Tuesday, May 29, 2018

Product review : Exfoliating Jellyfish Silicone Brush :)

Salam uols~
Selamat menyambut bulan Ramadhan!
Alhamdulillah PY masih lagi berpuasa penuh sebelum encin bulan datang melawat beberapa hari lagi. Adoiii.

Alang2 bulan puasa ni, kulit mula la buat hal.
Kering. Mengelupas.
Ada yang cakap "Apsal x minum air banyak2?
Waktu malam ni banyak mana la boleh minum air kan.
Makan waktu berbuka jek dah  buat perut membusung!
Minum air lagi. Tak pasal2 meletup perut hakak okay!
Langkah terakhir yang hakak boleh buat.
EXFOLIATE.
Takde la tiap2 hari. Seminggu dalam 2 kali je cmtu dh okay.


Jom hakak nk kenalkan uols dengan encik sotong yang viral ni.
Merata orang jual.
Last2 akak terbeli. Bukan satu ye, Melambak.
Memang jenis beli barang secara borong.
Takut barang tu abes n takde orang jual dah,
Ko rasa????

 Hello encik sotong!


FYI, yang PY beli ni inspired@copy jek okay.
Kalau nak beli yang ori boleh pegi Etude House.
Sebab yang copy ni melambak orang jual dan senang untuk di beli.
So dah jelas yang ni bukan original.

PY  beli sebab encik sotong ni comel, murah dan best!

Ada 2 permukaan kat encik sotong ni.
Kat atas kepala banyak kaki halus, kat bahagian kaki sotong ada kaki besar.

Permukaan untuk buang sel kulit mati dan blackhead dan whitehead

Kat bawah ada kaki sotong yang gemuk2 untuk urut muka lepas dah sental.
Memang best uols!
Yang warna hitam tu span untuk hasilkan buih gebu sebelum sental muka.


Review daripada PY :
Dengan harga beberapa RM uols laburkan untuk encik sotong ni memang berbaloi2!
Boleh pakai untuk jangka masa yang lama kalau cuci dan keringkan dengan cara yang betul.
Untuk yang berkulit kering, boleh try sebab x menyebabkan kulit merah2 atau mengelupas.
Kaki getah kecik2 encik sotong tu cukup lembut untuk buang sel kulit mati tapi x mencederakan kulit.
Memang puas hati dan rasa berbaloi2.
Nak beli? boleh beli daripada mana2 online seller atau daripada PY sendiri.
PY ada beli lebih.

Nak tengok review versi video?
Klik bawah sini ye.


Good luck ladies!

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!