Wednesday, October 14, 2015

PRODUCT REVIEW : SOAPABABY EXTRA RICH COLLAGEN SPA~

Assalamualaikum uolsss

Korang ingat lagi tak kes Ziana Zain terlepas mikrofon masa perform KLFW2015?
(Kuala Lumpur Fashion Week 2015)


Tergelak jugak la PY tengok video tu.
Last2 Ziana Zain bgtau yang mikrofon die trcmpak sebab dia baru pakai losen tangan.
Biasa la kan...lepas pakai losen konfem la tangan rasa melekit, licin dan basah2 gitu.

Secara jujurnya, PY sendiri pon agak x brape suka pakai losen kt tangan dan badan!
Sebab rasa melekit, licin dan x selesa!
Kalau x pakai losen, kulit rase kering pulak!
Sape ade masalah yang sama sila angkat tangan!!!!

Disebabkan tu arini PY nak share review dengan korang tentang satu produk yang boleh bantu masalah kulit kering, tapi x suka pakai losen.

Baru2 ni PY diberi peluang untuk try satu produk penjagaan kulit.
Sangat la excited hokeyyyy

Ini dia produkye uolsssss

SOAPABABY EXTRA RICH COLLAGEN SPA




Sebelum ni PY x penah lagi cuba produk penjagaan kulit secara luaran yg berasaskan collagen,
Sebok dok telan brbotol2 collagen ade la. Yang luaran pakai sental jek dengan ape2 sabun.
Janji berbuih dan rase bersih. Pasni kene ubah kalau nak kulit cantik letops kan.

Antara perkara yang PY suka tentang produk ni:

1) SESUAI DIPAKAI DIMUKA DAN BADAN, SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA~
Bukan aje sesuai sebagai sabun badan, sabun muka pon boleh jugak.
Ayah, mak, kakak, abang, adik.....semua boleh guna!
Sebab semua orang kene jaga kulit sebenarnye. Bukan pompuan aje tau!

2) MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN TERBAIK UNTUK KULIT
Sabun ni mengandungi 3X collagen, susu kambing, ginseng, aloevera dan madu.
Kesemua bahan2 ni memang terbukti dapat melembap dan menyihatkan kulit!

3) BOLEH PAKAI DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG~
Saiz sabun ni agak besar. 110 gram. Sangat berbaloi dengan harga RM19.90 sahaja.
Ambil masa yang panjang untuk habiskan seketul sabun ni.
Tapi korang kene la simpan kat bekas yang kering sebab sabun akan kembang dan cepat habis kalau simpan dalam bekas berair.


4) BAU WANGI YANG LEMBUT DAN MENYENANGKAN~
Bau wangi dan lembut. Bau sabun ni sama macam kebanyakan sabun susu kambing.
Bagi yang pernah try guna sabun susu kambing konfem boleh bayangkan bau sabun ni.


5) MEMBERIKAN LEMBAPAN KAT KULIT TANPA RASA MELEKIT.
Sini PY nak cite. Mula2 mase PY bace review pasal produk ni ingatkan tipu2 jek kot.
Sebab macam MAGIC produk ni punye tindak balas.

Sekali tu cuba... Hambek ko...Memang betol2 jadik. Rase nak pengsan dan malu sendirik jugak la sebab x percaya dengan kesan produk ni mase bace review dr pengguna yang lain.

Korang pon boleh try sendiri kat rumah.

Gambar kat bawah ni sebelum PY gunakan SOAPABABY EXTRA RICH COLLAGEN.
PY alirkan air pada kulit, hasilnya air tu semua mengalir mcm tu jek.
Kulit rasa kering jek.


Cara untuk guna sangat mudah~
1) Basahkan kulit.
2) Buihkan sabun kat tangan.
3) Sapukan buih sabun pada kulit.
4) Bilas sehingga bersih.
5) Bagi korang yg baru first time guna, korang perlu ulangi langkah 2,3,4 sebanyak beberapa kali untuk tengok hasil yang sgt magic tu.


