Tuesday, May 26, 2015

Tips Untuk Menyimpan Produk Kosmetik~

Salam Cik Gojes~

PY baru jek balik kursus. Habes jek kursus teros jek menyinggah ke Watson.
Beli la siket2 barang (siket kerrr). Baru tadi tersedar rupenye produk kecantikan yang PY dah beli semakin menimbun dan menyesakkan bilik. Hadoi.
PY rase semua orang pon buat benda yang sama. 
Jadik kat sini PY nak share siket cara untuk mengatasi masalah produk yang semakin menimbun dan cara nak menyimpannya dengan betul.

1) BUANG SEMUA PRODUK YANG DAH TAMAT TARIKH LUPUT/EXPIRED.
Ramai yang bertanya kat PY apa yang nak dibuat dengan produk yang dah expired tapi masih lagi banyak.
Nak buang tapi sayang.
Jawapan PY senang jek.
JANGAN GUNA LAGI PRODUK TU DAN BUANG SECEPAT MUNGKIN!
Biar la membazir sikit berbanding jika korang terpaksa habiskan lebih banyak duit kalau dah sakit nanti.



2) DERMAKAN PRODUK YANG ANDA TAK HABIS PAKAI.
Kadang-kadang kita ni beli produk mekap berlebih-lebihan sampai tak terpakai!
Bila disimpan lama2 expired pulak produk tu nanti.
Jadik jalan yang paling mudah, bile korang dh mula banyak beli produk yang baru, apa kata korang bagi jek produk yang berlebihan tu kat keluarga, kawan-kawan dan diorang yang rapat dgn uols.
Tak membazir. Dapat tolong orang lain. Tak menyemak pandangan.


2) SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT.
Korang ada anak kecil kat rumah? Kepada hot mama yang anak-anak masih kecil dan suke mengutip apa2 pastu masok mulot, tolongla simpan produk makeup ditempat yang selamat.
Pastikan korang simpan kat tempat yang tinggi, tak mudah dicapai, tersorok dan kalau boleh berkunci.
Bukan sebab ape, kalau dah budak-budak kecik tu makan produk kosmetik korang kan nanti susah!
Produk kosmetik memang semuanya berasaskan bahan kimia dan bahaya untuk dimakan.
Selain tu, anak2 korang jugak mungkin akan teraburkan dan pakai mekap korang sesuka hati.
Untuk mengelakkan kejadian x diingini, lebih baik la korang nyorokkan dr pandangan anak2 kecil dirumah.


3) GLAM CADDY.
Untuk simpan produk kosmetik, korang perlukan bekas simpanan.
Bagi PY, PY pilih untuk gunakan GLAM CADDY.
Nampak eksklusif, boleh simpan banyak barang (boleh simpan sehingga 200 barang , menjimatkan ruang dan murah.
GLAM CADDY ni transparent/lutsinar. Jadik korang mudah nak mencari barang2 mekap yang disimpan.
Benda ni jugak boleh rotate 360 darjah uols...
HARGA RM45 POSTAGE RM10.
Boleh pm PY yek atau whatsapp 0176423239 untuk dapatkan GLAM CADDY





4) SIMPAN DITEMPAT YANG TEDUH DAN KERING.
Lagi satu PY nak ingatkan.
Sesetengah produk kosmetik tak boleh digunakan walaupon belom sampai tarikh luput.
Nak tau kenapa? Sebab dah berkulat/berkulapuk.
Perkara ni jadik disebabkan korang simpan produk tu dikawasan yang lembap, basah dan berair.
Contohnya di dalam bilik air. Kelembapan mmg menggalakkan pertumbuhan kulat.
Jadik langkah terbaik untuk elak korang drpd membazir, simpan produk kosmetik dikawasan kering dan teduh supaya produk kosmetik dalam keadaan yg baik.
Produk yg slalu sgt berkulat adalah jenis krim.
Contoh mcm lipstick, cream foundation. Jenis powder susah sket nk brkulat sbb kering.


