Tuesday, August 18, 2015

Product Review: Silkygirl Matte Fever Lipcolor Balm

Assalamualaikum uols~
Hari ni PY nak start buat review tentang produk yang Muffin.my hantar untuk PY cuba!
Korang boleh tengok apa yang PY dapat drpd Muffin.my drpd entri yang lepas kat SINI
Produk pertama yang PY pilih untuk buat review ialah lipstick daripada Silkygirl.

SILKY GIRL MATTE FEVER LIPCOLOR BALM (01 VOUGE)


Mula2 masa tengok kaler lipstik/lipbalm ni terdetik kat hati PY
"Alamak...kaler x brape sesuai la. Tak brape suke..."

Bila dah cuba lipstik ni....xde la terok pon. Ok sangat!
PY sangat suka pulak dan boleh dikatakan setiap hari pakai utk pegi kerja.

1) LIPBALM/BERPELEMBAP TAPI BERWARNA.
Ada sesetengah orang agak x suka untuuk pakai lipbalm sebab boleh mengeringkan bibir trmasukla PY.
PY memang pakai lipbalm dulu....tunggu kejap...lepas tu baru pakai lipstik, terutamanya lipstik yang jenis matte. Tapi untuk lipstick ni uols jangan risau. Sebab lipstik ni jenis berpelembap dan x kering.
Bibir PY pon x mengelupas bila pakai lipstik/lipbalm ni.


2)BAU COKLAT!
PY memang ade masalah sket dengan lipstik yang ade bau. Kalau bau fruitty/buah ok lagi. Kalau bau yang wangi gile tu kengkadang rase nak muntah pon ade!
Untuk lipstik ni PY rase agak selesa dan suka sebab berbau mcm coklat.
Rase mcm nak jilat ajeeee
Yummy! Tapi uols jangan la jilat pulak lipstik ni ye.


3) SENANG UNTUK DIPAKAI
LIpstik/lipbalm ni jenis licin dan sangat mudah disapu pada bibir.
So tak payah la korang nak menyental beberapa kali sebab sekali sapu jek dah mencukupi.


4) WARNA TAHAN LAMA DAN TERANG
Sesetengaah lipstik x tahan lama dan menyebabkan kita kene touch up beberapa kali.
Yang paling teruk formula cepat cair dan comot sekeliling bibir.
Untuk lipstik/lipbalm ni, PY memang rase sgt okay.
Warna tahan lama dan terang/pigmented.
So uols x payah la nak touch up berkali2. Sekali pakai, smpai petang ok lagi.
Lagipon warna yang PY try ni jenis warna merah gelap sket kan. Memang tahan lama.


5)HARGA BERPATUTAN.
Untuk harga percubaan cuma RM19.90 aje sebatang. Untuk harga sebenar RM22.90.
Produk Silkygirl memang menawarkan harga yang murah dengan kualiti yg ok.
So rasenye berbaloi untuk korang cuba produk ni sebab harga mampu milik.

Lepas ni PY konfem akan cari warna lain bagi series ni. Nak jugak cuba kaler lain.
Ade sesape penah cuba lipstik/lipbalm ni? Boleh bagi komen sket bawah ye~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

1 comment:

  1. Ya setuju dgn apa kak cakap,.matte lipbalm nih mmg bagus utk pakai.. saya pun suke kak..baru aje beli smlm hehe😍❤ cantik kak pakai❤πŸ˜˜πŸ’‹

    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!