Friday, December 22, 2017

MINUM PETANG DI PASIR GUDANG PULAK UOLS : MI CELUP PERUT DI RAWADI SEAFOOD

Salam uols!
Tengok tajuk jangan tekejot pulak ye.
PY makan mi celup waktu petang.
Terus la letak tajuk minum petang gitewww.
Kalau korang nk jadikan dinner pun boleh.
Sebab kedai makan kali ni bukak lewat petang smpai malam2 buta.

Sementara mak PY ada kat Pasir Gudang ni uols,
kalau boleh nak bawak mak merayap seluruh Pasir Gudang tau.
Mak plak dtg sekejap jek.
Dah ptg cmtu, kengkonon nak bawak pegi Sup Anis kat Kampung Melayu Majidee,
tutup la pulakkkk
PY patah balik la Pasir Gudang.
Dalam perjalanan nak balik tu dok pikir la.
"Nak bawak mak pegi makan kat mana ek?"

Tetiba baru teringat mak suka makan babat lembu.
Babat tu perut la uolsss
Terus trfikir nak bawak mak makan mi celup!

Rawadi ni kat belakang skali. Jalan Mangga kat Kota Masai.

Jemput tengok sambil jilat skrin ye. Hehehe

Mak makan tak pandang kanan kiri uolssss
Memang sedappp

Mi celup sini sedap uols.
Mak PY smpai hirup kuah ko tau.
Harga pun cuma RM6 semangkuk.
Okay sgt kan.
Sejujurnya memang x pedas. 
So diorang ada bagi perasa tambahan kalau uols nk tambah dalm mi celup uols tu.

Ada cili padi jeruk, garam gula, sos ikan dan cili besar jeruk.
Tak cukup pedas, PY tambah setimbun lada cili uolss
Berasap tapi sedappppp

Sape yang nak cuba boleh la datang area Jalan Mangga Kota Masai.
Nampak je Petronas, uols terus je jalan ke belakang smpai hujung.

Nanti PY akan buat review lagi mana2 tempat makan okay.
Yang dh pegi tu boleh la komen skettttt

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti2769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!