5) SIMPAN PRODUK MENGIKUT JENIS DAN LABELKAN.
Bile korang dah ada produk kosmetik yang menimbun, kengkadang pening nak menyusun, slalu salah letak tempat dan hilang. Cara yang PY buat ialah beli laci tingkat2 yang kecik. Masukkan dalam laci ikot kategori : mascara, pencil, coverage. Senang simpan dan senang nak cari. Memandangkan PY bukan la jenis rajin nk menyusun, cara ni sgt la praktikal dan senang. Campak jek dalam laci. Nak pakai amek balik dlm laci ikot label. X payah nak mencari bagai.


PY harap perkongsian kali ni dapat membantu Cik Gojes semua dalam menyimpan produk kosmetik dengan lebih mudah dan x berselerak.

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

Saturday, May 23, 2015

REVIEW : ERIESYA SPA UV+FOUNDATION (10g)

Assalamualaikum Cik Gojes~

PY sebenarnye dah guna krim Tia Amelia sejak tahun 2007 lagi.
Dah hampir 8 tahun la.
Alhamdulillah. Semuanye ok.
Biase la sifat suke mencuba produk baru tu memang ade.
Jalan punya jalan...tetibe trjumpe produk lain ala2 krim Tia Amelia la.
Tanpa pikir panjang PY teros beli. Sebab harganya pon ok. RM21 jek.
PY teringin nak cuba krim Eriesya SPA UV+FOUNDATION

krim dalam kotak. Kalau krim Tia Amelia xde kotak. Togel jek.



Botol mcm biase jek.

KOMEN PY:

1)TEKSTUR KRIM PELIK. MACAM JELLY.
Mula2 bukak jek dah rase cm pelik. Sebab bukan mcm krim. Tapi macam jelly.
PY ingat dh expired ke ape. Tgk tarikh lama lagi. Bau semua okay.




Tengok jek pon dah macam pelik kan? Ke PY sorang jek rasa mcm tu? Ke memang krim ni mmg cmni rupenye? Ade sesape penah beli x?

2) MUKA NAMPAK PUTIH SKET.
Macam kebanyakan krim la. Muka akan nampak puteh sket lepas guna krim ni.
Sapu dan blend sebelum korang pakai bedak yek.
Jangan over sapu yek. Kalau x muka puteh mcm opera cina.

Sapu dan blendddd

Apahal tangan PY nampak kedut nau ek? T_T

3) CEPAT BERCAPUK BILA HARI PANAS.
Berhati-hati uols! Krim ni tahap ke'capuk'an dia agak dasyat.
PY rase ni last la PY beli krim ni.
Seriously cepat bercapuk dan bertompok2 bedak korang bila dah start berpeluh.
Berpeluh dan muka jadi sangat2 berminyak.
Muka PY yang jenis x berminyak pon jadik brminyak.
Kalau muka jenis berminyak? Takung minyak boleh goreng ikan.


Mase ni muka belom bercapok lagi. Kejap lagi siap laaaaaaaa

Kalau sesapa nak try boleh jek. Mungkin kulit tiap2 orang tu berbeza.
Tapi bagi PY memang x la kot.

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

Friday, May 22, 2015

Top 10 Hadiah yang Cikgu Dapat Semasa Hari Guru!

Assalamualaikum~
Memandangkan baru beberapa hari jek Hari Guru dah lepas, jadik PY nak listkan antara 10 hadiah paling glemer yang cikgu terima semasa hari guru!
Ni semua berdasarkan pengalaman PY sebagai cikgu selama hampir 5 thn dan kawan2 PY yang lain.
Bukan rekaan semata2.

1) KAD HARI GURU.
Yang ni memang rasenye semua org akan buat.
Cikgu pendidikan seni akan ambil kesempatan sempena hari guru dengan suroh budak2 kelas yang di ajar utk buat kad hari guru sebagai aktiviti PNP dalam kelas.
Tak pon akan diadakan pertandingan buat kad guru paling cantik.
Tak kire la handmade ke...beli ke....konfem cikgu akan dapat kad mcm2 rupa mase hari guru nanti.
At least sekeping pon mesti dapat punye.
Hihihi...betol x?


