Sunday, November 6, 2011

DIY : Moisturizing Scrub

Assalamualaikum semua!!! Hari ni PY nak berkongsi resepi scrub kegemaran PY!


Scrub ni sesuai untuk mereka yang berkulit kering..Kulit PY jenis kering so slalu la pakai scrub ni!!
Caranye mudah je!!! Nanti PY kongsikan...Tapi sebelum tu jom kite tengok info tentang bahan yang digunakan untuk buat scrub ni~.

1) OATMEAL
a)Oatmeal juga boleh berfungsi sebagai cleanser/pencuci muka...amat bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif !
b) Boleh membuka pori-pori di kulit dan menghapuskan sel2 kulit mati jika digunakan sebagai scrub!
c) Oatmeal juga boleh merawat kulit yang kemerahan atau sunburn. Jika kulit korang sunburn atau kemerahan, boleh lah cuci muka dan masukkan oatmeal ke dalam tab mandi. Mandi dengan air oatmeal dan gosok/scrub badan anda!! sunburn/kemerahan akan dapat dikurangkan!!
d) Oatmeal akan membantu kulit kering supaya lebih halus jika digunakan sebagai cleanser/scrub.
e) Ekstrak oatmeal mempunyai moisturizing properties dan banyak di gunakan dalam pembuatan kosmetik.



2) HONEY/MADU
a) Madu bersifat seperti pelembab dan berkebolehan menyimpan lembapan pada kulit. Jadi memang sesuai untuk kulit yang kering.
b) Madu mengandungi antioxidants yang melambatkan penuaan kulit. 
c) Pernah dilaporkan bahawa sorang ahli arkeologi terjumpe sebalang madu berusia 2000 tahun dan rasenye masih sedap! Takde kulat/fungus pun yang tumbuh sedangkan kulat/fungus akan tumbuh pada benda yang manis....so madu jugak mengelakkan pertumbuhan kulat/fungus pada kulit!! Bagus kan!!!


YOGURT
a) Yogurt mengandungi lactic acid yang bertindak sebagai penghalus kulit semulajadi.
b) Kulit korang sunburn???Sapukan plain yogurt pada kulit yg sunburn td dan kulit korang akan pulih secara perlahan-lahan.
c) Yogurt mempunyai sifat probiotic yang membuatkan kulit awet muda jika selalu diamalkan! (makan dan disapu di kulit).


Dah tau tentang khasiat bahan2 scrub ni??? Jadi jom kite mulakan!


Bahan-bahan yang diperlukan:



Oatmeal (dimasak dan disejukkan)
instant oatmeal- cuma tambah air panas!!



oatmeal yang telah dimasak dan disejukkan!

Madu


Plain yogurt/yogurt perisa asli

Piring dan sudu



Cara-cara membuatnya:

1) Ambil oatmeal yg dh masak td dan cedok ke dalam pinggan.


2) Campurkan sesudu plain yogurt .


3) Campurkan sedikit madu


4) Gaulkan campuran tadi.



5) Dah siap!!



Macam mane nak pakai skrub ni???

1) Pastikan muka bersih

2) Sapukan skrub kat seluruh kawasan muka.



3) Selepas dah sapu seluruh muka, gosokkan scrub secara membulat diseluruh wajah. 


4) Biarkan kering selamat 10 minit. Khasiat oatmeal, madu dan yogurt akan menyerap kedalam lapisan kulit.




5) Bilas dan lap dengan tuala yang bersih.


6) Siap!!! Jangan lupa pakai moisturizer!!


PY harap skrub muka ni dapat membantu korang yg menghadapi masalah kulit kering seperti PY!!!

Selamat mencuba!!!

Jangan lupe singgah blogshop PY

 Jangan lupe singgah channel youtube PY!!

Klik iklan nuffnang sebagai tanda sokongan kat PY!!

XOXO Princess Yanti

PY: Nak tau macam mane nak buat smokey eye yang simple dan sesuai untuk mata sepet??? Tunggu entry yang seterusnya!!<3<3<3

8 comments:

  1. oooo diy ek, akak beli facial scrub siap pon x selalu nak pakai x disipilin btol,..

    ReplyDelete
  2. seyes? tepek kat muke? kalau makan pun sodap. sambil sapu sambil jilat.hihihi!

    ReplyDelete
  3. kalo x abes pakai masker boleh je makan!! Sy memangbuat cmtu pon...tapi masker ni memang bagus n sedap utk dimakan (2 in 1 tau!!)....hehehe..

    ReplyDelete
  4. berapa kali seminggu nak guna ni???

    ReplyDelete
  5. dear, ade x care biar kite konsisten gune ape2 pon produk muke.. ein nie hangat2 taik ayam jer.. lame2 mule la skip2.. lg lame terus x pkai.. huhu :(

    ReplyDelete

Tinggal kan komen uols kat sini~ Thanks Cik Gojes!