Tuesday, November 29, 2011

Hijau Mata Hitam ku: Green Smokey Eyes!

Assalamualaikum semua!!!




Selepas beberapa hari x post entry, akhirnye hari nie PY sempat post entry!!! Yaaayyyy!!!
Sori lah yek....PY agak busy kebelakangan ni...so PY cube cari masa lapang untuk mengapdet blog PY yang x seberape ni...

Ok lah ye....mari la kite berbalik ke tujuan asal.....dh bace tajuk post kat atas tu???hehe...cm biase la...
Hari ni PY nak buat tutorial/tunjukkan cara untuk mekap smokey eyes menggunakan warna hijau...tu yang 'Hijau Mata Hitam Ku ' tu....

Untuk tutorial kali ni, PY gunakan Maybelline Diamond Glow by Maybelline Eyestudio 

05 Fresh Green

Dah bersedia untuk menghijaukan mata korang semua!!!


Jom kita mulakan!!!!


Langkah pertama:

Pastikan korang dah siap pakai foundation, concealer dan powder...(ala...macam biasela...dh banyak kali ulang step ni kan....) Kalo ade eyeshadow primer, boleh la pakai kat kawasan mata...

Jangan lupe celakkan kening ye!!

Langkah kedua

Highlight tulang kening menggunakan shimmering white eyeshadow. Tujuannye?? Supaya mata nampak lebih besar!!

Shimmering white eyeshadow

sapukan pada tulang kening


Langkah ketiga:

Sapukan warna medium green pada seluruh kawasan bebola mata. Untuk yang bermata sepet (mcm PY), pastikan blend melebihi kawasan bebola mata. Tujuan?? Supaya bila bukak mata, eyeshadow tetap boleh nampak. Almaklumlah, mata yang sepet yang ni, bila bukak mata, otomatik kawasan kelopak mata akan 'hilang'!!!
medium green

sapukan seluruh kawasan bebola mata dan blend...


Langkah keempat:

Gunakan warna light green untuk menyekatakan garisan kasar eyeshadow medium green tadi. Warna light green haruslah disapu dan di diantara warna medium green dan shimmering white eyeshadow  di tulang kening..Tujuan?? Supaya tone warna eyeshadow akan menjadi semakin light/cerah apabila mendekati kawasan tulang kening..

Light Green


Langkah kelima:

Gunakan warna paling gelap. Sapukan/konturkan bahagian sudut luar mata dengan menggunakan warna Dark green.

Dark green

Blend eyeshadow gelap pada sudut luar mata seperti bentuk bulan sabit..

Langkah keenam:

Sapukan gel eyeliner berwarna hitam pada garisan bawah mata dan garisan bawah mata. Gunakan teknik 'smudge' atau gosokan pada eyeliner supaya garisan akan lebih soft dan blend dengan warna eyeshadow. Selepas tu Sapukan eyeshadow hitam pada eyeliner yang dah di 'smudge' tadi.

ni lah hasilnye....

Langkah ketujuh:

Seperti biase la....pakai bulu mata palsu atau kalo xnak dramatik sangat, pakai maskara!! Confirm mengancam la mata korang!! Siap!!

Jangan lupa pakai maskara selelpas pakai bulu mata palsu ye!!


bajet jelingan menusuk kalbu...

hijau mata hitam ku!

Haa....senang je kan!!! So lepas ni PY harap korang akan cuba mekap mata yang mudah ni...

Selamat Mencuba!!!
Jangan lupa singgah blogshop PY!!


Jangan lupa singgah dan subscribe channel Youtube PY!!


Sila2 la klik iklan nuffnang kat sebelah dan atas tu ye sebagai tanda sokongan kat blog PY ni!!!

Terima kasih banyak2 semua!!

XOXO Princess Yanti

PY : Kalo korang pakai lens grey@brown dan matchkan dengan green smokey eyes ni memang konpem meletop abes...~pengsan~

No comments:

Post a Comment

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!