2) COKLAT/GULA2/JAJAN/MAKANAN.
Makanan pon antara hadiah yang agak glemer semasa hari guru.
Tak kire la coklat mahal ke, jajan ke, roti ke, cupcake ke....
Sebenarnye cikgu x kesah pon kalau budak2 ni bagi choki2 sekalipon.
PY yang paling x boleh lupa dapat hadiah bihun goreng mase hari guru.
Tak tulis nama sape. Cuma letak atas meja jek.
"Selamat Hari Guru Cikgu. Ni jek yang mampu sy bagi kat Cikgu"
Nak menitik jugak air mata  aku makan bihun tu.
Sampai skarang masih jadi misteri sape yg bagi bihun tu.



3) ALAT TULIS.
Dalam banyak2 hadiah, PY paling suka hadiah pen atau barang2 alat tulis.
Sebab memang setiap hari guna kan. Murah pon murah.
Bagi bebudak yang masih carik hdiah nak bagi cikgu boleh la bg pen.
Konfem cikgu suka dan pakai. Konfem!



4) MUG/CAWAN
PY cakap betol la...PY rase dalam hidup PY la kan...hadiah yang paling banyak PY dapat ialah mug.
Lagi2 mug kedai RM2. Penah satu tahun tu...tak silap 2 tahun lepas...PY dapat lebih kurang 30 mug. Penoh satu kete. Semua hangkot bawak balik kampong penohkan kabinet dapor rumah.
Sampai skarang masih banyak lagi yang PY dpt.
Tak kisahla hadiah brape ringgit, ingatan pelajar tu yang penting sebenarnye~


5) KERONGSANG.
Hadiah yang kecik tapi sangat cantik dan konfem cikgu pakai.
Sebabnya kebanyakan cikgu memang bertudung. Jadik kerongsang memangla cikgu perlu untuk pin selendang/tudung setiap hari!
Murah, cantik dan berbaloi. PY pon penah dapat hadiah kerongsang ni. Tapi x leh lawan jumlah mug yang PY penah dapat la. hehehe.


6) TUDUNG/SELENDANG
Bebudak zaman skarang dah ramai yang bagi tudong. Zaman PY dulu mungkin ade. Tapi jarang la.
Bukan main2 ok. AIDIJUMA. Peh. PY cuma dapat tudung bawal biase jek. Tu pon alhamdulillah.
Tudung pon okay jugak. Sebab cikgu memang pakai tudong setiap hari.
Sekarang pon memang dah banyak tudong yang murah dan dijual secara borong...kedai online melambak.
Macam dulu memang susah nak jumpe.



7) ANAK PATUNG
Yang ni pon ramai yang dapat. X kira la saiz besar atau kecik. Tapi x brape disarankan sgt. Sebab lepas tu tak tau nak buat ape dgn anak patung tu. Nak simpan pon...kebanyakan cikgu cikgi ni memang dh bnyak barang. Yang ada anak mungkin oleh bagi anak la.


8) KEYCHAIN/FRIDGE MAGNET
Hadiah ni pon boleh tahan banyak jugak diterima oleh cikgu terima. Peti sejuk PY agak penuh la.
Not bad. Sebab cikgu boleh guna untuk peti ais dan kunci bilik khas yang dipegang di sekolah.




9) PERKAKASAN RUMAH/TUPPERWARE
Kengkadang ada jugak ibu2 pelajar yang tolong pilihkan hadiah untuk cikgu. Hasilnye cikgu mungkin akan terima set pisau, mangkuk salad, tupperware, pinggan dan mcm2 lagi. Sangat suke.
Yang maknye jadik agen tupperware, insyaAllah kemungkinan cikgu untuk dapat tupperware adalah sangat tinggi. Seronok bukan???hehehe.


