Sunday, March 8, 2015

REVIEW: DERMANIC TRANSCAP (Minggu ke 2. Putih ke uols??)

UPDATE: PY DAH BERENTI MAKAN PRODUK NI SEBAB PERIOD PY TRGANGGU.
Sila klik sini untuk baca post yg baru ttg DERMANIC.
Assalamualaikum.
Kali ni PY nak buat review pasal produk meletop di pasaran.
Melambak2 orang telan produk ni.
Review yang PY buat ni jujor. Walaupon dah dipesan oleh beberapa org kwn yang lain supaya brhati-hati membuat review sebab penjual produk ni merata2 kat Malaysia.
PY mungkin akan diserang brtubi2 kalau silap tulis pasal produk ni.

Produk yang PY nak buat review harini ialah~
DERMANIC TRANSCAPS
250GM OF TRANEXAMIC ACID

ni ha produknye. PY beli 2 botol.

PY mule consume 25/2/2014 sampai hari ni 8/3/2015.
Dah 12 hari dah atau hampir dua minggu.
PY rase bukan PY jek...korang semua pon banyak yang dh tgk testimoni melambak2 kat internet pasal produk ni.
PY rase korang boleh google sendirik.

Apa tujuan PY consume produk ni??
Sebab produk ni katenye boleh menyekatakan warna kulit.
Seperti yang korang tau...tangan PY agak gelap berbanding warna kulit muka.
Jadik ramai la yang menganjing/menyalak bagi komen kat video PY pasal perbezaan warna tangan dan muka PY. Ade jugak yang samekan PY dengan iklan DHerb's pasal pompuan tangan itam tu.
Jadik PY try la macam2 produk~ buat mase ni haremmmm xde lagi yang berkesan.
Kali ni PY nak try Dermanic pulak. Sebenarnye PY xde la percaya sangat dengan testimoni kat internet ni. Sebab skarang ni beribu app/filter yang korang boleh download dan edit muke korang.
Nak nmpak flawless, putih gebu semuaaa boleh.
Jadik PY nak try dan buat testimoni sejauh mane keberkesanan Dermanic ni.
Review kali ni x guna sebarang filter, photoshop atau sebagainye.
PY amek gambar ditempat yang same dan menggunakan cahaya yang same kuatnye.
Dengan harapan supaya testimoni kali ni btol2 valid.
Bukannya edit supaya putih pastu muke femes merata2 sebab jadi testimoni yang brjaya.
Tapi mungkin jugak produk tu x brkesan kat PY tapi berkesan kat orang lain.
Ikot pertimbangan korang sendiri lah nak memilih produk utk diri korang sendiri.
PY cuma bagi review hasil dapatan daripada diri PY sendiri.
(Dah macam lab report pulak bunyinye.)
Dan bagi korang yang tringin nak cuba, pastikan beli DERMANIC yang original sebab yang tiruan dah ade.
Yang PY beli alhamdulillah original uols~

Cara makan:
Yang disarankan ialah 2 bijik sehari. Pagi sekali, malam sekali. Selepas makan.
PY amek double dose utk bulan yang pertama, 4 bijik.
Untuk bulan seterosnya PY amek 2 bijik je.
Minum air 3 liter sehari supaya lebih berkesan.
Elakkan minum minuman berkafein.


Semua cara kat atas PY dah ikot.
Hasilnye selepas 12 hari.....

SEBELUM



SELEPAS


Kenapa PY guna tangan dan x guna muka??
Senang jek. Supaya korang konfiden sket dengan testimoni kali ni.
Kalau kat muke pakai bedak sepapan konfem putih. Tak payah telan mende2 ni semua.
Kalau tangan?? Ade ke org pakai bedak sepapan kat tangan??
Takde kan.....Kalau ade tu maksodnye uols dh gile dan buang tebiat...

KOMEN PY:
Buat mase ni dah hampir 2 minggu PY consume Dermanic.
Sehari PY telan 4 biji (maksimum 4 biji ye. jgn lebih2 haaa)
2 pagi 2 malam untuk bulan yang pertama. pasni PY nak consume 2 bijik sehari untuk bulan yang seterusnya.
PY x amek kafein, minom 3 liter air sehari.
Takde perbezaan pon. Dalam gambar mungkin korang rase mcm ade beza sket kan??
Tu mungkin sebab cahaya jek. In real life xde pape yang berlaku.
Takpe. Minggu akan datang PY akan but review lagi utk tgk perkembangan/perubahan warna kulit PY.

Selain dlm bentuk capsule, DERMANIC pon ade dlm bentuk injection jugak.
Cocok2 ni PY agak takot sket. Katenye lagi berkesan.
InsyaAllah nanti PY nak try injection walaupon takot mcm nk pengsan.

Till then!

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

4 comments:

  1. Salam.Tumpg iklan..Sy nk letgo 7 ampoule dermanic dan 7 ampoule vit c..nk letgo sbb preggy..murah2 jea..rm150 inc pos. wassap or sms 0135959160..tq

    ReplyDelete
  2. Salam.Tumpg iklan..Sy nk letgo 7 ampoule dermanic dan 7 ampoule vit c..nk letgo sbb preggy..murah2 jea..rm150 inc pos. wassap or sms 0135959160..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,tumpang iklan jugak,sape nak try dermanic injection ampoule,sy nk letgo dengan harga yg murah skali dgn vit c n vit b.wassap 0184001787

      Delete
  3. sis dah try dermanic yang injection ? how ?

    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!