yang mementingkan penjagaan muka~ kannnnn

Ok. Kita mula step by step.
PY memang pemakai mekap tegar.
Boleh dikatakan PY ni semtiasa bermekap pada waktu siang dan kadang-kadang sampai ke malam.
Tanggal mekap masa nak solat jela.
Penggunaan makeup remover memang sangat penting.
Guna pencuci muka je mungkin nampak bersih pada mata kasar.
Tapi sebenarnya masih ada lagi sisa mekap yang tertinggal di pori2 muka uols!

Nak try gunakan makeup remover?
PY nak share makeup remover yang PY gunakan, 
iaitu produk terbaru keluaran Faith In Face,
Ada 2 jenis makeup remover yang boleh uols jadikan pilihan!

1.Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water



Taraaaa.... Ni makeup remover tau...bukan pencuci muka!
Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water ni makeup remover berasaskan air.
Tapi bertindak menanggalkan mekap sama bagusnya macam makeup remover oil based.


Tak percaya??? Meh sini tengok PY tanggalkan mekap tebal guna Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water.

Dah sedia????

Muka PY dengan full face makeup

Mula2 sekali PY akan tanggalkan mekap mata terlebih dahulu sebab mekap mata yang paling tebal skali.
Eyeliner, eyeshadow, mascara.
Semua tertumpu kat sini.

Basahkan kapas dengan makeup remover.
Tekap kan pada bahagian mata selama 10 saat.
Tujuannya supaya makeup remover melarutkan mekap pada mata.
Dengan sekali sapu jek mekap mata PY tanggal semuanya!

Sekali sapu je semua dah setel!





Dan yang paling best ialah Faith in Face Truly Waterly Cleansing Water ni 
tak pedihkan mata langsong.
Pernah tak mata korang pedih sebab makeup remover terkene pada mata??
PY memang selalu! Mengalir2 air mata. Seksaaaaaaa
Kali ni penyeksaan kita semua dah berakhir uolssss

Disebabkan makeup remover ni berasaskan air,
makeup remover ni sangat sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif.
Formula lebih ringan dan lembut pada kulit.
Lepas ni xde la alasan untuk kita x nak guna makeup remover.
Kalau ada alasan jugak, tu namanya MALAS.

Mekap kat muka PY. Dahsyat tak uols??? Lepas tanggal mekap konfem orang tak kenal.
Mekap berlayer-layer.

Tak melekit, mekap sapu abes dan lembut pada kulit.
PY suka!

Selain tu, Faith In Face jugak ada keluarkan makeup remover berasaskan minyak. (oil based)
Faith in Face All-lighty Cleansing Oil





Fungsinya sama je. Untuk tanggalkan mekap.
Cuma cara penggunaannya sahaja yang berbeza.
Pumpkan minyak dan sapu pada seluruh muka.
Bilas dengan air sehingga bersih.
Korang akan dapati mekap ditanggal dengan sempurna!

Selepas besihkan mekap, uols boleh la try produk terbaru yang seterusnya.

Faith in Face AHA Peel So Good Peeling Gel



Bagi yang tak pernah try guna peeling gel, 
peeling gel ni berfungsi lebih kurang sama dengan scrub.
Cuma bezanya pelling gel ni lepas digosok akan keluarkan daki beserta kotoran pada muka uols.



Gosok dan gel tadi akan bertukar menjadi daki.

Selepas gunakan peeling gel, bilas muka dengan air yang bersih.
Jom kita teruskan dengan produk yang seterusnya!

9/10 daripada manusia di dunia ni mempunyai gegelung hitam pada mata.
Terkejut?? Masalah ni jugak dikenali sebagai mata panda atau mata cik ponti,
PY pun salah seorang yang ada mata cik ponti yang dahsyat uols.
Korang pun sama??? Jangan risau.
Faith In Faith ada keluarkan produk terbaru yang dapat membantu masalah mata panda/mata cik ponti yang kita semua alami.

Faith in Face Eye Am Not Tired Hydrogel Eye Mask.




Cuma pakai eye mask ni kat bawah mata. 
Gegelung dan kendur kat bawah mata akan berkurang!

Seterusnya PY nak pakai mask untuk bagi khasiat pada kulit PY yang agak letih ni.
Faith in Face sebelum ni memang dah ada keluarkan mask jenis hydrogel.
Maksudnye dekat mask tu ada lapisan gel yang basah dengan khasiat  tertentu untuk kesan yang berbeza, Boleh baca kat sini.



Jom tengok mask terbaru keluaran Faith In Face!
Kali ni Faith In Face tampil dengan 5 jenis cellulose sheet mask!
Setiap mask ada fungsi tersendiri uols.
Cuba uols tengok masker mana yang sesuai dengan masalah kulit dan jadi pilihan hati uolsss.




💓 I Want Perfect Makeup
PY sangat2 suka mask ni! Sebab mask ni khas untuk kita2 yang pakai mekap.
Mask ni khas untuk menyediakan kulit supaya segar sebelum pakai mekap.
Pori2 akan mengecil, melembap dan menjadikan kulit lebih lembut.
Pakai mask ni sebelum mekap selama 20 minit dan hasilnya mekap nampak lebih flawless.

💓 I Am Always Bright



Ni pulak mask khas untuk mencerahkan kulit.
Wajah akan nampak lebih cerah, segar dan lembap!

💓 I Want Healthy Look
Nak kan kulit yang lembap, glow dan sihat??
Boleh try mask ni!

💓 I Need S.O.S (Save Our Skin)
Selamatkan kulit uols daripada masalah kulit!
Mask ni dapat membantu warna kulit lebih sekata, glowing dan lembap!

💓 I Need Relaxing Care
Pencemaran, stres dan diet yang kurang teratur menyebabkan kulit PY letih dan lesu!
Seharian kat skolah dengan kerja menimbun dan stres dengan exam memang sedikit sebanyak menyebabkan kulit terjejas sket.

Jadi PY akan rehatkan badan sambil rehatkan kulit dengan pakai mask ni.
Memang lega. Kulit rasa lebih segar dan lebih bermaya!


Masker cellulose ni lebih nipis berbanding masker hydrogel sebelum ni.

Pakai selama 20 minit.
Kulit rasa lebih segar!

Korang berminat nak dapatkan produk ni semua???
Faith In Face berbaik hati nak bagi diskaun 10%  bagi jumlah keseluruhan bil kepada korang semua hanya di website FAITH IN FACE MALAYSIA SAHAJA!
Cuma masukkan promo code

FIFXYANTI

bila korang dah habis shopping di Faith In Face Malaysia


Kod promo boleh digunakan dari

 19 Nov to 3 Dec 2016

PY pos agak lambat entry ni tapi korang masih ada lagi masa selama 5 hari untuk dapatkan diskaun ni!

Nak join giveaway pon boleh!!
Jom tengok sini :




Jangan lupe share pendapat uols lepas guna produk daripada Faith In Face!

Till then!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!