Tuesday, May 26, 2015

Tips Untuk Menyimpan Produk Kosmetik~

Salam Cik Gojes~

PY baru jek balik kursus. Habes jek kursus teros jek menyinggah ke Watson.
Beli la siket2 barang (siket kerrr). Baru tadi tersedar rupenye produk kecantikan yang PY dah beli semakin menimbun dan menyesakkan bilik. Hadoi.
PY rase semua orang pon buat benda yang sama. 
Jadik kat sini PY nak share siket cara untuk mengatasi masalah produk yang semakin menimbun dan cara nak menyimpannya dengan betul.

1) BUANG SEMUA PRODUK YANG DAH TAMAT TARIKH LUPUT/EXPIRED.
Ramai yang bertanya kat PY apa yang nak dibuat dengan produk yang dah expired tapi masih lagi banyak.
Nak buang tapi sayang.
Jawapan PY senang jek.
JANGAN GUNA LAGI PRODUK TU DAN BUANG SECEPAT MUNGKIN!
Biar la membazir sikit berbanding jika korang terpaksa habiskan lebih banyak duit kalau dah sakit nanti.



2) DERMAKAN PRODUK YANG ANDA TAK HABIS PAKAI.
Kadang-kadang kita ni beli produk mekap berlebih-lebihan sampai tak terpakai!
Bila disimpan lama2 expired pulak produk tu nanti.
Jadik jalan yang paling mudah, bile korang dh mula banyak beli produk yang baru, apa kata korang bagi jek produk yang berlebihan tu kat keluarga, kawan-kawan dan diorang yang rapat dgn uols.
Tak membazir. Dapat tolong orang lain. Tak menyemak pandangan.


2) SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT.
Korang ada anak kecil kat rumah? Kepada hot mama yang anak-anak masih kecil dan suke mengutip apa2 pastu masok mulot, tolongla simpan produk makeup ditempat yang selamat.
Pastikan korang simpan kat tempat yang tinggi, tak mudah dicapai, tersorok dan kalau boleh berkunci.
Bukan sebab ape, kalau dah budak-budak kecik tu makan produk kosmetik korang kan nanti susah!
Produk kosmetik memang semuanya berasaskan bahan kimia dan bahaya untuk dimakan.
Selain tu, anak2 korang jugak mungkin akan teraburkan dan pakai mekap korang sesuka hati.
Untuk mengelakkan kejadian x diingini, lebih baik la korang nyorokkan dr pandangan anak2 kecil dirumah.


3) GLAM CADDY.
Untuk simpan produk kosmetik, korang perlukan bekas simpanan.
Bagi PY, PY pilih untuk gunakan GLAM CADDY.
Nampak eksklusif, boleh simpan banyak barang (boleh simpan sehingga 200 barang , menjimatkan ruang dan murah.
GLAM CADDY ni transparent/lutsinar. Jadik korang mudah nak mencari barang2 mekap yang disimpan.
Benda ni jugak boleh rotate 360 darjah uols...
HARGA RM45 POSTAGE RM10.
Boleh pm PY yek atau whatsapp 0176423239 untuk dapatkan GLAM CADDY





4) SIMPAN DITEMPAT YANG TEDUH DAN KERING.
Lagi satu PY nak ingatkan.
Sesetengah produk kosmetik tak boleh digunakan walaupon belom sampai tarikh luput.
Nak tau kenapa? Sebab dah berkulat/berkulapuk.
Perkara ni jadik disebabkan korang simpan produk tu dikawasan yang lembap, basah dan berair.
Contohnya di dalam bilik air. Kelembapan mmg menggalakkan pertumbuhan kulat.
Jadik langkah terbaik untuk elak korang drpd membazir, simpan produk kosmetik dikawasan kering dan teduh supaya produk kosmetik dalam keadaan yg baik.
Produk yg slalu sgt berkulat adalah jenis krim.
Contoh mcm lipstick, cream foundation. Jenis powder susah sket nk brkulat sbb kering.


5) SIMPAN PRODUK MENGIKUT JENIS DAN LABELKAN.
Bile korang dah ada produk kosmetik yang menimbun, kengkadang pening nak menyusun, slalu salah letak tempat dan hilang. Cara yang PY buat ialah beli laci tingkat2 yang kecik. Masukkan dalam laci ikot kategori : mascara, pencil, coverage. Senang simpan dan senang nak cari. Memandangkan PY bukan la jenis rajin nk menyusun, cara ni sgt la praktikal dan senang. Campak jek dalam laci. Nak pakai amek balik dlm laci ikot label. X payah nak mencari bagai.


PY harap perkongsian kali ni dapat membantu Cik Gojes semua dalam menyimpan produk kosmetik dengan lebih mudah dan x berselerak.

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

4 comments:

  1. Idea yang bagus kak ;-) terima kasih for sharing<3

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PY,nak tanya camne nak tau produk kecantikan tu dah expired ke belum. :)

      Delete
  3. Sy setuju dgn soklan Hazilah HASBI....sbb kt produk xde tertera tarikh luputnyerrrr.

    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!