Assalamualaikum~
Walaupon diet PY masih lagi diteroskan....tapi x bermakna PY dh x makan langsong benda manis.
Perasaan nak makan benda2 manis makin meletop2 trutamanya hujung minggu dan kebetulan hari tu CHEAT DAY (hari boleh makan nasik).
Jadik lepas tgk iklan KFC Premium Desserts kat tv...PY dan Cik Susu tros pegi KFC drive thru sbb tringin nak try menu baru KFC.
KFC Premium Desserts ni kengkonon international desserts yg KFC tawarkan dengan harga yang murah.
Nak sebot pon nak tergeliat lidah aku woi. Korang bace sendirik. Kalo x konpiden sgn sebutan nama mende ni...bace dalam ati jelaaaaaaaaaa
3 Menu yag disediakannnn.....sedap ke idok.....kalau kt iklan kat tv lagi la kebaboom....
Meleleh air liur!
PY dan Cik Susu beli tiga2 skali. Tapi kongsi2 la sebab nak rase semua skali tapi xnak amek kalori yg bnyk.
Sebelum tu PY buat research sket pasal desserts ni.... Memandangkan PY cuma penah makan Tiramisu jek.
Profiteroles -Asal dari Perancis.Tapi xtau nape kat kotak tulis Itali. X kesah la...
Cream puff inti krim putar, custard atau versi US intinye aiskrim.
Tetibe PY rase PY penah makan plak mende ni. Beli kat bazar ramadhan, tapi inti custard la.
Tak tau pulak name benda ni nk nyebot pon susah. Aku sebut cream puff ajek.
Tiramisu : Ramai yang ingat dessert ni dari Jepun sbb name die yg bunyik mcm Jepon.
Sebenarnye tak ye. Dessert ni dari Itali. Resepi asalnya biskut jejari rendam air kopi lepas tu lapis dengan gula, telur, keju mascarpone dan serbuk koko. Mcm senang aje bunyinye. Tapi skarang ni dah ade mcm versi yang diubahsuai spy lebih sedappp.
Tartufo - Yang ni PY slalu salah sebot. Tartuto. Tarfuto. Fartuto. Macam2 aku sebot.
Dessert jenis aiskrim dari Itali. Aiskrim coklat ade syrup/sos kat tengah2. Biasanya syrup buah raspberry atau cherry. Yang ni konfem PY x penah makan.
Jom tengok gambar packaging sebenar desert ni!
Packaging ok la.
Profiteroles~ xsaba nk makan oiii
Tiramisu~
Yang ni paling trliur nak rase~ Tartufo!
Bukakkkk!!! Sedia untok diserang
APA PENDAPAT PY???
1) PROFITEROLES
Rasa tak la terok. Rase die xla jaoh trsasar drpd ape yang digambarkan. Biase jek. Cume yang tak bestnye sebab puff tu pon beku skali dan menyebabkan susah untuk kite nak menggali dan makan. Sudu plastik PY patah ok. Series patah.
Dessert yang ni PY rase x sesuai dimakan sejok. Puff keras mcm jempot2 yang di masok dlm freezer. Beku.
Sos nye pon same. Inti kat dalam puff tu ialah aiskrim vanila.
Disebabkan ade aiskrim vanila kat dalam tu menyebabkan dessert ni trpakse dibekukan.
Agak sedeh sket yang ni. Nasib baik x mahal mende ni.
Berjaya menggali selepas satu sudu terkorban.
2) TIRAMISU
Tiramisu ni pastikan korang makan abes sebelom cair. Bile dah cair rase muak lain macam.
Rase krim+kopi+coklat sket. Okla dari yang sebelom ni. Kali ni sudu x patah.
Tapi lagi sedap tiramisu yang PY penah makan sebelum ni. Ok la untok dicuba.
Sesuai untuk korang yang suke makan benda yg rase lemak2 ni. Kalau PY x brape minat sgt. Muak.
3) TORTUFO
Kat dalam iklan yang ni paling trliur skali PY nengok.
Bila dah rase ok2 la. Yang ni bagi PY paling ok antara ketiga2 KFC Premium Desserts.
Rase mcm aiskrim coklat biase. Tartufo spatotnye ade sos cherry @ raspberry kat dalam.
Tapi versi KFC diorg letak sos coklat kat dalam. Sos nye pon separa beku.
Kat atas tabor dengan serbok coklat. Dah siap.
Rase coklat jela tartufo ni. Tu jek.
Lepas ditambah tax dan segala bagai sbb PY bwk balik umah, Harga lebih kurang RM18 lebih.
Satu dessert ni lebih kurang RM6 lebih. Bagi penggemar dessert mcm PY, PY rase baek la beli aje kek Secret Recipe brbanding KFC Premium Dessert ni. Harga pon lebih kurang halal jek.
RM7-RM8 sepotong. Tapi puas ati dan sedap.
Till then!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T
~XOXO Princess Yanti~
Singgah blog PY!
http://princess-yanti.blogspot.com
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere
Like.Comment.Subscribe
pernah ada keinginan nak cuba sebab tengok iklan dia sgat menarik..tq untuk info ni..hehe
ReplyDeleteNasib baik tak beli kalau tak dah membazir
ReplyDeletepernah beli tortufo kat KFC Airport Kelantan, tp masa dapat tu da cair dan tak sejuk langsung. diorang tak tahu kot tortufo tu aiskrim. Malas da return, redo je la..
ReplyDelete