Tuesday, November 1, 2011

Pengaruh Warna Lipstick Terhadap Rupa/Solekan Anda.

Lipstick/gincu merupakan kosmetik yang dimiliki hampir setiap perempuan di dunia ni tak kira la umurnye berape pun. Hampir setiap wanita memiliki sekurang-kurangnya sebatang atau dua batang lipstick untuk dipakai. Dan pada zaman sekarang ni, 'lelaki' pun dah pandai pakai lipstick, koleksi lipsticknye pun lebih banyak mengalahkan kite yang pompuan ni! Betol x?? hehe...



Pemilihan warna lipstick sangat penting untuk solekan kerana ia akan merubah rupa solekan anda sekelip mata! Jadi PY nasihatkan anda supaya selalu la bereksperimen dengan warna lipstick sehinggalah anda jumpa warna lipstick yang sesuai! Warna lipstick juga harus disesuaikan dengan warna blusher dan ketebalan/warna  eyeliner yang sesuai untuk menghasilkan solekan yang anda mahu.
Warna lipstick yang cantik/sesuai dipakai  oleh orang lain tak semestinya cantik apabila dipakai oleh kita!

Kesan warna lipstick terhadap solekan:

winged eyeliner + red lipstick = Vintage look
Warna lipstick merah memberikan efek seksi dan personaliti yang berani kepada anda!! PY suke!!!



Nude lipstick + smokey eyes = Perfect.
Nude/pale lipstick sangat sesuai dipakai untuk solekan smokey eyes kerana solekan mata yang dramatik dapat diseimbangkan dengan penggunaan warna lipstick yang pucat/kurang menyerlah.





Bronze/coklat/orange lipstick + gold eyeshadow = Arabic makeup look.

Pale pink/light colour lipstick + thin eyeliner = Natural /innocent looking makeup

PY harap agar post kali ni dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada anda semua dalam pemilihan lipstick yang sesuai mengikut solekan yang anda mahu! 

Jangan lupa kunjungi blogshop PY yek!! Banner ade kat side bar >>>>>>




XOXO ~ PRINCESS YANTI

P/s: Kawan PY beli lipstick yg sama colour dgn PY sebab nampak ok jek bile PY pakai. Tapi bile die pakai nampak cam pelik pulak. Moral of the story, warna yang sesuai dengan orang lain x semestinya sesuai dengan kita!!

1 comment:

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!