Wednesday, March 7, 2018

PRODUCT REVIEW : ROYAL ESÈNSE PRODUK ANTI PENUAAN TERBAIK!

Salam uols!


Sejujurnya PY baru je tersedar diri ni tua bila tengok muka dekat2 dengan cermin!
OMG. Kedut berakar umbi. Almaklumlah umur dah makin banyak.
Skin care x ubah2. Belum lagi try skincare kilo kat luar sana tu!
Nasib baik PY sempat berhenti sebelum muka ni jadi pape.

Salah satu azam untuk 2018 ni ialah PY memang nakkan kulit yang sihat,
Dan yang paling penting x tua sebelum umur. Hehehe.
Memang tepat pada masanya uols.
Skin care yang biasa PY pakai habis.
Dok fikir2 jugak nak try jenama ape.
Sebab kedut dah mula berleluasa. Risau!

Terima kasih banyak2 kat Ortus Expert International Sdn Bhd
yang bagi PY cuba produk terbaru diorang.
Pernah dengan ROYAL EXPERT? Ni company yang sama ye uols.
ROYAL EXPERT pun sebelum ni memang dah cukup glamer kan.
Cuma bezanya kali ni ROYAL ESENSE lebih fokus kepada kulit matang.
Rezeki la ni kiranya.
Sekarang lebih kurang dah sebulan la kiranya PY guna.
Sebelum PY share lebih lanjut, jom tengok 4 produk dan fungsi tiap2 produk!


1. ROYAL ESENSE MULTI-ACTION TONER SERUM LOTION
Produk yang banyak fungsi dalam 1 produk cmni memang la feveret bagi kebanyakan pompuan terutamanya pompuan bekerjaya atau pompuan malas banyak cekadak macam PY.
Sekali uols pakai, dikira uols dah pakai toner, serum dan lotion.
Jimat masa wehhhh....nk pegi keje pagi2 memang la nk cepat.
Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum ye.
Jangan risau uols. Tak berminyak langsung.
Lepas pakai muka serius jadi segar dan lembap giteww




2. ROYAL ESENSE NUEVENA STEM CELL CREAM.
Lepas pakai ROYAL ESENSE MULTI ACTION TONER SERUM LOTION, PY pakai pulak krim ni. Krim ni ala2 pelembap ye uols.
Muka x minyak, tapi rasa lembap jek.
(sebab sebelum ni PY penah try pelembap. Berminyak giler)
Krim ni khas untuk mencerah, menganjal, melembap, anti penuaan dan kurangkan kedutan.
Dan yang lagi best kat dalam ni ada bahan yang dah dipatenkan, NUEVENA dan stem cell.
NUEVENA - kulit nampak lebih muda hari demi hari.
Stem cell - mencerah dan mengurangkan bintik hitam kat muka chuolssss

(Kat dalam siap ada spatula/pencedok. So uols xyah la korek2 krim kan. Bersih sket.)




3. ROYAL ESENSE EYE LIFTER GEL
Sape ada masalah kantung mata? lingkaran gelap? mata berkedut?
PY angkat tangan tinggi. *SAYA*
Tak cukup tidur. Keje melambak.
Letih. Ngadap laptop x berhenti2.
Memang konfem la mata mcm pontianak uols!

Dapat je gel ni menjerit suka la PY kan.
Gel ni berasaskan rumpai laut untuk atasi masalah mcm kat atas ye.

Memang lepas 2 minggu pakai, mata dah kurang garisan halus.
Yang lingkaran gelap tu masih ada sebab mungkin amek masa sket nk hilang.
PY akan terus pakai lagi okay!





4.ROYAL ESENSE MULTI PROTECTION ANTI-SMAZE FACE LOTION
Produk yang ni sunscreen ye uols.
Sebelum keluar rumah memang wajib PY pakai.
SPF pun boleh tahan tinggi tu, SPF40.
Kalau uols jenis selalu kene cahaya matahari tu, kene pakai lebih kerap la kan.

Krim ni bertujuan nk melindungi kulit daripada kerosakan akibat terlalu terdedah dengan cahaya matahari. (UVA/UVB)

Dan korang pun tau jugak kan
Kedutan kat muka ni sebab banyak terdedah dengan cahaya matahari.
So penggunaan sunscreen mcm ni sangat2 lah penting!

Yang lagi best, sunscreen ni bagi kesan pencerahan serta merta ye.
Lepas pakai kulit akan nmpak lebih cerah daripada sebelumnya!
Yay!


Sebelum

Selepas : Cerah serta merta!

REVIEW SEPANJANG PENGGUNAAN SELAMA SEBULAN :


1. Produk Royal Esense tak berminyak, ringan dan kulit rasa lembap.
2. Kedutan kat mata ada berkurangan tapi lingkaran gelap belum pudar lagi.
Mungkin amek masa sket. PY pun baru guna 2-3 minggu.
3. Warna kulit lebih sekata.
Sebelum ni kulit PY ada jugak capuk sket2. Sekarang hampir hilang!
4. Jeragat makin kurang.
Jeragat kecik2 kat pipi dh makin pudar. Hooreyyyy

Bagi korang yang hadapi masalah yang sama boleh cuba sendiri produk ROYAL ESENSE untuk kulit yang nampak lebih sihat n awet muda gitchewww

P/s : Next ada satu lagi video pasal ROYAL ESENSE ye uols kat channel Youtube PY!
Lagi detailsssss

Good Luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS. THANKS!

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!