Friday, December 29, 2017

PILLOW TALK : MASIH BELAJAR, TAPI NAK BANTU KEWANGAN FAMILY?

Assalamualaikum uolsss


"Saya masih lagi belajar kak PY. Saya datang daripada keluarga yang susah.
Macam mana saya nak bantu ringankan beban keluarga?"


Ni versi video ye uols.

Memang murni niat awak dik.
PY paham. Sebab PY pun asal keluarga yang susah jugak.
Membantu ringankan beban keluarga ni memang menjadi impian semua orang.
Kat sini PY ada beberapa langkah nak share bagi student yang teringin nak membantu ringan kan beban sendiri atau nak cari duit sendiri untuk tampung pembelajaran.

Ni berdasarkan idea dan pengalaman PY sendiri ye,

1. Jadi dropship produk lain.
Beruntung budak2 zaman sekarang. Bisnes online merata.
Tak mcm zaman PY dulu. Memang xde bisnes online ni.
Yang lagi best zaman sekarang dah boleh buat bisnes tanpa modal duit.
Cuma modal phone dan line internet jek dah boleh start kedai sendiri.
Best kan?
Jadi PY sarankan adik untuk join jadi dropship untuk timba pengalaman berniaga dan juga cari pendapatan sampingan.
PY sendiri pun ada bukak pengambilan dropship.
Kalau nk join memang dialu-alukan.

2. Kerja part time.
Peluang kerja memang terbuka luas.
Yang paling best bila kerjanya pun senang.
Kerja part time pun banyak.
Masa PY habis SPM dulu memang xde pilihan selain kerja kilang.
Rumah kat kampung kan. Pilihan memang x banyak.
Kalau rasa larat nak kerja part time, adik boleh la kerja untuk cari duit poket sendiri.
PY sendiri pun dulu memang kerja part time kat universiti dulu.
Kerja kat kedai photostate. Hehehe.

3. Sabar menunggu.
Memang pedih tengok kesusahan family sendiri.
PY faham sebab pernah berada dalam situasi macam tu.
Memandangkan Najwa tahun depan nak SPM, PY rasa lebih baik Najwa tumpukan perhatian kat pelajaran.
Sebab ilmu je yang boleh merubah nasib seseorang!
Masa akan terus berlalu, lambat laun bila awak dah berupaya untuk tolong keluarga,
bantulah semampu mungkin.
Sekarang ni Najwa kene pejamkan mata kalau nampak kawan2 pakai barang2 yang mewah.
Tanamkan azam yang suatu hari nanti Najwa akan bantu family Najwa.
InsyaAllah.

Apa yang PY tulis ni adalah berdasarkan pengalaman PY sendiri ye.
Sebab PY dari dahulu bekerja untuk cari duit poket.
Jual barang kat asrama, amek barang kilang dan buat kat rumah, menyanyi rumah orang kawen,
masuk pertandingan menyanyi, kerja kat gerai goreng pisang.
Macam2 lagi sebab ayah memang x mampu nak bagi duit poket.
Beli buku rujukan pun beli daripada kawan.
Beli yang second hand dapat la half price.
Janji boleh ulangkaji kan?

Nanti PY akan kongsikan lagi soalan daripada followers.

Good luck ladies!
JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASIH.

~XOXO Princess Yanti~
Follow Twitter PY @princessyanti69
Follow Instagram : @princessyanti2769
Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

3 comments:

  1. PY ai setuju sangat. Dulu time student masa cuti sem keje katering untuk konvo. Dapat duit guna untuk bayar yuran. Jadi babysitter pun ada. Duit dapat, pengalaman pun dapat :)

    ReplyDelete
  2. Saya dulu masa belajar tak pernah part time,hehe. Tapi ada jugak la try apply nak jadi cikgu tusyen tapi tak dapat.. Bagus yg mana2 adik2 nak keja tu..timba pengalaman awal baru tau susah senang cari duit kan :)

    ReplyDelete
  3. A beauty and health tips, a guide on where to travel, and what you need to know to succeed as working mothers, here is mummyjene.com tips are ready to read!

    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!