Saturday, November 5, 2011

Beauty product review : The Body Shop Bronzer

Assalamualaikum semua!! Seperti yang dijanjikan arini PY nak buat review tentang produk feveret PY iaitu The Body Shop Bronzer!!!


Details tentang produk ni:

Jenis kosmetik : Bronzer
Shade              : Golden bronze
Brand              : The Body Shop
Harga              : RM69.90

Apakah kegunaan bronzer?
Bronzer berfungsi memberikan kesan keperangan/kilauan pada muka. Bagi korang yang x suke pipi merah/pink dan lebih sukakan muka/pipi yang glow dan 'tan' boleh la gunakan bronzer.


Selain tu, bronzer juga boleh digunakan untuk contour pada pipi dan batang hidung!
Bronzer The Body Shop ni memang cantik sangat2!! lepas pakai  confirm muka anda akan glow!


Sebelum pakai bronzer


Selepas pakai bronzer....nampak kan perbezaan???

Cara nak pakai bronzer ni macam mane???
Bronzer biasanya dipakai dibahagian yang disinari/dipanah oleh matahari atau kata lainnya kawasan yang timbul pada muka contohnya pipi, hidung, dagu, dahi dan kawasan rahang. 

Bronzer jugak boleh dipakai secara sapuan tipis pada seluruh muka sebagai langkah terakhir ketika makeup supaya muka nampak glow secara keseluruhan.

Bronzer juga boleh digunakan untuk contour kawasan rahang dan kawasan cengkung pada pipi untuk efek muka lebih slim 

serta batang hidung supaya nampak lebih mancung

Untuk maklumat lanjut tentang cara pakai bronzer, sila tengok video di bawah ni




Bronzer The Body Shop ni memang best dan berbaloi untuk dibeli!!! Lepas pakai rase muke cm berseri2 jek...warna nye pun cantik!!!Kepada yang berkulit gelap, memang disarankan pakai bronzer ni sebab bronzer ni berona earth tone dan akan bagi kesan shimmer pada pipi...memang sesuai sangat!! So takyah la pening2 nak cari blusher memandangkan orang berkulit gelap ni susah sket nak cari shade blusher yg sesuai....

 Golden bronze


Jangan lupa gunakan berus yang besar untuk pakai bronzer!

Setakat ni jelah info tentang produk feveret PY pada kali ni!!! PY harap entry ni dapat membantu korang dalam pemilihan bronzer dan cara pakai bronzer dengan betul!! Sebarang soalan boleh komen kat bawah ye!!!

Klik nuffnang sebagai tanda sokongan kat blog ni!!! Thanks!

Jangan lupe singgah Youtube channel PY!!

Jangan lupe singgah blogshop PY!!



XOXO Princess Yanti

PY : Entry lepas berkaitan DIY!!! Nak tau???? Tunggguuuuuuuuuuuu.....

3 comments:

  1. PY bronzer bley di jdkn sbg shading ke x??bley x mule2 pki bronzer as shading n then pki baked blush after dh apply bronzer??

    ReplyDelete
  2. boleh je Miz Mim...tapi jgn pakai terlalu banyak blusher ek..nt pipi terover merah plak..hiihii

    ReplyDelete
  3. tq PY!!teringn nk bli bronzer n pk byk kali nk beli ke x..nk beli ke x..lpas ni dh bley bli la..heee..=)

    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!