10) BUNGA.
Tak kire la bunga plastik atau bunga hidup atau bunga siap cucok dalam pasu.
PY memang penah dapat bunga hidop dan bunga plastik.
Yang plastik boleh simpan. Yang bunga hidup boleh keringkan.
Ok la jugak. Cuma PY rase cam rugi jek bagi bunga. Mungkin yang suke bunga ok kot.


Untuk hari guru tahun ni PY dapat la hadiah. Tp x bnyak mcm skolah dulu.
Papepon, wish je pon PY dah happy sangat~

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe


Wednesday, April 29, 2015

Pembuat Maskot Rumah Sukan yang Berjaya.

Assalamualaikum Cik Gojes!
 Sebenarnye dah lebih seminggu mende ni jadik.
PY nak cerita sket la pasal hari sukan sekolah PY, 18/4/2015 aritu.
Hari sukan zaman sekarang laen sket la drpd hari sekolah zaman PY dan uols2 yang sebaya dengan PY.
Zaman sekarang ni mcm2 warna pelik yang keluar.
Contoh mcm zaman2 kite skolah dulu warna rumah sukan biasanya merah, kuning, hijau dan biru.
Zaman sekarang ni lain sket uols. Pembelajaran abad 21 la katekan sekarang ni.
Jadik warna rumah sukan pon turut mengalami transformasi.
Kat sekolah PY warna2 basic ni masih ade cuma ade beberapa penambahan warna yang laen sket okayyy
Warna rumah sukan kat sekolah PY:
OREN, HIJAU EPAL, TURQUOISE, MAROON, HIJAU DAN MERAH
 Jadik sebagai cikgu umah sukan masing2 kene la bersiap sedia utk hias mcm2 ikot warna masing2.

Seingat PY la, dulu hari sukan xde maskot. Memang xde. Ke sekolah PY jek yang x buat dulu???
Macam sekolah zaman sekarang dah lain. Macam2 jenis tema korang boleh tengok.
Memang kreatif sgt2 la cikgu2 ni. Lagi2 sekolah rendah. Macam nak join sekali aje perbarisan umah sukan diorang sebab kostum memasing sgt2 cantik!
Khemah rumah sukan pon x dilupe untuk hias supaya menepati tema yang dah di tetapkan.

Untuk sekolah PY, asalnya tetapkan tema SUPERHERO.
PY cikgu rumah OREN uols. Macam2 idea dah terfikir kat kepala PY.
Sebabnye banyaka jugak la superhero yang warna oren kan.
Antara yang PY terfikir untuk jadikan maskot :
BOBOIBOY, DRAGON BALL, NARUTO.
                                             Goku Dragon Ball                   Naruto Shippuden


Yang ni sape tak kenal. Boboiboy

Last2 PY pilih DRAGON BALL. PY design dan pikir mcm2 mane nak buatkan org tau yang maskot tu ialah GOKU, watak utama dalam Dragon Ball tu kan.

Dah plan cantik2 tetibe baru dpt tau yang pengetua x setuju dgn tema tu.
Sebab sekolah PY ni baru jek dpt Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan, jadik pengetua mintak tukar sket. Tukar jadik SUPERHERO TEMPATAN.

PY mula2 rase nak pengsan jugak la. Super hero jugak bukan la watak kartun sebab pengetua kate nmpak x  matang gittew. Dan lagi yang PY nak pengsan bile rumah sukan lain dh cop memasing punye maskot.
Ada yang amek Lima Bersaudara (Hang Tuah n the gang), Leftenan Adnan, Tok Janggut dan mcm2 lagi la.
Rumah PY jek xde idea nak buat cmne. Pikir punye pikir tetibe ade sorang pelajar iban datang hantar buku kat meja. Mase tu la terlintas satu nama kat kepala PY

RENTAP.

Bagi yang tak tau, Rentap ni pahlawan Sarawak yang menentang penjajahan James Brooke uols.
Bagi yang lupe sile selak buku teks sejarah hokey.