Selepas penggunaan SOAPABABY, PY dapat rase perbezaan sangat la ketara!
Kulit sangat lembap dan paling ketara ialah bila PY alirkan air pada kulit PY, ada banyak titisan air terbentuk!


Apa maksudnye?
Maksudnye kat sini ada lapisan collagen dan lembapan dah terbentuk pada kulit PY!
Dan yang lagi magic pulak, PY dapat kulit yang lembap pada kali pertama selepas guna SOAPABABY Extra Rich Collagen.
Untuk extra lembapan, PY akan ulang gunakan sabun ni untuk tambah lapisan collagen pada kulit.
PY cuma guna sabun ni 2 kali sehari untuk dapatkan kulit yang lembap dalam jangka masa yang panjang.
Dan yang paling best, PY x pakai losen yang melekit, berminyak dan x selesa lagi lepas ni!
Objektif tercapai!


 Jika berminat untuk dapatkan produk magic ni korang boleh lawati fanpage SOAPABABY
Atau Whatsapp/SMS 016 5601 527
Harga cuma RM 19.90 untuk 110g

Selamat mencuba!
Sape yang penah cuba produk ni? Bagi review sket kat bawah~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T



~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Friday, September 4, 2015

REVIEW PRODUK: QU PUTEH SKIN CARE...BUKAN BERMAKSUD NAK JADI ANZALNA NASIR LA.

Assalamualaikum uols.
Mentang-mentang masuk bulan baru, PY pon tukar la skin care dan supplement yang baru.
So semalam PY meninjau2 produk yang nak di cuba. Dapat la 2 produk ni. Kebetulan supplement PY baru jek abes kan. Hihihi

Hasil tangkapan semalam uolsss

Konfem la korang semua tau brand Qu Puteh ni kan.
Sape tak tau maksudnye die ni dok dalam gua. Anak sedara PY yang bru pandai nk brckp pon pandai sebut diorang punye tagline.

QU PUTEH...QU PUTEH......BARULAH PUTEH!

Halamak. Walaupon rase agak geli sket dengan die punye tagline yang agak over dan pengasas produk ni yang berkelip2 dari atas sampai bawah, PY tetap rase agak kagum sket sebab berani ade identiti tersendiri.
Janji produk laris orang beli kan?
Jadik PY pon teringin la nak try salah satu produk keluaran QU PUTEH.
Motif? Bukan sebab bajet2 nak lawa mcm Anzalna Nasir. Saje nak mencuba.
PY ni manusia yang akan tukar skin care baru bila masuk aje bulan yang baru. Hadoi.
Naseb baek kulit ni x de masalah sangat. Alhamdulillah.

Produk yang PY nak buat review kali ni ialah:

QU PUTEH SKIN CARE
HARGA : RM108
Tapi PY dapat kurang jadi RM90 :)
Mungkin ada yang jual lagi murah agaknye.

Salah satu sebab PY nak try produk ni ialah packaging yang comel dan warna pink.

Memandangkan jenama ni dah agak terkenal kat Malaysia, tak mustahil la kalau ade org yang cuba buat produk tiruan kan. Jadi langkah terbaik untuk elakkan korang daripada terbeli produk tiruan ialah beli produk yang ade sticker/hologram/qr code.

Sticker Qu Puteh~

Sebelum bukak kotak lagi PY dah agak mesti ade something yang kebaboom di dalam. Tekaan PY memang betol. Dalam kotak tu bukan aje ade produk Qu Puteh, tapi penuh dengan pamplet dan jugak....

Nah amek ko. Seketol besoo muka pengasas produk Dato' Vida. 
Kalau nak main cak2 dengan Dato' Vida boleh la bukak tutop bukak tutop kotak ni ye.

Okla.....Jom kite tengok apa yang Qu Puteh Skin Care tawarkan dalam kotak ni.
Dalam sekotak ni korang akan dapat 4 produk ni
1) Whitening Glow Soap
2)Whitening UV Block
3) Whitening Treatment Soap
4) Whitening Pro 9

PY dah try dah semua produk ni. Baru sehari la ye.

