Assalamualaikum~
Bersusah payah PY mintak pelepasan hari Ahad lepas (15/3/2015)
Sebab mase tu masih ade aktiviti kat sekolah.
Sebab majlis ni agak penting. Walaupon mule2 rase mcm x boleh jek nak pegi.
Selain Cik Kenah, kawan yang lain pon ade datang jugakkkk
Cik Rosz, Cik Jess dan Cik Malin~
Dah 10 tahun tak jumpe uolsssssss
Selama ni just contact kat phone, FB dan wassap jek.
Memang kalau pegi berbaloi2 laaaaa
Plan dibuat start bulan Jan aritu~
Weols kene lamar dengan Kenah supaya jadik bridesmaid dia bulan 9 nanti..
Ofkos la PY suka.
Ofkos la sudi uolss.....BFF sejak form 1 kot :)
Mula2 rase mcm x dpt pegi.
Last2 dpt pegi jugak!
Cuma x dapat nk tolong utk prepare pape la.
Sebab PY datang hari kejadian.
Cik Rosz dan Cik Jess dtg sehari awal sebab nk tolong Kenah buat preparation majlis.
Dapat datang pon dh bersyukur sangat!
Biase majlis kat tempat PY la kan start lepas Zohor....Tapi skang memang orang dh buat awal kot.
Smpai jek pkol 11 majlis pon mula.
Mase PY smpai tu Kenah tengah sarung cincin.
Terharu pon ade tgk Kenah happy and cantek gila hari tu.
Alhamdulillah.
Kebanyakan hantaran Kenah Cik Jess dan Cik Rosz yang tolong.
Sampai hiasan khemah org makan pon dorg tolong.
Rase brsalah x dpt tolong. Takpe2...mase kawen nanti biar aku yang sental periok kuali okay???
Cik Jess :)
Tema pink oren gittew.
Bagi pihak lelaki dulu ambek gambar....
Pasni turn kitoraang pulakkk
Simple tapi cantik.
Yang ni paling mahal sebab Cik Jess terjah umah orang sebab nak amek daun sirih....
Pastu terjah kuil India sbb nak beli bunga.
Dasyat ko Cik Jess.
Sangat jeles dengan Cik Kenah...Sangat sweet, sopan dan cantek.
Selama ni mase skolah dulu Cik Kenah ni agak brutal sket.
Sampai kene ajar jalan katup.... Hahaha...Sekarang ni ayu gile..
Macam x caya. Rase nak nanges pon ade mase tu.
Tapi PY tahan jek sebab haritu pakai maskara tak waterproof.
Kang nanges abes pulak mekap PY kannnnn
Cik Rosz tolong mekap kan Cik Kenah hari tu. Sweet n simple.
Nanti PY pon nk tempah Cik Rosz jugak ok.
Ni dia jejaka pilihan Cik Kenah. Sesuai uols. Orang Terengganu. Agak jaoh jugak pilihan si Kenah ni.
Menu haritu ialah nasik arab. Sedapppppp
Tapi disebabkan dah jumpe member lama, makan pon ala kadar.
Yang banyaknye berbual. Si Kenah sebok layan tetamu.
Kitorang sebok mencekik kat meja ujong skali sambil crite pasal kebodohan masing2 mase sekolah dulu.
Hahahaha! Serius rase nak trsedak. Lagi2 Cik Rosz ni kaki lawak.
Abes jek makan, baru la dapat amek gambar dan brbual2 dgn Kenah.
Belakang : Cik Kenah
Depan dari kiri : Cik Jess, Cik Rosz dan Cik Yerma.
Kwn sejak dari form 1 kat MRSM Kuaa Klawang. Pastu same2 masok MRSM Muar.
Kecuali Cik Jess. Dia dpt 8A. So dia masok MRSM Jasin
Kitorang lagi 3 orang hanyottt. Dapat 7A1B jek.
Memasing BM dapat B.
Abes bergambar kat luar, kitorang serang mini pelamin Kenah sebab tetamu pun dh reda.
Amek gambar smpai pengsan.
Tetap gila mcm dulu jugak.
Mase kat MRSM Muar dulu kitorang slalu curik pakai high heel warden.
PY stakat pegi dewan selera jek.
Cik Rosz hangkot high heel warden sampai pegi outing.
Last2 kene tangkap dengan warden.
Kene panggil masok bilik warden.
Warden ingat kitorang ada masalah family@personal.
Sebab tu buat hal. Memasing brlakon buat muka sedih.
Keluar jek bilik warden gelak smpai pengsan.
Cik Rosz :)
Lepas Zohor ada majlis aqiqah untuk sedara Kenah.
Anak-anak dara sume nyorok dalam bilik.
Memandangkan ktorg ni jadi bridesmaid Cik Kenah, dia pun bagi skali kain pasang utk kitorang pnye baju mase majlis tu nanti. Lawa. Purple+white lace.
Cuma skarang ni trpikir nak buat baju ape.
Nk kene discuss dengan bridesmaid yang lain ni.
Lepas tu solat dan siap2. Sbb abes majlis ingat ktorg 3 org nak pegi lepak.
Dah lama kot x sembang. Dah nak dekat 10 tahun kot.
Anak2 dara sume lepak dalam bilik baring2 sementara nak tunggu majlis aqiqah abes.
Solat Zohor pastu siap2 nak pegi lepak kat bandar Melaka uols.
Cepat siap!
Kemaen fokus Cik Rosz mekap.
Tengah2 siap tetibe Cik Malina datang dgn family lagik.
X percaya budak kecik ni dh jadik mak org.
Cik Malina ni pon kenal sejak form 1.
Tapi saiz x berubah langsong!
Ktorang ni saiz tiap2 thn berubah. Makin lebar ketepi T_T
Abes brgambar, kitorang mintak diri dengan Cik Kenah.
Sebab dah pkol 4. Kengkonon nak lepak smpai pkol 6 jek.
Sebab Cik Rosz dan Cik Jess keje esok.
PY jek x keje sebab cuti skolah.
Pegi Secret Recipe jek pon. Tak tau nak pegi mane dah.
Topik borak merangkumi semua benda yang dh jadik sejak 10 thn lepas.
Mmg best. Pasal kwn2 laen. Ape yang dorg buat skarang.
Dan mcm2 lagi la. Borak smpai org meja sebelah punye sebelah pon boleh dengar.
Borak punye borak trlajak smpai pkol 7.
Cik Jess muka penat dan tak cukop tido.
Masing2 balik ikot destinasi masing2.
Bye2 semua. Next time kite buat gathering yek.
Yang ni jek PY sempat rakam. Ok la tu.
Till then!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T
~XOXO Princess Yanti~
Singgah blog PY!
http://princess-yanti.blogspot.com
Follow Twitter PY @PYantilicious
Follow Instagram : pyantilicious
Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere
Like.Comment.Subscribe
assalamualaikum
ReplyDeletecer check www.rasboo.com cam cantik kad kahwin dia