Konfem PY pilih RENTAP. Sebab firstly, kebanyakan maskot yang dipilih oleh rumah laen pakai baju melayu, tanjak.....mmg bagos. Tapi agak boring la.
Dengan bantuan Pak Cik Google, PY tros mencari pakaian dan aksesori masyarakat iban yang sesuai untuk RENTAP.

Tetibe rase nak nanges. Rentap pakai cawat jek uols.

Ade ke pulak budak nk pakai cawat tengah2 padang. Konfem la diorang malu kene ejek dgn kawan2.
Bukan la cawat betol2 cawat. Ala2 cawat la. Pakai seluar kt dalam okay. 
Ade ke gile sume orang nengok maskot aku x pakai seluar!

Selepas pikir sepikir pikirnye, PY yang dah xde banyak mase pon teros la design pakaian dan aksesori untuk RENTAP.
Ada satu lagi masalah. Sape yang nak jadi maskotnye???
Last2 jumpe jugak orang yang pakai maskot. PY amek pelajar Iban.
Stelah di 'brainwash' oleh Cikgu PY, akhirnye die setuju dan xde la malu pon. Sebab dia bangga jadik pahlawan Iban gittew.
Lega hati weolsss

Untuk ahli perbarisan pulak PY buat aksesori biase2 jek.
Dengan bantuan lebih kurang 5 org pelajar,  akhirnya kostume untuk maskot dan 33 ahli yang lain siap!

Ni dia gambar budak yang jadi maskot RENTAP.

Cawat x seberapa uols. Janji ada.

Willam Semak Anak Kiroh. Memang real orang iban budak ni.



Yang ni ahli2 perbarisan lain. Pakai aksesori sket2 jek.

Perbarisan dapat no 3. Okay la tu.
Untuk keseluruhan dapat Juara. Hehehehe...
Walaupon muke terbakar....puas hati sebab menang :)


Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe

Saturday, April 25, 2015

PRODUCT REVIEW: PERLA COFFEE~(KOPI BERASASKAN SERBUK MUTIARA)

Assalamualaikum Cik Gojes!

PY kembali lagi menaip review yang bru lepas beberapa lama x update blog!
Seperti yang korang tau pasal supplement yang PY trsalah makan aritu kan, jadik PY berhajat la nak mencuba supplement yang baru.
Lepas google, brtanya2 dan mintak pendapat drpd korang semua, PY agak trtarik untuk cuba satu produk.
Akhirnya PY amek keputusan untuk mencuba......

Abaikan roti dibelakanggg

PERLA COFFEE
Kopi Pracampuran Serbuk Mutiara & L-Cystein



Jadik PY pon memborong la beberapa kotak PERLA COFFEE.
Yang hijau tu Miracle Slimming Coffee...produk drpd company yang same tp untuk kuroskan badan.

HARGA : RM50 sekotak
SEKOTAK ADA 20 SACHET


Balik jek rumah PY berlari2 nak membancuh PERLA COFFEE.
Sebab ramai yang bagi testimoni kopi ni sangat sedap dan berkesan.
Memandangkan PY ni gile kamera, PY selfie dulu dengan PERLA COFFEE
hihihi.



ANTARA KHASIAT PERLA COFFEE :)
Antara Kebaikan Perla Coffee adalah:- 
✔ Melembut dan menghaluskan tekstur kulit. 
✔ Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar dan sempurna tanpa cela (flawless). 
✔ Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam 1-2 minggu. 
✔ Memulihkan kulit berparut dan bermasalah 
✔ Mengurangkan kedutan dan garis halus. 
✔ Mengecilkan liang pori.
✔ Meningkatkan sistem imunisasi badan. 
✔ Mengatasi masalah jerawat dan jeragat. 

KANDUNGAN 
♥ SERBUK MUTIARA 
♥ L-CYSTEIN HYDROCHLORIDE MONOHYDRATE 
♥ CALCIUM
♥ EKSTRAK BETIK
♥ VITAMIN C DAN COLLAGEN
♥ HABBATUSSAUDA 
♥ TOMATO 
♥ KOPI ARABIKA 
♥ KRIMER BUKAN TENUSU PERLA COFFEE 

Kenapa & bagaimana serbuk mutiara bertindak? 
✿ Mudah diserap oleh kulit & badan.
✿ Mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks, polisakarida 
  & sedozen mineral-Kandungan yang paling bermanfaat: 20-22 jenis asid amino,
  termasuk 10 EAA (bahan pembinaan utama organisma hidup).
✿ Asid amino: fungsi spesifik. Kekurangan mengakibatkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien, tua & 
berkedut.