1) Whitening Glow Soap

Yang ni sabun untuk rutin penjagaan muka pada waktu pagi. Bangun jek tido PY teros cuci muka dengan sabun ni. Sabun boleh tahan besar. Konfem tahan lama. Lagi2 kalau kite potong kecik2 kan.
Bau bunga rose. PY dh try tadi. Ok la. Nampak mcm ok jek dengan kulit PY. Takde rase kering la.

2) Whitening UV Block

Krim UV block ni lebih kurang same jek mcm produk lain. Contoh mcm Tia Amelia.
Fungsi pon sama. Pakai krim ni sebelum pakai bedak/foundation supaya melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari. Bau krim ni wangi bunga ros sebijik mcm krim Eriesya yang PY penah buat review tu. Cuma krim Eriesya tu kene ban dengan KKM sebab tak selamat untuk digunakan. Fuh. Nasib baik dah stop.

3) Whitening Treatment Soap

Daripada warna dan bau sabun memang sebijik macam sabun Tia Amelia!
Tapi bila dah pakai baru rase mcm ade lain siket. Bau mcm herba sket. Kalau bau sabun Tia Amelia agak kuat siket. Sabun ni pakai waktu malam sahaja. Biase la kalau sabun ketol mcm ni memang banyak buih. Rasa puas sket cuci muka. Sebab sebelom ni pencuci muka PY mmg jenis x brbuih sebab kulit jenis kering kemarau. Tapi PY degil jugak nak try. Hihihi. Tapi xde la rase kering sgt lepas pakai sabun ni. (alasannnnnnn)

4) Whitening Pro 9

Sesape yang ade beli krim ni boleh bg sket review x? Bau agak kurang menyenangkan sket la.
Hadoi. Tapi dah lame sket hilang baunye. Tapi xde la busok nak mati ye.
Krim ni pakai waktu malam. Lepas guna sabun whitening treatment soap. X rase brminyak pon. Biase2 jek.
Bangun pagi xde la rase brminyak gile atau tumboh jerawat.

Secara keseluruhannya, PY boleh katakan produk ni ok dengan kulit PY. Xde masalah yang timbul.
Berkesan atau tak jek yang masih belum tau sebab baru aje sehari pakai.
Kalau ade pape nanti PY update ok!

Sape yang penah cuba produk ni? Bagi review sket kat bawah~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Saturday, August 22, 2015

DIY Bersama PY: Simple Flower Crown

Assalamualaikum uols~
Dah lame rasenye x buat entri DIY kan. So kali ni nak buat DIY simple jek. Kali ni PY nak share mcm mane PY buat Flower Crown. Simple dan tak guna modal yang banyak pon. Boleh pakai untuk jadi pengapit ke, feeling2 sensorang ke, atau selfie pon boleh.
Semua barang2 nak buat flower crown ni korang boleh beli kat kedai pengantin.



Kengkadang PY tengok ade jek antara kite yang suke beli jek padahal boleh buat sendiri.
Baik buat sendiri dik oi. Lebih jimat dan dapat tambah skit skil dan pengetahuan kan?

So petang kelmarin PY berlari2 ke kedai pengantin dan beli la barang sket2 untuk buat flower crown ni.
Tak berapa ringgit pon. Boleh dapat sampai 5 flower crown. Jimat sangat
Jom kite buat~

Apa yang korang perlukan:
Reben/Tali


Gunting


Hot Glue Gun

Bunga ikot pilihan masing2.

Cara-cara nak buat flower crown~

 1) Ukur reben pada kepala dan gunting ikut ukuran



2) Leraikan bunga daripada tangkai kepada kuntuman bunga~



3) Susun kuntuman bunga pada reben dan gamkan.



4) Biarkan gam kering seketika dan siap! Dah boleh pakai~


Terlalu simple? Kalau korang nak lebih penuh korang boleh guna bunga dalam bentuk tangkai~


Susun tangkai bunga rapat2 dan gamkan~ Siap!


Selamat mencuba!


Nak tengok dalam bentuk video pon ade. 


Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Tuesday, August 18, 2015

Product Review: Silkygirl Matte Fever Lipcolor Balm

Assalamualaikum uols~
Hari ni PY nak start buat review tentang produk yang Muffin.my hantar untuk PY cuba!
Korang boleh tengok apa yang PY dapat drpd Muffin.my drpd entri yang lepas kat SINI
Produk pertama yang PY pilih untuk buat review ialah lipstick daripada Silkygirl.

SILKY GIRL MATTE FEVER LIPCOLOR BALM (01 VOUGE)


Mula2 masa tengok kaler lipstik/lipbalm ni terdetik kat hati PY
"Alamak...kaler x brape sesuai la. Tak brape suke..."

Bila dah cuba lipstik ni....xde la terok pon. Ok sangat!
PY sangat suka pulak dan boleh dikatakan setiap hari pakai utk pegi kerja.

1) LIPBALM/BERPELEMBAP TAPI BERWARNA.
Ada sesetengah orang agak x suka untuuk pakai lipbalm sebab boleh mengeringkan bibir trmasukla PY.
PY memang pakai lipbalm dulu....tunggu kejap...lepas tu baru pakai lipstik, terutamanya lipstik yang jenis matte. Tapi untuk lipstick ni uols jangan risau. Sebab lipstik ni jenis berpelembap dan x kering.
Bibir PY pon x mengelupas bila pakai lipstik/lipbalm ni.


2)BAU COKLAT!
PY memang ade masalah sket dengan lipstik yang ade bau. Kalau bau fruitty/buah ok lagi. Kalau bau yang wangi gile tu kengkadang rase nak muntah pon ade!
Untuk lipstik ni PY rase agak selesa dan suka sebab berbau mcm coklat.
Rase mcm nak jilat ajeeee
Yummy! Tapi uols jangan la jilat pulak lipstik ni ye.


3) SENANG UNTUK DIPAKAI
LIpstik/lipbalm ni jenis licin dan sangat mudah disapu pada bibir.
So tak payah la korang nak menyental beberapa kali sebab sekali sapu jek dah mencukupi.


4) WARNA TAHAN LAMA DAN TERANG
Sesetengaah lipstik x tahan lama dan menyebabkan kita kene touch up beberapa kali.
Yang paling teruk formula cepat cair dan comot sekeliling bibir.
Untuk lipstik/lipbalm ni, PY memang rase sgt okay.
Warna tahan lama dan terang/pigmented.
So uols x payah la nak touch up berkali2. Sekali pakai, smpai petang ok lagi.
Lagipon warna yang PY try ni jenis warna merah gelap sket kan. Memang tahan lama.


5)HARGA BERPATUTAN.
Untuk harga percubaan cuma RM19.90 aje sebatang. Untuk harga sebenar RM22.90.
Produk Silkygirl memang menawarkan harga yang murah dengan kualiti yg ok.
So rasenye berbaloi untuk korang cuba produk ni sebab harga mampu milik.

Lepas ni PY konfem akan cari warna lain bagi series ni. Nak jugak cuba kaler lain.
Ade sesape penah cuba lipstik/lipbalm ni? Boleh bagi komen sket bawah ye~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe

Wednesday, August 12, 2015

Tips wajah bebas bintik hitam dan nampak lebih segar ~ b.liv by Cellnique

Assalamualaikum uols~
Baru2 ni PY sebok scroll komen kat fb, youtube dan instagram~
Saje jek nak membaca komen2 yang membina dan jugak komen haters yang banyak membuatkan semangat PY berkobar2. Hihihi.
Ada beberapa orang jugak la yang komen pasal ke'ploles'an (ke'flawless'an) kulit PY.
Nak tergelak pon ade jugak sebab kulit PY pon brmasalah jugak mcm korang semua!
Kepada yang memuji dgn jujor kengkonon muka PY ni flawless, bersedia la untuk tengok sendirik kulit PY yang bermasalah, terutamanya bintik hitam dan bintik putih (blackhead dan whitehead).
Selain daripada tu, zone T kat muka pon agak berminyak dan tumbuhla seketol dua ketol jerawat.

Tapi itu dulu ye. Skarang encik blackhead dan whitehead smakin menghilangkan diri terutamanya kat bahagian hidung~
Bagi korang yang hadapi masalah yang sama, PY nak suggestkan korang untuk cuba:





Produk ni didatangkan dalam botol pump dan sangat mudah digunakan~

BAU DAN TEKSTUR PRODUK?


Produk dalam bentuk gel dan tak mudah tertumpah~
Sesetengah produk ade bau yang agak meloyakan dan terlalu kuat.
Bagi b.liv OFF WITH THOSE BLACKHEADS, bau segar dan tak kuat.
Gelnya pulak mudah meresap kedalam kulit dan tidak berminyak!

PENGALAMAN PY GUNAKAN PRODUK NI~


Nak hilangkan bintik hitam dan bintik putih (blackhead/whitehead) bukan perkara mudah.
Macam2 cara yang PY guna~
Skrub, picit, korek dan macam2 jenis produk PY dah guna.
Memang berkesan cuma agak susah dan mengambil masa yang panjang!
Yang paling terok kalau la korang ni jenis kulit sensitif. Muka akan nampak merah2 dan pedih.
Bagi korang yang jenis kulit kering pulak, kulit akan menjadi semakin KERING dan MENGELUPAS.

Tapi bila guna B.LIV BY CELLNIQUE OFF WITH THOSE HEADS, semuanya dah berubah!
Tak perlu nak menyental muka segala bagai, xde lagi rase pedih2 dan kulit rase lebih lembap sgt~
Alhamdulillah~ bintik hitam dan putih kat muka PY dah makin berkurang, minyak dan jerawat jugak smakin berkurang~ Yayy!!!
Dalam masa 14 hari/2 minggu sahaja, korang akan dapat alami perubahan pada kulit.
Bintik2 degil akan hilang, jerawat makin terkawal dan minyak pad T zone akan semakin berkurang~

Produk ni jugak diformulasi drpd bahan semula jadi dan mengelakkan bintik2 yg degil tu singgah semula ke muka uols~

Minyak Tea Tree (mengawal jerawat + mengawal bebintik + melega)
Ramuan yang terkenal untuk merawat jerawat. Ia terbukti mengandungi fungsi anti-septik, anti-kulat dan anti-bakteria yang hebat serta diketahui dapat membantu melega kulit bermasalah.

Ekstrak Witch Hazel (mengawal minyak + mengawal bebintik + melembut kulit)
Membantu mengurangkan minyak berlebihan dari kulit dan bertindak secara bersepadu untuk mengecilkan liang pori terbuka, mengurangkan rengsaan dan memastikan kulit berada pada tahap sempurna.

Ekstrak Aloe Vera (melega + melembap)
Kajian telah mendapati bahawa Aloe Vera mempunyai ciri-ciri anti-rengsaan dan keupayaan untuk menggalakkan pemulihan luka. Selain itu, ia membantu melembap dan memberi khasiat pada kulit. Hasilnya adalah tekstur kulit yang licin dan lembut.

APA YANG PY ALAMI SEPANJANG 2 MINGGU~

HARI 1-3
Kawasan T Zone rase sgt lembut. Minyak pon dh semakin brkurang~ Yay!

HARI 4-9
Bintik-bintik yang ada kat hidung, yang besar2 dah semakin hilang.
Yang tinggal bintik2 degil dan kecik2 yang susah untuk di buang.
Kawasan T-ZONE dah kurang berminyak terutamanya kat hidung dan rase lebih lembap~

HARI 10-14
Bintik2 hitam dan putih yang degil nampak semakin berkurang.
Kawasan T zone trutamanya kat hidung dan semakin lembut dan licin bila dipegang~
Sebelum ni kasar macam kertas pasir!

SEBELUM DAN SELEPAS~

SEBELUM

Cuma pam jek produk dan sapu kat bahagian muka yang ade bintik hitam dan bintik putih (blackhead/whitehead)
Dah siap!