APA KATA PY?

1) KOPI YANG DICAMPUR SERBUK MUTIARA!
Dengar memang agak gila. Tapi memang x dapat dinafikan serbuk mutiara ni memang diamalkan sejak 4000 tahun oleh Maharani Cina. Cuma kite jek yang tak tahu.
Mutiara memang simbolik sgt dengan imej mewah, cantik dan eksklusif.
Cube korang bayangkan serbuk mutiara original korang minum tiap2 hari.
Tak ke eksklusif dan kebaboom diri korang tu.

2) PACKAGING/KOTAK NMPAK ELEGAN, MEWAH DAN CANTIK.



Packaging dan warna pon memainkan peranan yang penting dalaam menarik pelanggan.
Penggunaan warna emas, putih dan hitam memang nampak eksklusif.
PY agak tertarik dengan design kotak PERLA COFFEE.
Dengan muka pengasas yang comel, putih dan gebu kat muka depan kotak.
Memang la berebut2 orang nak beli supaya cantik mcm pengasas PERLA COFFEE ni ha.
Sesuai la dengan tagline produk ni
'CERAH, GEBU, BERSERI'
Kebaboom ke idokkkkkkkkkk

3) TAK MENYEBABKAN SAKIT KEPALA
PY mengaku yang sejak dulu PY KURENG sket dengan kopi.
Sebab PY mudah dpt saket kepala sebab kopi ni bersifat 'panas'.
Lagi la kalau nak minom setiap hari. Konfem hari ke tiga PY akan demam.
masa nak cuba PERLA COFFEE haritu, PY agak risau jugak...takot x boleh minum...mesti membazir aje.
Alhamdulillah. PY da minom sekotak dan PY xde alami sebarang sakit kepala! Yay!
Seperti kebanyakan suplement, memangla kene minom air 2-3 liter sehari ye.

4) RASA SESEDAP RASA.
Rasa kopi mild, tak terlalu manis dan rase mcm vanilla sket.
Sedap dan wangi. Kengkadang ade jugak orang yang x makan supplement/produk sebab rase yang agak dahsyat (pahit, payau dan bau busok). Kalau PERLA COFFEE konfem korang suke punye.


5) MINUM MAXIMUM 2 SACHET SEHARI.
Untuk aturan minum pulak senang jek. Bancuh macam biase.
Maksimum boleh minom 2 sachet sehari. Jangan lebih2 aaaa

6) KESAN?
PY masih lagi tgh tunggu kesan PERLA COFFEE ni.
PY x boleh kongsi lagi la. Sebab baru abes sekotak.
Buat mase ni rase ok jek. Mcm biase. Blom ade pape kesan ketara yang boleh dilihat.
Sabar ye. Nak cantik kene rajin daan sabar. Kalau kesan cepat dan ketara takot la pulak kalau produk ade something. Matilaaaaa. Ada yang dh minom 7 kotak baru nmpak kesan. Ikot keadaan badan masing2.
 So mari la kite sme2 tunggu.
Nt PY akan update perubahan ok!

Till then Cik Gojes~

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG KAT TEPI DAN ATAS EK. TIME KASEH.
 Kalau ade apa-apa pertanyaan boleh komen kat Fanpage PY ye!
Tak tau knp PY x boleh balas komen korang kat bawah T_T

~XOXO Princess Yanti~

Singgah blog PY!

http://princess-yanti.blogspot.com

Follow Twitter PY @PYantilicious

Follow Instagram : pyantilicious

Like Fanpage PY!
http://www.facebook.com/princessyantihere

Like.Comment.Subscribe