SELEPAS~
Bintik hitam dan putih smakin berkurang~

Selain masalah bintik hitam dan putih, PY jugak ada masalah kulit yang kering T_T
Kulit kering ni kengkadang lebih teruk drpd masalah kulit berjerawat.
Kulit akan cepat brkedut!
Jangan risau ye. Sebab B.Liv ada rangkaian penjagaan kulit kering!
Dalam banyak2 produk, PY paling suke

B.LIV BY CELLNIQUE UTMOST MOISTURE IMMERSE ME 

MASK SUTERA JEPUN TULEN OK. SUTERA TEPEK KAT MUKA. KONFEM LA MUKA JADI LEMBUT DAN KEBABOOM BAK SUTERA.

Macam PY sendirik pon kan, muka kering ni menyebabkan foundation yang dipakai nampak bergaris dan kengkadang mekap nampak bercapok.
Jangan cakap org kulit minyak jek yang hadapi kesukaran hidop ye. Weols yang berkulit kering pon bergelut dengan perkara yang lebih kurang sama.
Selepas jek PY guna masker ni, alhamdulillah. Boleh nampak dan rasa yang kulit semakin lembap dan x melekit! Produk mudah untuk diserap oleh kulit dan bau pun menyenangkan.
Konfem korang yang ada masalah kulit kering ni suke dengan masker ni~

Masker ni diformulasi supaya muka uols lembap, cerah dan anjal. (sebab menggalakkan penghasilan kolagen)
Asid Hyaluronik Kation (HA+)
Perolehan kationik bagi Asid Hyaluronik. Ia menarik sel kulit dan melembap jauh ke dalam kulit, agar kulit lembut dan lembap.

Asid Hyaluronik (HA)
Melembap kulit melalui fungsi uniknya yang menyerupai kebolehan semulajadi kulit bagi meningkat pembendungan air sehingga 1,000 kali beratnya.

Ekstrak rumpun Cogon
Mengomptimumkan dan memperkukuh sintesis kolagen serta penyerapan kelembapan kulit dengan menyediakan pelembapan jangka panjang.

Natrium PCA
Komponen semulajadi Faktor Pelembapan Semulajadi (NMF: Natural Moisturising Factor), yang bertindak mengekang lembapan pada kulit.

Cara nak guna senang je~
Gunakan Immerse Me 2 – 3 kali seminggu untuk meningkat hidrasi kulit, kecerahan dan menentang penuaan.
1. Asingkan helaian pelindung masker sebelum meletakkan masker pada wajah yang telah dicuci bersih.
2. Biarkan masker selama 20 – 30 minit.
3. Tanggalkan masker dan urut lebihan serum pada kulit.


 Pakai masker selama 20-30 minit dan tanggalkan~ Siap!

Muka nampak dan rasa lebih segar uolss

Untuk uols yang berminat nak dapatkan produk ni boleh klik link kat bawah ye~

B.LIV BY CELLNIQUE UTMOST OFF WITH THOSE HEADS
Nak diskaun tak? Konfem ramai yang nak kannnn
Korang akan dapat diskaun 50%  "Off Those Heads" 15/30/45 ml dengan sebarang pembelian produk daripada BLIV.COM
Korang cuma gunakan kod promo: ERMA50

Disebabkan PY ni berbaik hati (hehehe) PY nak bagi 30 orang pembaca entry ni trial produk/produk percubaan daripada B.LIV.
Uols akan dapat off with those heads 3ml, drench me 3ml, 1 keping absolute matte mask

Macam mana nak dapat produk percubaan ni?
1) KLIK DAN REGISTER KAT LINK BAWAH NI:
REGISTER SINI

2) KLIK KAT LINK BAWAH NI DAN TEBUS/REDEEM TRIAL PRODUK:
REDEEM/TEBUS PRODUK KAT SINI
 GUNAKAN PROMO KOD : ERMATRIAL

PROMOSI NI AKAN BERAKHIR SAMPAI 31 AUGUST 2015 TAU.
TUNGGU APE LAGI? CEPAT2 KLIK LINK KAT ATAS YE!

Dan jangan lupe like Fanpage B.LIV MALAYSIA untuk maklumat lanjut berkenaan produk :)

FANPAGE B.LIV MALAYSIA

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~


Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!

Like.Comment.Subscribe